Langkau ke kandungan utama

DUNIA BARU ISLAM.

 DUNIA BARU ISLAM.


Abuya Imam Ashaari At Tamimi berjuang memperkenalkan formula ke arah tertegaknya DUNIA BARU ISLAM. Kontra kepada Order Baru Dunia tajaan Barat. Inilah jadual Allah yang akan membawa keamanan dan kebahagian dunia. Umat Islam mesti berjiwa besar untuk merealisasikannya. Kita tidak boleh terus berpeluk tubuh melihat "jadual- jadual syaitan " menumpahkan darah manusia dan merosakkan dunia. Jadual Allah hendaklah diisi oleh kerja, bukan angan-angan atau mimpi!


Berjuang memperkenalkan sesuatu yang sudah dianggap asing bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi apabila ia dilihat suatu perkara yang misteri. Sesuatu benda atau perkara itu menjadi asing dan misteri kepada kita jika ia menimbulkan tanda tanya atau rasa ingin tahu. Istilah misteri juga biasanya dikaitkan dengan benda-benda atau perkara-perkara yang pelik, menakutkan dan lain-lain. Gharib bermakna sesuatu yang bukan kebiasaan. Yang pelik, aneh, dan seumpama dengannya. Bererti ia bukan perkara atau benda yang selalu berada di depan mata atau kebiasaannya. Secara umumnya sesuatu itu dikatakan misteri jika ia menyimpan rahsia dan bersifat 'lain' daripada biasa.



Tingkah laku atau perbuatan manusia yang sifatnya lain atau berbeza daripada apa yang umum dibuat oleh masyarakat kadang kala juga dianggap sebagai suatu misteri. Sebagai contoh, tingkah laku Abuya dan pengikutnya berjubah dan berserban, khusus kaum wanitanya pula seperti berpakaian gelab hitam dan berfurdah, berpoligami dan lain-lain telah mengundang berbagai pertanyaan. Ia menjadi begitu misteri kepada masyarakat; misteri tentang ada dan tiadanya. Misteri tentang benar dan salahnya, misteri tentang baik dan buruknya dan lain-lain lagi. 


Ketika kebangkitan Islam pertama, Rasulullah SAW berdakwah di Taif, seruan Baginda ditolak dengan kasar. Rasulullah diusir, disorak-sorak diejek-ejek dan dikejar-kejar sambil dilempari batu hingga kaki Baginda luka berdarah. Malaikat memohon izin kepada Baginda untuk menghukum penduduk negeri itu dengan menghempapkan bukit keatas mereka, tetapi Rasulullah menolaknya. Kemudian Rasulullah balik ke Mekah.

رواه مسلم (145) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا ، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ ) . 
 Dari Riwayat Muslim (145):

Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Bermulanya Islam dengan asing (pelik) dan kembalinya pun seperti mulanya, asing. Maka beruntunglah mereka yang asing itu.

Sejarah telah menceritakan kepada kita permulaan agama yang suci ini. Ia bermula sepertimana dalam hadis di atas tadi, asing. Asing bermakna sesuatu yang bukan kebiasaan. Yang pelik, aneh, dan seumpama dengannya. Bererti ia bukan perkara atau benda yang selalu berada di depan mata atau kebiasaannya.


Kalimah 'gharib' dalam hadis itu jika diertikan dalam bahasa melayu bermakna 'pelik'. Bukan saja-saja Baginda SAW menggunakan perkataan itu. Memang itulah maksud yang Baginda hendak sampaikan. Kita telah mengetahui sejarah awal Islam yang dibawa Rasulullah SAW, bagaimana yang dikatakan pelik dan asing itu. Namun ada orang menjadi tanda tanya dan persoalan kenapa kembalinya Islam itu pun aneh dan pelik, asing? "Bukankah dunia telah pun menerima Islam? Di mana asingnya? Mana yang peliknya. Yang pelik kalau tiada orang menerima Islam." Inilah pemikiran sebahagian umat Islam.


Abuya sering dan berkali-kali bersyarah kepada kita tentang perkara ini. Malah di awal perjuangan Abuya inilah antara tajuk yang 'top' yang menjadi kuliah Abuya. Namun jika dilihat suasana kini, apa makna asing itu? Bagaimana kita nak membenarkan hadis Rasulullah ini?
Asing kali ini ialah bilamana Roh Islam itu telah tercabut dari umatnya. Maka umat Islam hanya mabuk dengan hal-hal lahiriah sahaja. Mabuk dengan ilmu, hukum-hakam, istilah-istilah, dan perlbagai lagi yang bukan intipati atau nadi atau roh Islam itu sendiri. Kita lihatlah di negara kita Malaysia, memang Islam berada di mana-mana namun apakah roh Islam bersamanya? Apakah manusia telah bahagia dengan Islam yang dimilikinya?


Boleh dikatakan Islam yang ada ibarat bunga plastik sahaja. Cantik tapi harumnya tiada apatah lagi serinya. Islam sebagai hiasan pagar semata sedangkan dalam rumahnya belum pun Islam lagi. Islam kerana mendatangkan harta bukan Islam untuk Tuhannya. Islam untuk dunia bukan untuk akhirat. Islam dikatakan dimana-mana dan setiap masa, di radio, televisyen, malah dalam peranti atau alat-alat pintar buatan manusia. Tapi Islam yang ada tidak menyelesaikan masalah manusia, tidak menghidupkan jiwa manusia. Ya! Kerana Islam yang asal, yang asli, yang 'pure' telah asing kepada manusia dan dunia.


Islam yang ada tak dapat dikaitkan dengan Tuhan. Kalau sembahyang, yang digali hanya fadhilatnya. Yang dikaji hanya pergerakannya. Sembahyang hanya senaman sahaja, senaman akal dan jasad manusia. Bukan seperti sembahyang yang dikatakan dalam Quran, sembahyang yang boleh menyelamatkan diri dari maksiat dan dosa, dari bala dan bencana.


Yang menyedihkan dan menghairankan, Islam kini asing juga kepada pejuang dan pembelanya! Islam yang mendidiknya dari kecil, Islam yang memberinya kesedaran beragama kini menjadi asing kepada kita. Hanya kerana ujian tak seberapa, Islam yang dulu pernah meriah dalam kehidupan kita menjadi asing kepada kita. Sudahlah Islam yang Abuya bawa cukup asing dari kefahaman orang biasa, malah kini ianya juga asing di kalangan pengikut Abuya. Yang kita takut lagi ianya asing dalam keluarga Abuya! Dulu kita bersama-sama membangunkan satu sistem kehidupan cara Islam sebenar, kini ia menjadi asing semula. Yang menakutkan lagi bila kita pernah bersamanya tapi setelah Abuya tiada kita lagi teruk dari orang awam biasa.


Bagi mereka yang berkata masih memperjuangkan Islam Abuya, mari kita muhasabah semula. Apakah Islam yang kita bawa ini benar-benar sama dengan yang Abuya bawa? Atau kita dah olah sesuai dengan kehendak dan peredaran masa? Konon untuk kesesuaian perjuangan kita. Kita kata masyarakat dah menerima Islam Abuya namun figur Abuya belum tiba masanya, tapi yang berlaku kepada kita Islam Abuya pun kita tak boleh pertahankannya! Malah kita lebih teruk dari orang awam biasa. Alasan biasa kita berikan konon nak ikut arus perdana, nak 'mainstream'.


Ketahuilah kita  inilah yang merisaukan kita! Apakah dari generasi kita akan berlaku kesinambungan perjuangan ini? Apakah yang kita akan cerikatakan kepada anak-cucu kita tentang perjuangan kita? Sedangkan Islam kita pun dah nipis senipis kulit bawang. Itu kita bukan anak-cucu kita lagi. Kalau begitu benarlah kata Rasulullah SAW. Islam bermula dengan asing dan kembalinya pun asing. Kalau pejuangnya pun dah asing dari pengamalan Islam yang Abuya bawa, sangat-sangatlah patut Allah perlakukan kita begini rupa. Allah nak benar-benar saring pejuang-pejuangnya. Yang tinggal nanti sangat kecil bilangannya! Benar-benar sedikit seperti kata Abuya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً 
"Wahai orang-orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka" (At-Tahrim: 6)

Orang Abuya pun kini dah asing dengan Islam Abuya. Takut kita memikirkannya. Tapi bila teringatkan janji Allah, hiburan tetap ada. Semoga kita semua berusahalah membina iman diri dan keluarga kita. Jika tak sempat bertemu pemimpin yang dijanjikan itu sekurangnya iman kita dah dipersiapkan bersama iman keluarga kita. Kerana asasnya seperti yang disebutkan dalam Al-Quran.


Mudah-mudahan melalui perkongsian dimedia sosial ini dapat menjawab segala rasa ingin tahu, menghapuskan segala keraguan dan mematahkan segala tuduhan. Setelah segalanya jelas diterangkan sekaligus menjawab tuduhan apa yang Abuya perjuangkan yang mungkin menjadi misteri kepada masyarakat. Moga-moga boleh menjadi bahan berfikir kepada umat Islam Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya apa yang menjadi misteri dan kontraversi yang diperjuangkan oleh Abuya. Kerana perkara yang sama diperingkat awal perjuangan Rasulullah SAW juga dianggap asing oleh masyarakat Arab ketika itu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N