Langkau ke kandungan utama

ARAB BADWI BERSAMA PERJUANGAN ABUYA.

ARAB BADWI BERSAMA PERJUANGAN ABUYA.



Orang Badwi yang hidup dipadang pasir lebih dekat dengan kehidupan secara semula jadi. Kehidupan Badwi berpindah randah bersama sekumpulan kambing ternakannya. Kehidupannya ringkas dan simpel. Suka meraikan tetamu. Dipadang pasir yang terdapat rumput dilepaskan kambing-kambing untuk meragut rumput. Dimana orang badui menetap mereka akan bangunkan khemah untuk mereka melindungi dari panas. Mereka berehat dan berkeluarga kemudian meneruskan kehidupan dengan berpindah randah. Mereka banyak belajar dengan alam sekitarmereka. 


Kini kehidupan mereka sudah berubah. Walaupun masih mengekalkan kehidupan dipadang pasir namun bagi mereka yang kaya dan mampu mempunyai bangunan canggih di bandar. Apabila mereka bercuti atau membawa kaum keluarga, mereka akan pergi padang pasir bersama keluarga untuk menikmati kehidupan datuk nenek mereka di bawah khemah dipadang pasir. Samalah juga bagi masyarakat Melayu yang kaya raya tetapi apabila bercuti mereka akan pulang ke kampung untuk menikmati kehidupan di kampung. Tradisi bercuti balik kampung bagi orang Melayu masih kekal.


Negeri Arab atau biasa juga dikenal dengan Jaziratul Arab atau semenanjung Arab, adalah satu semenanjung yang terbesar di dunia.
Negeri Arab dikenali dengan Sahara atau padang pasir, sebab negerinya diliputi oleh Sahara (gurun). Meskipun negeri itu dikatakan Sahara, namun bukanlah berarti bahwa semua negerinya terdiri dari sahara. Jordan salah sebuah daripada Negara-negara Timur Tengah.
Negara Jordan bagaikan negara kedua bagi Abuya. Ketua kabilah Syammar Jordan sangat menerima baik perjuangan Abuya. Orang kanan beliau seorang terpelajar lepasan German Iaitu Syekh Abu Mus'ab. Hubungan mereka dengan Abuya semenjak 1986 lagi. Masyarakat badui akan bergaul dengan masyarakat modern namun mereka akan senantiasa menjaga kelestarian adat-istiadatnya.


Kata Sy. Fahad tokoh dari Arab Saudi (Ketua kabilah As-Syammari Arab Saudi) "apa yang ada di Amerika ada di Malaysia tetapi apa yang ada di Malaysia tiada di Amerika"maksudnya kemajuan yang ada di Amerika ada di Malaysia dan perkembangan Islam di Malaysia tiada di Amerika. Asia Tenggara modern khususnya Malaysia adalah sebuah kawasan dimana pengamalan Islamnya menunjukkan dynamics bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta mencetuskan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yang sangat menarik. 


Orang Arab menyebut kata gurun pasir dengan kata sahara. Negara Arab Saudi ini bersempadan langsung (searah jarum jam dari arah utara) dengan Jordan,Irak, Kuwait, Teluk Persia Uni Emir Arab, Oman, Yaman dan Arab Saudi. Sejak 5 Jun 2017 sejumlah negara seperti Arab Saudi, Bahrain, Mesir, Uni Emirat Arab, Mauritius, Mauritania, Yaman, Libya, dan Maladewa memutuskan hubungan dengan Qatar. Mereka kompak menuding Doha mendukung terorisme dan musuh mereka, Iran. Bagi Qatar sendiri, tuduhan tersebut tidak masuk akal.
Isu ini adalah pertelingkahan antara "MUBTADIAH dan RAFIDAH ".


"MUBTADIAH" ajaran yang muncul sejak tertegaknya Kerajaan Ibnu Saud atau Arab Saudi. "RAFIDAH" ajaran yang dipelopori oleh Iran.
Ajaran "MUBTADIAH dan RAFIDAH " kedua-duanya menolak ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi Malaysia dan umumnya umat Islam. Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga kesaat ini, telah lahir dan berkembang di tengah tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran akidah dan pegangan serta pecahan-pecahannya. Sehingga kalau dihitung aliran-aliran aqidah itu terjumlah ia kepada 73 puak. Yang satu masuk ke syurga yang 72 puak di Neraka. 


Ulama Pewaris Nabi diperlukan oleh manusia dan dunia. Manusia wajib mencarinya dan berbaiah dengannya. Perjanan hidupnya patut diambil untuk rujukan. Bersama dan menerimanya adalah hidayah.
Menentang guru Mursyid tidak pun murid-murid tersebut di memuliakan diri mereka oleh masyarakat. Ini adalah pengalaman murid-murid yang pernah Allah berikan guru Mursyid tetapi tidak pandai berterima kasih lalu Allah tarik nikmat hidayah tersebut dari diri kita. Justeru masyarakat melihat hidup kita bukan bertambah mulia. Apa yang berlaku apabila menentang guru Mursyid kita sendiri kelihatannya hidup kita semakin hina. Didunia lagi Allah telah hukum.


Apabila Allah datangkan guru Mursyid dalam hidup kita ertinya itulah sebesar-besar hidayah dari Allah. Lebih-lebih lagi kita telah menyaksikan ditangannya memulakan kebangkitan Islam kali kedua. Jadual Allah pasti berlaku. Banyak buku-buku sudah ditulis oleh Barat tentang akan berlakunya kebangkitan Islam di Timur. Mereka juga mengambil berita daripada hadis-hadis Rasulullah sendiri. Musuh-musuh Tuhan telah berusaha dengan seribu satu halangan tetapi semuanya gagal. Tapi mana mungkin JADUAL ALLAH boleh digagalkan? Moga manusia sedunia akan diselamatkan oleh ketibaan 'penyelamat' ini kepada mereka.


Budaya bangsa Arab dikembangkan oleh suku-suku pengembara dan orang-orang desa yang hidup di Gurun Arab. Ada dua jenis dasar orang Arab. Pengembara asli atau yang biasa kita kenal dengan suku badui dan "fellahin", yaitu para petani..suku badui  terkenal hidup secara nomad, yakni berpindah pindah  di padang pasir dengan  melintasi gurun pasir tandus dengan unta, kadang-kadang para kafilah pun melalui jalan mereka, pemerintah arab Saudi menyediakan tempat tingal  kepada mereka namun mereka tidak minat,dan masih setia tinggal di khemah-khemah sedangkan  Orang fellahin hidupnya lebih menetap, yaitu tinggal di tepi gurun. 


Kehidupan orang Arab Badui termasuk salah satu kehidupan yang lasak. Harta mereka yang utama adalah rumah -- sebuah khemah panjang yang terbuat dari bulu kambing atau binatang yang dipintal. Khemah-khemah tersebut bukanlah tempat tinggal yang kekal. Khemah biasanya dibagi menjadi dua bagian dengan pemisah berdekorasi yang disebut "gata". Biasanya, separuh khemah  untuk kaum wanita, anak-anak, peralatan masak, dan gudang; sementara separuh khemah yang lain untuk kaum lelaki. Bagian kaum lelaki yang berisi tungku perapian yang dibangun di atas tanah, digunakan untuk menghibur tamu. 


Kaum lelaki duduk-duduk dan membuat rencana untuk kelompok mereka, sementara kaum wanita mengerjakan sebagian besar pekerjaan yang ada. Binatang sangat penting bagi kehidupan orang Arab Badui. Mereka yang tinggal di tepi gurun menggembalakan kambing dan domba; sedangkan orang-orang yang mengembara dan mengharung di gurun hanya bergantung pada unta. Kambing dipelihara untuk dijual dan unta digunakan untuk sebagai kenderaan.


Bahan makanan yang terbuat dari susu menjadi sumber makanan tradisional orang Arab Badui. Susu unta dan susu kambing diminum langsung atau dibuat menjadi "yogurt" dan sejenis mentega yang disebut "ghee". Sebagian besar makanan orang Arab Baduwi terdiri dari semangkuk susu atau yogurt atau nasi yang disiram dengan ghee. Sepotong roti tak beragi juga dihidangkan kalau ada. Buah kurma, yang dapat ditemukan di oasis gurun, dimakan sebagai makanan penutup setelah makan. Daging hanya disajikan pada acara-acara khusus, seperti untuk tamu, pesta pernikahan, atau upacara-upacara khusus.        


Kehidupan Kaum Baduwi masih seperti cara hidup nenek moyangnya, yaitu tinggal di dalam khemah yang dibuat dari bulu kambing atau unta, sedang domba dan kambing masih digembalakan di padang rumput seperti zaman dahulu kala. Pekerjaan yang biasa dikerjakan oleh orang Badui ialah menternak kambing dan unta serta kadang-kadang juga kuda, berburu dan keluar mencari nafkah. Menurut Kaum Badui  hanyal pekerjaan-pekerjaan tadi yang pantas untuk dikerjakan kaum lelaki. Di antara amalan kaum badawi yang baik ialah suka memuliakan tetamunya. Contoh menjamu tetamu dengan hidangan mereka seperti mansab, sejenis makanan nasi dengan kambing. Mereka hidang didalam bekas besar seperti talam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N