Langkau ke kandungan utama

Catatan

RAMADHAN MENINGGALKAN KITA

 RAMADHAN TELAH PERGI Hati mukmin sedih dengan pemergian Ramadhan. Namun persiapan menyambut Aidilfitri tetap dilaksanakan. Menyambut 1 Syawal dengan hati gembira itu dituntut. Menggembirakan orang lain, melakukan persiapan menyambut tetamu, membersihkan rumah, menyediakan pakaian yang cantik.  Jika mampu sediakan pakaian yang baru, makanan dan hidangan untuk para tetamu. Kita memuliakan Ramadhan dan meraikan Aidilfitri kerana Allah SWT. Ianya disuruh dan dituntut. Maka hadiah besar bagi orang beriman yang berjaya memuliakan Ramadhan dan menyambut Syawal dengan Iman dan Taqwa.

HARI KEMBALIKAN FITRAH

HARI KEMBALIKAN FITRAH. (Aidil Fitri 2018- Rawang ). Setelah sebulan kita beribadah dengan menahan lapar dan dahaga, menahan godaan hawa nafsu, mengumpul amal dan perbanyakkan ibadah, maka dengan rahmat dan kasih sayang Allah dianugerahkan kepada kita satu hari yang disebut ‘Hari Fitrah’ atau ‘Eid Fitr’. Ia membawa erti, setelah kita bermujahadah melawan hawa nafsu dan jika berjaya menempuh bulan Ramadhan dengan Iman dan Taqwa maka diri manusia akan kembali kepada fitrahnya. Iaitu hamba Allah SWT. Bukan hamba hawa nafsu apatah lagi hamba syaitan, yang sebulan Ramadhan ia dibelenggu rantai pada kakinya. Hari Fitrah ini Allah SWT minta kita perbanyakkan SYUKUR, kerana syukur adalah sifat hamba. Dilahirkan syukur itu dengan bersedekah kepada yang kurang, menghiburkan mereka yang kesedihan, memuliakan orang tua, mengasihi yang muda, menziarahi sanak saudara, mengeratkan ukhuwah sesama manusia. (Aidil Fitri 2019- Bangi Avenue) Kesyukuran itu juga dilahirkan dengan pakaian...

ROH ADALAH GAMBARAN DIRI MANUSIA

MENGENAL ROH MANUSIA Melalui pimpinan guru mursyid, beliau mendidik roh atau hati kita. Apabila roh hidup ia akan menggerakkan diri manusia untuk mencari keredhaan Tuhan Melalui pendidikan insan dekat dengan rohani manusia. Apabila kita mengenal diri mudah untuk mendapatkan rasa-rasa yang mesti ada dalam diri kita. Inilah ertinya mengenal diri melalui rasa hati atau mengenal roh. A diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, terimbau apa yang kita dibekalkan dalam kelas pengajian yang disampaikan sendiri oleh guru Mursyid. Beliau menyampaikan kuliah mingguan di kompleks Islam Sungai Penchala yang beliau selaku pengasasnya. Rasa- rasa hati ini dengan perkongsian oleh guru mursyid adalah rasa-rasa yang terpandu. Terasa benar-benar terpanggil. Rasa yang dipandu ni… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ...

ROH PERJUANGAN ISLAM

ROH PERJUANGAN ISLAM "Hati yang terlalu cintakan Allah sensitif dengan Tuhan". Islam dan Melayu ibarat kuku dan isi . "Dia Allah,(kekuasaan dan kebesaran)Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al Israk 17:1). Pengusaha-pengusaha yang sejak dulu teliti soal halal haram dalam memilih bahan-bahan untuk buat produk makanan.Contoh produk makanan dan minuman dipastikan bahan-bahannya halal termasuk kek lapis Sarawak.Ini kerana majoriti pelanggan kek lapis Sarawak, mee kuning adalah dikalangan umat Islam. Firman Allah SWT: ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ . Maksudnya: Ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab hubungan dengan Allah dan adanya sebab hubungan sesama manusia. (Ali Imran 3:112). Inilah hasil perjuangan Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi selama 51 tahun dalam mempelopo...

BENGKEL ROHANI.

Selama sebelas bulan manusia menjadi hamba hawa nafsu dan syaitan. Raya ini untuk mereka yang kembali kepada fitrah mereka. Yang kita takutkan,  sikap kita di Aidilfitri ini kita lupa yang kita baru keluar daripada  bengkel rohani. Selama sebulan  kita masuk bengkel rohani untuk di overhall hati,akal dan fizikal. Selama sebulan Ramadhan kita membengkelkan, akal jiwa dan fizikal. Memfokuskan amal ibadah dan menambahkan amal di bulan Ramadhan dengan sembahyang tarawih, bertadarus, bersahur dan berbuka puasa.Dalam setahun selama sebulan umat Islam dibengkelkan oleh Tuhan. Selama kita dalam bengkel rohani iaitu bulan Ramadhan hati kita terutamanya dididik untuk mendapatkan jiwa atau roh yang tenang.  Sebulan Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita hamba yang kembali kepada fitrah sebenar. Berkat Ramadhan juga moga kita dapat kekalkan rasa kehambaan. Maksud firman Allah: "Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi...

IBADAH UNTUK MENDAPAT RASA KEHAMBAAN.

BERIBADAH TUJUAN MENDAPAT RASA HAMBA. Rasa hamba wajib dimiliki. Tuhan Maha berkuasa, kita hamba lemah dan dhaif. Kita tertakluk dengan kuasa Allah. Sampai masa kita tua dan tak bermaya. Deng an ad anya jiwa tauhi d ki ta menjadi orang yang kuat menyerah di ri da n bersand ar de ngan kuasa Allah. Orang yang berjiwa tauhid tidak takut dan bimbang apa pun kerana hatinya kuat bersandar dengan Tuhan.  Apapun Tuhanlah tempat kita meminta tolong.Dibawah ini saya kongsikan cerita pengalaman seseorang yang berlaku kepada dirinya. Iaitu seorang perempuan yang bekerja di kilang daging. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya. Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahi...

UNTA NABI SOLEH.

 UNTA NABI SOLEH DI BUNUH DI KOTA MADAIN SOLEH. “Madain” adalah kata majmuk dari Madinah yang ertinya dalam bahasa Arab “Kota”. Adapun Soleh diambil dari nama nabi Saleh a.s. (صالح) merupakan salah seorang nabi dan rasul dalam Islam yang telah diutus kepada kaum Thamud. Dan Tsamud adalah suku bangsa Arab yang bertempat tinggal di suatu kota bernama “Al-Hijr” terletak antara Hijaz dan Syam. Mereka dari keturunan Sam bin Nuh as. Al-Hijr adalah sebuah perkampungan kaum Thamud  yang dahulunya sangat subur dan makmur dengan semua kekayaan alam yang dimiliki mereka.  Dari kehebatan mereka Allah telah turunkan dalam al-Quran surat tersendiri namanya surat Al-Hijr. Rumah-rumah mereka didirikan di atas tanah yang rata dan dipahatnya dari gunung. Allah telah berfirman dalam surat Al-Hijir  “Dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-gunung batu (yang didiami) dengan aman”. Mereka diberikan Allah kenikmatan yang luar biasa, hidup mereka tenteram, sejahtera, dan bahagia,...