Langkau ke kandungan utama

Catatan

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N...

GERAKAN WAHABI BUNUH AHLUL BAIT

GERAKAN WAHABI BUNUH AHLUL BAIT. Ketika wahabi berkerjasa dengan penjajah Barat menguasai kota Mekah, ramai keluarga Rasulullah di bunuh. Sudah menjadi takdir bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing. Maka Ahlul Bait bertebaran ke seluruh bumi timur. Kini negara-negara yang ada di timur ialah Malaysia, Indonesia, Brunai, Campa, dan Asia Tenggara umumnya. PERJUANGAN WONOSOBO DAN PILIN. Tapak kebangkitan Islam di Timur iaitu Malaysia dan Indonesia. Tokohnya juga datang dari Timur. Masjid PILIN kampung Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad AT Tamimi Negeri Sembilan. Ia didirikan pada ZAMAN Lebai Ibrahim bapa saudara Abuya. Syeikh Umar atau Sayid Umar Sutodrono, beliau datang dari Arab, keturunan Nabi Muhammad SAW. Datang ke Indonesia tahun 1820 bersama ayahnya Syekh Abdul Rahim. Sebagai pedagang sekaligus menyebarkan agama Islam. Menginjakkan tanah Jawa pertama kali di Jogjakarta. Nama aslinya h...

PERANAN TARIQAT AKHIR ZAMAN.

PERANAN TARIQAT. Intitusi tariqat mempunyai PERANAN besar dalam kehidupan manusia. Ada peranan yang lahir dan Ada peranan yang rohani. Peranan yang lahir antaranya menyelesaikan kekusutan hidup. Dapat memulihkan mereka yang terlibat dengan dadah. Menyatukan suami dan isteri yang bercerai berai dan sebagainya. Peranan yang utamanya ialah pembinaan insan. Iaitu menghidupkan roh manusia. Wali Songo di kenali sebagai pejuang rohani atau pejuang tariqat. Wali Songo mereka merasakan  sebagai hamba tidak berhak mempersoalkan kehendak dan ketentuan Tuhan, mereka adalah orang yang berjuang dan mempunyai jiwa dan cita-cita perjuangan. Sejarah telah mencatitkan perjuangan wali Songo yang berjaya merubah kerajaan Hindu menjadi kerajaan Islam. Wali Songo mereka merasakan  sebagai hamba tidak berhak mempersoalkan kehendak dan ketentuan Tuhan.  Waktu sekarang makam-makam para wali ramai yang dikunjungi oleh masyarakat. Banyak bas-bas rombongan daripada seluruh Indonesia yang membawa...

MASJID MARBELLA DI EROPAH.

UMAT ISLAM DI BUNUH BERAMAI-RAMAI DI EROPAH. (Masjid Marbella di Eropah). Kita kena ambil iktibar sebagai sejarah hitam apa yang berlaku ke atas umat Islam pada April Fool. Ia adalah sejarah hitam kepada umat Islam. Ia telah dicatit dalam sejarah Islam sepatutnya  ia dapat membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda hari memperingati yang dilakukan oleh tentera Salib (Kristian) terhadap umat Islam di Sepanyol. The April’s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 ,bersamaan dengan 892 H. Sejak Spain dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu wilayah yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan. Kota-kota seperti Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan seb...

PEJUANG ISLAM SEJATI.

PEJUANG YANG ADA CITA-CITA. (Bapa mertua Inaamullah, beraya 2019). Pejuang Islam ada pimpinan, cita-cita dan ada ilmu. Mereka kini ramai bertapak di timur. Merekalah rumpun Melayu baru yang bertaburan di seluruh Asia Tenggara. Iaitu di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Thailand dan Moro Pilipina. Bangsa Melayu umum nya beragama Islam. Rumpun Melayu ini ialah mereka yang mendapat tarbiyah, pimpinan guru mursyid, ada minda dan ada cita-cita lslam. Bangsa yang terbangun insaniah Bangsa yang mendapat didikan dan bimbingan guru mursyid.Satu bangsa yang lemah lembut, mesra dan mudah bersimpati dengan bangsa atau etnik lain. Sekalipun tidak kaya mudah membantu dan menolong orang lain. Mudah bersimpati dan memberikan kasih sayang. Budaya kasih sayang susah didapati sekarang. Kasih sayang semua manusia menginginkan.Manusia ingin dikasihi. Kita rasa senang kalau ada orang menyayangi kita dan kita rasa sedih kalau ada orang benci pada kita.Begitulah sif...

TUHAN BERPERANAN.

TUHAN BERPERANAN DALAM KEHIDUPAN. (Bandar Basrah Iraq musnah). Jangan malu untuk sebut “..kerana Tuhan-lah saya dapat semua ini..” “Allah swt-lah yang izinkan, usaha kami hanya sebab sahaja..” Umat sekarang malu nak sebut ‘Tuhan’ dalam kehidupan seharian. Seolah-olah Allah tiada dalam peranan kehidupan seharian. Hakikatnya jika sesaat Allah lupakan hamba-Nya, matilah ia, malanglah dan celakalah dia!Dunia hari ini semakin kacau bilau. Di Malaysia, kita semua sedang menjadi saksi. Kita sedang melihat gambar mangsa ledakan, gambar mangsa keganasan, mangsa pelarian perang, mangsa pembunuhan, gambar kemusnahan. Imej dan gambar muncul dari TV, dari YouTube, dari Facebook.Gambar dan imej ini sedang memaksa kita menjadi saksi.  Penulis juga berkesempatan menjadi saksi perang Teluk Iran dengan Iraq. Ia sedang melanda dunia pada hari ini hanya berpunca dari hilangnya Kasih sayang. Manusia tidak akan bahagia dengan perpecahan dan permusuhan.Tanpa kasih sayang  , su...

MASJID GUANGZHOU.

MASJID PERTAMA DI CHINA. Masjid Agung Guangzhou, juga dikenal sebagai Masjid Huaisheng, masjid tertua di Cina. Dibangun pada masa kekaisaran Dinasti Tang pada tahun 635 M (islaminchina.info) Agama Islam mempunyai sejarah  yang lama di China. Agama ini telah  wujud sejak Dinasti Tang setelah  seorang sahabat Nabi Muhammad,  Sa`ad ibn Abi Waqqas, diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada  Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China.  Sebuah ciri terkenal masyarakat Islam Muslim di China ialah kemunculan imam wanita bagi makmum wanita. Suatu bentuk kaligrafi Islam, Seni, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini.Masjid Huaisheng di Guangzhou, Cina, merupakan bangunan yang bernilai sejarah.  ...