Langkau ke kandungan utama

Catatan

ISLAM BEGITU CANTIK DAN INDAH LAKSANA SEBUAH ISTANA.

Agama Islam yang kita akui dan yang kita warisi itu sebenarnya cantik dan indah. Sebagaimana yang diminta oleh Allah, kita diminta untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Agar mudah difahami, dapat kita membuat sebuah perbandingan. Agama Islam yang begitu cantik dan indah adalah laksana sebuah istana dan mahligai yang cantik dan indah. Tetapi kita tidak akan dapat merasakan kecantikan dan keindahannya, terlebih lagi tidak akan dapat merasakan keselamatan dan kebahagiaan di dalamnya, kalau kita hanya mendengarkan cerita istana itu dari mulut orang lain atau kita hanya melihat istana itu dari jarak yang jauh dalam suasana yang samar-samar.  Mungkin yang kita lihat dari jauh itu hanya atapnya saja. Mungkin yang kita lihat itu hanya sebagian dinding istana atau beberapa buah pohon yang berada di halaman istana. Mungkin yang kita lihat hanya sebagian dari pagar istana. Dan yang paling malang adalah kalau yang kita lihat dari jauh itu ternyata saluran pembuangan istana. Orang yang...

ISRAK MI'RAJ BERJAYA MEMPERLIHATKAN KEKUASAAN TUHAN.

ISRAK MI'RAJ BERJAYA MEMPERLIHATKAN KEKUASAAN TUHAN. "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Israk 17:1). Perjalanan yang ajaib adalah pejalanan rohani menuju Allah. Jalan rohani menuntut disiplin yang tinggi. Manusia yang berjaya ia dapat menjaga disiplin diri. Manusia paling berjaya ialah dapat mengawal dan  mendisiplinkan hati. Manusia gagal mendisiplinkan hati mengikut kehendak Tuhan. Apabila gagal mendisiplinkan hati, ertinya hati lalai, maksiat hati berlaku. Disiplin hati ia bersifat maknawiah dan rohiah yang tidak dapat dilihat oleh mata yang susah hendak difikirkan oleh akal selalu sahaja terabai dan terbiar. Padahal penyakit masyarakat puncanya dari sini. Kalau penyakit sahaja yang hendak dib...

KEMAJUAN TEKNNOLOGI HANYA ALAT DALAM ISLAM.

Abuya Imam Ashaari Muhammad at Tamimi pandu kita bahawa dalam Islam ada alat dan matlamat. Kita membangunkan kemajuan material adalah alat untuk mendokong Islam.Teknologi di kuasai untuk mendokong syiar Islam. Umat Islam membangun sebagai alat untuk tegakkan syiar Islam. Berbeza dengan orang bukan Islam mereka menjadikan dunia sebagai matlamat. Sedangkan matlamat kita umat Islam adalah Akhirat. Kalau kita juga menjadikan pembangunan material sebagai matlamat, caranya amat mudah sekali. Buatlah seperti yang mereka buat iaitu asah sungguh-sungguh akal fikiran kita dan lupakan terus ALLAH SWT. Tapi ingat, Neraka ALLAH akan menanti kita. Sebab itulah, ALLAH juga mengingatkan kita dalam Al Quran, supaya kita jangan berkecil hati dengan Allah atau terpengaruh dengan orang-orang bukan Islam itu.  Firman ALLAH: Terjemahannya: Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. (At Taubah: 85) Dalam ayat ini, kita dapat fahamkan bahawa ALLAH memang sengaja melebihkan orang-orang ...

GIBRALTA MENJADI SAKSI KEMENANGAN ISLAM.

Alhamdulillah Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kerananyalah kita mendapat Iman dan Islam. Marilah kita banyakkan bersyukur dengan Allah dan berselawat dengan Rasulullah SAW. Abuya Imam Ashaari At Tamimi melakukan XPDC untuk memberi laluan keberkatan kebangkitan Islam yang bertapak di bumi Timur. Benua-benua yang ada di muka bumi ini di jelajahi oleh Abuya untuk menabur barakah dakwah Islamiah daripada bumi Timur yang berada di Benua Asia. Mari kita merenung hikmah angka 1968 dan angka 1986. Menurut pengamatan penulis 68 angka bermula Abuya perkenalkan model perjuangannya dan angka 86 Abuya memperluaskan perjuangannya ke luar negara.  Perjuangan Abuya mula bertapak daripada tahun 1968 di Malaysia. Selepas itu Abuya berdakwah keseluruh negara-negara yang ada di benua Asia. Pada tahun 1986 Abuya mula meluaskan hubungan dakwahnya ke benua Afrika Utara, negara-negara yang dikunjunginya ialah Maghribi dan Tunisia. Abuya meneruskan musafirnya ke bumi Eropah. XPDC...

HUBUNGAN ISLAM DENGAN MELAYU DAN CHINA.

Dua etnik yang ada persamaan, iaitu etnik Hui di China dan etnik Melayu di Malaysia. Bila disebut etnik Melayu sudah tentu beragama Islam, begitu juga dengan etnik Hui di Tanah Besar China beragama Islam. Jika diteliti sejarah umat Melayu Islam sejak dahulu sehinggalah sekarang, kita akan dapati bahawa terdapat pertalian hubungan yang sangat kuat di antara Islam dan bangsa Melayu sehinggakan Melayu bukan sahaja dianggap sebagai keturunan tetapi juga sebagai sebuah identiti di dalam Perlembagaan Negara. Pada takrifan Melayu di dalam Perlembagaan Negara Malaysia, bangsa Melayu adalah mereka yang menjadikan Islam sebagai agama yang dianuti, bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan serta mereka yang mengamalkan adat resam dan budaya Melayu di dalam kehidupan seharian. Melalui etnik ini ada hubungan baik dengan Abuya. Mejoriti etnik ini tinggal di Yunan. Apabila kita berada di Yunan seolah-olah kita berada di kampung sendiri.  Etnik Hui berjumlah lapan juta lapan ratus ribu orang. Kebany...

XPDC DAKWAH DARI CHINA KE TANAH MELAYU.

Abuya Imam Ashaari At Tamimi mempunyai hubungan baik dengan China Muslim di Yunan. Sepanjang di China Abuya di bawa oleh seorang profesor yang bernama Profesor Wu. Beliau memberikan maklumat dan taklimat kepada Abuya. Hui salah satu etnik yang ada di tanah besar China sama seperti bangsa Melayu. Apabila disebut berbangsa Melayu, maka agamanya ialah Islam. Begitu jugalah dengan bangsa China dari etnik Hui ini, bila disebut Hui, mereka semuanya beragama Islam. Dakwah Abuya ke China seolah-olah memperbaharui semula hubungan Tanah Melayu dengan Tanah Besar China. Laksamana Cheng Ho, adalah satu nama yang tidak boleh dipisahkan dengan dakwah. Beliau adalah seorang kasim Muslim yang menjadi orang kepercayaan Kaisar Yongle dari Tiongkok (berkuasa tahun 1403-1424), kaisar ketiga dari Dinasti Ming Islam yang masuk ke Tanah Melayu melalui dakwah. Para pendakwah yang datang diterima baik. Selain Pendakwah daripada bangsa Arab juga pendakwah dari India iaitu Gujerat dan pendakwah dari Tanah Besar ...

PELABUHAN MELAKA AKAN MENGULANGI KEGEMILANGANNYA.

Alhamdulillah Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kerananyalah kita mendapat Iman dan Islam. Marilah kita banyakkan bersyukur dengan Allah dan banyakkan berselawat dengan Rasulullah SAW. Pelabuhan Melaka lebih awal telah jauh lebih bertamadun dari pelbuhan-pelabuhan yang ada di dunia sekarang. Amat jelas sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat, Melaka telah mengamalkan budaya perdagangan bebas. Pelabuhannya yang  mengenakan cukai yang adil, kewujudan pelbagai kemudahan bagi pedagang, sistem pentadbiran yang cekap, pengenalan  mata wang dan ukuran adalah bukti sudah lama kewujudan pentadbiran pelabuhan Melaka yang canggih dan be kesan.  Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Setelah dia berkahwin dengan anak raja Pasai baru masuk Islam. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melay...