Langkau ke kandungan utama

HUBUNGAN ISLAM DENGAN MELAYU DAN CHINA.




Dua etnik yang ada persamaan, iaitu etnik Hui di China dan etnik Melayu di Malaysia. Bila disebut etnik Melayu sudah tentu beragama Islam, begitu juga dengan etnik Hui di Tanah Besar China beragama Islam. Jika diteliti sejarah umat Melayu Islam sejak dahulu sehinggalah sekarang, kita akan dapati bahawa terdapat pertalian hubungan yang sangat kuat di antara Islam dan bangsa Melayu sehinggakan Melayu bukan sahaja dianggap sebagai keturunan tetapi juga sebagai sebuah identiti di dalam Perlembagaan Negara. Pada takrifan Melayu di dalam Perlembagaan Negara Malaysia, bangsa Melayu adalah mereka yang menjadikan Islam sebagai agama yang dianuti, bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan serta mereka yang mengamalkan adat resam dan budaya Melayu di dalam kehidupan seharian. Melalui etnik ini ada hubungan baik dengan Abuya. Mejoriti etnik ini tinggal di Yunan. Apabila kita berada di Yunan seolah-olah kita berada di kampung sendiri. 


Etnik Hui berjumlah lapan juta lapan ratus ribu orang. Kebanyakkan mereka tinggal di Wilayah Autonomi Ningxia di bahagian Barat Laut China. Penduduk etnik Hui bertutur dalam bahasa Mandarin kerana bersama-sama bertutur dalam bahasa Han kerana sudah lama duduk bersama etnik Han. Etnik Hui ini kita mudah temui mereka di Mekah dan Madinah. Kebanyakkan yang kita temui di Haramain sudah berusia lanjut. Ketika China mengamalkan dasar tertutup, rakyat mereka tidak dibenarkan keluar negara, lebih-lebih lagi berhubung dengan masyarakat di luar Tanah Besar China. Mereka yang hendak mengerjakan haji yang telah berusia lanjut sahaja, generasi muda tidak dibenarkan. Apabila China membuka negaranya kepada masyarakat luar, Abuya terus ambil peluang ke negeri China dan bertemu dengan masyarakat Islam disana. Kedatangan Abuya ke China memberi satu motivasi kepada mereka yang beragama Islam. Bahkan mereka akan memberikan respon dahulu datuk kami berpakaian seperti Abuya memakai jubah dan serban.


Hadis dengan matan : Utlubul ilma walau bissiin (Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina) merupakan salah satu hadis yang sangat populer, bukan hanya di tanah air, di negara-negara berpenduduk mayoritas muslim lainnya hadis ini juga cukup populer.
Popularita hadis di atas, menimbulkan banyak pertanyaan. Pertama, adakah hadis ini benar dikatakan oleh Rasulullah saw ? Apakah baginda mengenal atau mengetahui negeri China ?. Lantas kenapa negeri China yang menjadi pilihan, bukan Mesir yang relatif lebih dekat, atau India yang mempunyai kebudayaan hampir sama tinggi.


Kajian Sanad Hadis
Hadis di atas sebagaimana dikatakan juga oleh al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-hasanah (hn. 125) diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Rihlah fi Talab al-Hadist, Ibn Abd al-Barr dalam Jami’ al-‘Ilm dan al-Daylami dalm Musnad al-Firdaws, semuanya melalui Abi ‘Atikah Tarif ibn Salman. Ibn Abd al-Barr juga meriwayatkannya melalui Ubayd ibn Muhammad dari Ibn ‘Uyaynah dari al-Zuhri, (Abi ‘Atikah dan al-Zuhri) dari Anas ibn Malik dari Rasulullah saw. dengan lafaz di atas ditambah dengan kalimat: fainna talaba al-‘ilm faridhat ‘ala kulli muslim (dan sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang muslim).


Kritik Matan.
Matan hadis ini banyak dipertanyakan dan diragukan orang dengan mempertanyakan, benarkah nabi Muhammad saw mengetahui adanya negeri bernama Cina ? Hemat penulis, pertanyaan itu tidak perlu muncul karena kemungkinan nabi saw mengetahuinya adalah sangat besar. Pertama, dari sudut sejarah, baginda adalah pedagang antar bangsa, beliau waktu usia muda pernah dua kali minimal pergi ke Syam sebagai kota perdagangan. Di kota itu sudah ada kebudayaan Romawi dan tentu saja sudah berinteraksi dengan budaya lain. Jadi tidak mustahi dalam perjalanan itu baginda mendengar tentang pradaban negeri Cina yang sudah tinggi.
Kedua, Apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw, tidaklah berhenti pada pengetahuan beliau saja, tapi ada unsur wahyu Allah yang berperan. Jika kemungkinan ini diambil, dan hal ini sangatlah mungkin, maka unsur kejanggalan matan hadis ini tidak ada muncul lagi.


Hikmah di balik negeri Cina
Banyak hikmah yang dapat dipetik dari kata negeri Cina di sini. Pertama, negeri atau kekaisairan yang populer di kalangan awam pada saat itu adalah Romawi dan Kisra. Jarak kekuasaan kedua kekaisaran ini tidaklah terlalu jauh dari dunia Islam. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menuliskan surat untuk mereka dan kerajaan dan kekaisaran lain. Wal hasil, nabi ingin memberitakan kepada Ummat Islam bahwa ada negeri lain yang juga sudah memiliki peradaban yang maju.


Sejak awal abad ke 15, Melaka menjalin hubungan baik dengan Kekaisaran Cina (Kekaisaran Yuang Lo 1403-1423) dengan harapan Siam tidak akan berani  menyerang Malaka. Sultan-sultan yang memerintah setelah Prameswara (Muhammad Iskandar Syah) tetap menjalankan politik bertetangga baik tersebut. Sebagai bukti, Sultan Mansyur Syah (1459—1477) yang memerintah pada masa awal puncak kejayaan Kerajaan Malaka juga menikahi seorang putri Majapahit sebagai permaisurinya. Di samping itu, hubungan baik dengan Cina tetap dijaga dengan saling mengirim utusan. 
Tidak lama kemudian, berita tentang kota Melaka yang menjadi sebuah pusat perdagangan telah sampai ke China. Yung-Lo, Maharaja China yang memerintah dari tahun 1402 sehingga tahun 1424, telah menghantar utusannya yang bernama Ying Ching ke Melaka pada tahun 1405. Kedatangan Ying Ching telah membuka jalan dalam membentuk hubungan persahabatan di antara Melaka dan China. 


Pedagang-pedagang Cina mula singgah di pelabuhan Melaka dan mereka boleh dikatakan antara pedagang yang paling awal menubuh pengkalan di Melaka. Ketika perwakilan dari Melaka mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja China, baginda telah memuji Parameswara dan mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah yang sah di Melaka. Maharaja Yung Lo kemudiannya menghadiahkan Parameswara dengan sebuah lambang kebesaran, sutera dan sekaki payung kuning sebagai tanda kerabat diraja, serta sepucuk watikah pelantikan Parameswara sebagai pemerintah Melaka. Melaka seterusnya diiktiraf sebagai sebuah kerajaan oleh Maharaja China. 


Perwakilan tersebut telah pulang ke Melaka bersama sebuah angkatan kapal yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho, orang Cina yang pertama berlayar dan mengembara ke kawasan selatan ini.
Pada tahun 1411, Raja Malaka balas berkunjung ke Cina beserta istri, putra, dan menterinya. Seluruh rombongan tersebut berjumlah 540 orang. Sesampainya di Cina, Raja Malaka beserta rombongannya disambut secara besar-besaran. Ini merupakan pertanda bahwa, hubungan antara kedua negeri tersebut terjalin dengan baik.


Di masa Sultan Mansur Syah, juga terjadi perkawinan antara Hang Li Po, putri Maharaja Yung Lo dari dinasti Ming, dengan Sultan Mansur Shah. Dalam prosesi perkawinan ini, Sultan Mansur Shah mengirim Tun Perpateh Puteh dengan serombongan pengiring ke negeri China untuk menjemput dan membawa Hang Li Po ke Malaka. Rombonga ini tiba di Malaka pada tahun 1458 dengan 500 orang pengiring.[3]
Pada zaman pemerintahan Parameswara inilah, ramai orang Jawa, India, Cina, Burma dan lain-lain telah datang untuk menetap di Melaka. Pada tahun 1409, Parameswara telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Parameswara Iskandar Syah. Dua tahun kemudian, pada tahun 1411, Parameswara Iskandar Syah bersama permaisurinya, puteranya serta rombongan diraja seramai 540 orang telah berangkat ke China mengikuti Laksamana Cheng Ho untuk mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja Yung Lo.


Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam.


Di samping berperanan sebagai pusat perdagangan, Melaka juga terkenal sebagai pusat penyebaran agama islam di rantau ini. Mengikut Sejarah Melayu Raja Kecil Besar iaitu sultan Melaka yang keempat telah memeluk agama islam melalui mimpi. Pengislaman baginda dilakukan oleh Nabi Muhammmad. Selepas memeluk agama Islam Raja Kecil Besar telah belajar tentang islam seperti sembahyang daripada Makhdum Abdul Aziz dan memakai gelaran Sultan mahmud Syah. Manakala pencatat cina Ma Huan mengatakan bahawa Megat Iskandar Syah yang memeluk Islam ketika usianya lanjut. Sebelum kedatangan islam rakyat Melaka di percayai beragama Hindu-Buddha.kedatangan agama islam ke Melaka berlaku apabila pendakwah dari Tanah Arab iaitu Sheikh Abdul Aziz datang ke Melaka menerusi jalan laut kerana Melaka berada di akawasan persisiran laut. 


Asal-usul kedatangan islam ke alam melayu ditentukan oleh cora Maritim kawasan yang menerima pengaruh agama iaitu kawasan persisiran. Kemudahan perjalanan seperti ini membolehkan agama islam dari Melaka tersebar lebih jauh ke bahagian utara pesisir Pulau Jawa, Kepulauan Sulu dan Brunei. Melaka berperanan menyebarkan agama islam kerana adanya faktor-faktor tertentu. Diantara peranan sultan iaitu sultan Muzaffar Syah di mana baginda telah berusaha mengukuhkan dan menyebarkan agama islam di Melaka dan kawasan berhampiran dengannya. Sultan muzafar menjadika hukum islam sebagai asas pemerintahan baginda. 


Kumpulan dakwah pula telah berusaha mengajar hukum islam dan dengan ini dapat membentuk meningkatkan tentang kefahaman dalam islam. Tambahan pula sultan Muzaffar memberikan galakan kepada pendakwah bagi melaksanakan rancangan untuk mengembangkan islam. Antara pendakwah yang terdapat iaitu Kadi Melawar, Sayid Abdul Aziz, Maulana Abdul Sadar dan sebaginya. Mereka ini berasal dari Tanah Arab. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah dakwah islamiah telah berkembnag dengan meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke Gugusan Kepulauan Melayu. 


Pendakwah dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk menyebarkan agama islam. Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula kenegeri masing-masing. Dasar perluasan kuasa juga membantu mengembang dan menyebarkan agama islam keseluruh semenanjung tanah Melayu dan negeri di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan inderagiri. Disini dikatakan kebanyakkan penduduknya beragama islam. Terdapat juga negeri-negeri yang secara sukaraela meminta jadi sebahagian dari jajahan takluk Melaka seperti Kedah, pattani dan lain-lainnya seterusnya menerima dan memeluk islam. 


Ulama berperanan memperkembangkan serta menyebarkan agama islam. Setelah islam berkembang, mereka memperluaskan serta memperdalamkan pengajaran dalam bidang tafsir, hadis dan tasawuf. Ulama juga bertugas sebagai mualim atau guru agama, kadi dan pengamal tasawuf. Selain menjadi guru agama mereka juga bertugas sebagai imam, juru nikah serta katib. Antaranya Maulana Abu Bakar dari mekah menjadi guru agama kepada Sultan mansor . Sultan Mahmud pula berguru dengan Makhdum Sadar Jahan. Jadi disini boleh dikatakan ulama mempunyai hubungan yang baik dengan sultan. Penyebaran agama islam di Nusantara berlaku apabila pedagangpedagang dari nusantara yang membawa dagangan untuk dijual di Melaka melihat islam dalam amalannya dan martabat gelaran baru yang diambil oleh raja (sultan) dan pembesarnya. 













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N