Langkau ke kandungan utama

SEJARAH PEMBUKUAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.


Ahlussunnah wal Jamaah yang dipimpin oleh 2 orang ulama besar dalam Usuluddin yaitu Syeikh Abu Hassan Ali Al Ashaari dan Syeikh Abu Mansur Al Maturidi.


IMAM ABU HASSAN AL ASHAARI
Diantara ulama yang menggunakan istilah usuluddin dalah Abu Hasan Al Ashaari (324 H) dalam kitab beliau Al Ibanah ‘An Ushulid Diyanah.


KITAB TAUHID IMAM ABU MANSUR AL-MATURIDI
Nama sebenar beliau ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al Maturidi. Al Maturidi dinisbahkan kepada tempat kelahirannya yang bertempat di Sungai Jihun, kampung Maturid Samarqandi di Basrah. 


Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangan yang sebenar dan tepat yang mesti menjadi pegangan kita semua. Inilah pegangan Rasulullah dan pegangan sahabat-sahabat baginda. Pengertian Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Erti "Ahli Sunnah" ialah penganut Sunnah atau perjalanan Nabi Muhammad SAW. Manakala erti "Jamaah" ialah penganut iktikad sebagaimana iktikad jemaah Sahabat-Sahabat RA. Jadi "jamaah" yang dimaksudkan disini bukan jemaah orang awam tetapi jemaah para Sahabat Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah iktiqad yang dianuti oleh kaum Muslimin sebagaimana iktiqad Nabi Muhammad SAW dan Sahabat-sahabat Nabi. Inilah yang dikatakan pegangan atau  mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Perlu kita faham di sini bahawa pegangan atau keyakinan ini sudah terdapat dalam Al Quran dan Hadist Rasulullah SAW, cuma kedudukannya di dalam Al Quran dan Hadis itu tidak tersusun dan teratur. Ia bersepah-sepah di sana sini. Kadang-kadang pegangan itu terdapat dalam satu juzuk di dalam Al Quran dan kadang-kadang di dalam satu surah dalam juzuk yang lain. Jadi kedudukan pegangan ini pada zaman Rasulullah SAW dan zaman para Sahabat masih belum tersusun dan teratur.


Ertinya, pegangan atau iktiqad ini belum tersusun menjadi sepertimana yang dapat kita pelajari dizaman ini. Ketika itu ia masih bertabur di dalam Al Quran dan Hadis-hadis. Hal ini tidak menyusahkan para Sahabat kerana mereka bukan macam kita pada zaman ini yang perlu mempelajari satu-satu pengajian itu dalam bentuk yang disusun dan dikuhususkan di dalam satu buku dan sebagainya. Para Sahabat dapat belajar terus daripada Rasulullah SAW. Kerana itu, bagi mereka perlunya pegangan ini disusun dan diatur tidak timbul.


Sebagai reaksi dari firqah yang sesat, maka pada akhir abad ke 3 H timbullah golongan yang dikenali sebagai Ahlussunnah wal Jamaah yang dipimpin oleh 2 orang ulama besar dalam Usuluddin yaitu Syeikh Abu Hassan Ali Al Ashaari dan Syeikh Abu Mansur Al Maturidi. Perkataan Ahlussunnah wal Jamaah kadang-kadang disebut sebagai Ahlussunnah saja atau Sunni saja dan kadang-kadang disebut Asyaari atau Ashaariah dikaitkan dengan ulama besarnya yang pertama yaitu Abu Hassan Ali Ashaari.


Seorang lagi ulama besar usuluddin yang bernama Abu Mansur Al Maturidi. Beliau wafat di sebuah daerah di Asia Timur bernama Abu Mansur Al Maturidi. Beliau wafat di sebuah daerah di Asia Timur bernama Maturidi dalam wilayah Samarkhan di Rusia, dalam tahun 333 Hijrah, terkemudian sedikit daripada wafatnya Syeikh Abu Hassan Al Ashaari.


Aliran Al-Maturidiyah adalah sebuh  aliran yang  tidak   jauh   berbeda dengan aliran al-Asy'ariyah. Keduanya lahir sebagai bentuk pembelaan terhadap sunnah. Bila aliran   al-Asy'ariyah  berkembang di Basrah  maka aliran  al-Maturidiyah berkembang di Samargand.
Abu Mansur hidup sezaman dengan mazhab Imam Abu Hasan al-Ashaari, namun beliau mempunyai teknik berhujah dan huraian yang berbeza. Para sarjana Islam menyatakan, Imam Abu Mansur Maturidi lebih cenderung kepada pendapat Imam Abu Hanifah dalam perkara akidah. Ini kerana beliau merujuk risalah-risalah dan buku-buku yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah seperti Fikh Akbar, Fikh Absat, Kitab Ilm dan sebagainya.


Dalam isu sifat-sifat Allah, Abu Mansur menambah dengan sifat-sifat maknawiyah iaitu sifat yang menjadi penguat kepada sifat Ma’ani beserta sifat-sifat Madani.Jika mengikut method Imam Abu Hassan Al-Asy'ari ianya 13 sifat, tetapi jika mengikut method Imam Abu Mansur pula, maka jadilah ia 20 sifat. Atas dasar untuk meraikan kedua-dua ulama ini, maka pakailah kita kedua-duanya dan inilah dia 7 sifat maknawiyah yang ditambah Imam Abu Mansur Al-Maturidi.


Abu Mansur Maturidi meninggalkan pusaka ilmu yang banyak selain membela fahaman Ahli Sunnah bagi menghadapi pelbagai fahaman yang menyeleweng. Pusaka ilmunya adalah murid-murid yang ramai dan pengikut-pengikut yang meneruskan ajarannya. Antara murid-muridnya adalah Abu Ahmad Iyad, Abu Qasim Hakim Samarkandi, Abu Hussin Wastaqfani, Abdul Karim bin Musa Inbazadari, Abu Asyimah Abi Lais Bakhari dan lain-lain. Antara pengikut-pengikut yang meneruskan alirannya adalah Sadar Islam Abu Yasir Muhammad bin Muhammad bin Abdul Karim Bazadui, Maimun bin Muhammad Nasfi yang dianggap tokoh sarjana terbesar dalam fahaman ini selepas Abu Mansur. 


Adakala sebahagian menganggap mereka adalah kumpulan kecil seperti Syaharsatani dalam fahaman Asya’irah, Najmuddin Abu Hafiz Samarqandi Nasqi, Nuruddin Ahmad bin Muhammad Syobuni, Bukamal bin Yam iaitu sarjana terbilang dalam fahaman Hanafi dan lain-lain lagi. Abu Mansur Maturidi juga seperti Abu Hassan Asy’ari yang membawa pembaharuan dalam pengajian akidah. Beliau memasukkan hujah-hujah logik akal semasa menghadapi perkembangan fahaman baru yang timbul pada zamannya. Pada zaman para sahabat dan generasi awal kalangan tabi” in termasuk imam-imam mujtahidin yang pertama lebih bergantung kepada hujah-hujah teks daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad sahaja.


Diantara Al Maturidy dan Al Asy’ari terdapat beberapa kesamaan dalam hal method dan ushul madzhab. Dalam ushul madzhab terdapat kesamaan antara keduanya dalam masalah sifat-sifat Allah, Kalam, Ru’yatullah, Arsyi, Isytiwa, Af’alul ‘ibad, Murtakibul Kabiroh dan Syafa’at Rasulullah yang semuanya itu merupakan masalah khilafiah diantara firqah-firqah dalam Islam. Bahkan hal itu merupakan tema yang peling penting dalam pembahasan ilmu kalam.


Kemudian dalam kancah sejarah Abu Hassan Al-Ashaari lebih dikenal daripada Abu Mansur Al Maturidy. Padahal hakikatnya baik Al-Ashaari mahupun Al-Maturidy merupakan dua pembesar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan Al-Maturidy lebih dulu dalam membela aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dibanding dengan Al-Ashaari. Hal ini berlandaskan Al Maturidy hidup dikalangan Ahlu Al Sunnah dan wafat disana, sedangkan Al Ashaari baru keluar dari Mu’tazilah berusia 40 tahun. Ashaariah dan Maturidiyah merupakan dua fahaman Islam yang masih dipegang hingga saat ini, yang kita kenal dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Aliran Maturidyah banyak dianut umat Islam yang bermadzhab Hanafi sedangkan Ashaariah banyak dipakai oleh umat Islam Sunni lainnya. 









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N