Langkau ke kandungan utama

BERKAT KEBANGKITAN ISLAM.




Berkat kebangkitan Islam penipuan musuh Islam dapat dibongkar dan di betulkan semula supaya umat Islam tidak selamanya di tipu oleh Barat. Abuya selaku guru mursyid, pernah menyatakan kepada kita bahwa, " Perang Telok Islam kembali gemilang ".Jangkauan otak kita tidak mampu untuk memintas ilmu laduni yang di terima oleh Abuya melalui ilmu yang Tuhan masukkan langsung kedalam hatinya atau disebut ILHAM. Maka Abuya terus memberikan panduan supaya kita terus tabah menghadapinya dengan keajaiban iaitu pertahankan serangan serangan musuh dengan akhlak dan kasih sayang. Sekali pun musuh perangi kamu namun kita tetap dengan cara yang dipandu Mursyid.


Saya tertarik dengan seruan khatib di mimbar jumaat di masjid UKM Bangi Selangor pada 14 april 2017. Mesej khutbah tersebut mengajak umat Islam mengusahakan "Taqwa." Semua peringkat dalam masyarakat umat Islam perlu mengusahakan taqwa. Semua kegiatan dalam kehidupan perlu di masukkan taqwa. Taqwa mudah di usahakan dengan bantuan bimbingan guru mursyid. Kesedaran masyarakat di Malaysia khususnya masih tidak tersatur dan terpandu. Umat Islam yang tidak ada pimpinan guru Mursyid, mudah terpancing dengan umpan musuh Islam. Musuh mengharapkan umat Islam merespon pancingan yang di cetuskan mengikut stratigi yang mereka atur dan rancang.


Kelompok-kelompok kecil daripada umat Islam yang berani melawannya dengan senjata, diberi gelaran teroris. Kelompok ini, selain tidak pernah menang, ternyata malah memberi peluang musuh Islam untuk mengesahkan tindakannya membabi buta dimana mana. Pada hari ini umat Islam di ganyang dimana-mana. Bukan sahaja di Palestin, Rohingya bahkan dimana-mana sahaja ada umat Islam. Kita melangkah masuk tahun 2017 terus menyaksikan kejadian kuasa besar seperti Rusia dan Amerika melancarkan dan meledakkan peluru peluru daripada senjata-senjata mereka kepada umat Islam di Syiria.
Kita menyaksikan berita di kaca TV malam tadi waktu Malaysia pada 15 april 2017


Amerika Syarikat telah melancarkan ibu segala bom dan mendakwa telah meletup mengenai sasaran dengan tepat ke kumpulan Daiesh yang berada di Afghanistan. Berkat kebangkitan Islam kesedaran umat Islam terhadap agama sudah merata cuma belum tersusun. Perkara ini mengingatkan kita tentang minda Abuya berkaitan dengan kesedaran umat Islam di seluruh dunia. Kalau di Malaysia ianya bermula daripada bawah. Di Indonesia ianya bermula daripada atas menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Untuk kita mendapat penjelasan terperinci boleh merujuk buku Abuya. 


Abuya telah berjuang puluhan tahun membina jemaah Islam, membangunkan cara hidup Islam, ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, kebudayaan dan lain-lain; tidak lain dan tidak bukan ialah sebagai satu persiapan dalam menunggu kehadiran seorang pemimpin yang Allah swt telah janjikan buat umat akhir zaman. Model perjuangan Islam telah Abuya cetuskan bermula pada tahun 1968. Model perjuangan tersebut diteruskan oleh keluarganya dan juga pengikutnya yang masih yakin dengan perjuangkan te sebut.


Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ber-sabda:

لاَ تَذْهَبُ أَوْ لاَ تَنْقَضِي الدُّنْيَا حَتَّى يُمْلِكَ الْعَرَبُ رَجَلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ، يُوَاطِىءُ اِسْمُهُ اِسْمِيْ

"Dunia tidak akan hilang atau tidak akan lenyap hingga seseorang dari Ahlul Baitku menguasai bangsa Arab, namanya sama dengan namaku.”


Dari Abu Sa’id Al Khudri, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


الْمَهْدِىُّ مِنِّى أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ

“Imam Mahdi berasal dari keturunanku. Beliau memiliki dahi yang lebar dan hidung yang mancung. Di masanya, akan tersebar keadilan di muka bumi, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezholiman dan kelaliman. Beliau akan berkuasa selama 7 tahun.”


Perjuangan Abuya pernah dihalang dan ditentang, hingga diharamkan dan Abuya serta beberapa pengikutnya ditangkap dan ditahan dibawah akta ISA, penulis salah seorang yang terlibat sama di tahan dibawah ISA. Atas tuduhan  mengancam keselamatan negara di bawah pemerintahan Tun Doktor Mahadir menjadi Perdana Menteri Malaysia. 


Hakikatnya tuduhan-tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Bahkan Abuya sebelum ditangkap, beliau telah banyak berjasa pada negara Malaysia dalam mengharumkan nama negara di persada dunia. Realitinya ialah, Abuya dan perjuangannya dicemburui oleh segelintir individu dan kelompok yang cemburu dengan Abuya dan perjuangannya, lalu dengan kuasa dan pengaruh mereka maka cubalah mereka menghancurkan perjuangan Islam Abuya. Inti-patinya ialah, segala apa yang Abuya harungi dan lalui ialah untuk persiapkan tapak kedatangan Imam Mahdi. Tiada tujuan lain!


Kata Abuya, "Saya memang tidak pernah sekolah tinggi. Justeru itu tidak ada satu sijil apa pun yang saya miliki sekali pun SRP. Cuma darjah 7 sekolah Melayu dan Senawi 3 di Maahad Hishamuddin, Kelang". Kata Abuya lagi, kawan-kawannya dan pengikutnya sangat berikan kepercayaan padanya, bahkan mereka sangat kasihkan beliau dan begitu juga Abuya terhadap mereka. Sangat ajaib. Seorang yang tidak berpelajaran tinggi namun diberikan hati dan jiwa raga oleh kawan-kawan dan pengikutnya untuk dipimpin oleh beliau. Itulah takdir Allah swt. Semua ini bukan saja-saja. Ia ada hikmah yang sangat besar!


"Apa perlunya Imam Mahdi? Sebab dunia ini dan manusia-manusianya, sudahlah terlalu rosaknya. Sudah sama dengan orang-orang di zaman jahiliah sebelum kelahiran Rasulullah saw. Kekufuran mereka padaTuhan sudah melampau sekali. Umat Islam pun nama saja Islam, tapi cara hidup dan perangai dahsyat sangat menentang Allah. Undang-undang bukan daripada Quran dan Sunnah". 


"Arak jadi minuman utama sebahagian besar manusia di dunia, termasuk umat Islam. Di setengah negeri umat Islam, arak dijadikan minuman ringan, diminum di kedai-kedai kopi yang murah, di tepi jalan. Judi, satu permainan yang diiktiraf. Dan orang besar sekalipun Islam kalau tidak pandai main judi dipandang rendah bagaikan tidak sah. Judi diiklankan bagaikan iklan suatu barang penting dan istimewa. Berhala dan agama-agama karut bertapak kuat di merata-rata negeri di dunia. Tenung nasib dan sihir jadi amalan biasa orang ternama dan cerdik pandai. 


Wanita dengan wajah dan tubuh yang telanjang jadi barang dagangan yang sungguh biasa, murah dan laris. Permainan seks difilemkan untuk tatapan umum manusia sedunia. Perzinaan, pelacuran jadi suatu hiburan yang diterima baik, dihalalkan oleh undang-undang mahkamah di dunia. Apa lagi sesudah itu yang membolehkan anda berkata, masyarakat manusia hari ini sungguh moden dan maju jaya? Bukankah kekufuran mereka pada Tuhan sudah sama bahkan lebih lagi dari orang-orang di zaman jahiliah? Bukankah taraf hidup mereka sudah sama seperti manusia zaman batu dan hampir-hampir sama dengan binatang atau mungkin lebih lagi".


"Apa lagi yang saudara mahu banggakan dengan orang zaman ini? Pada sains dan teknologi yang telah bawa manusia ke bulan? Ya, itu bagus, tapi apahal kalau manusianya yang mencipta itu semua kufur, penzina, penjudi, penipu, pembunuh, perasuah, penyalahguna kuasa, kekayaan dan ilmu dan perosak keamanan manusia? Saudara mahu berbangga dengannya? Misalkan ada orang beri anda RM1000, tapi kemudian dia rogol anak perempuan anda. Istimewakah dia itu?"


"Itulah persoalannya. Yang mana saudara patut sedar bahawa dunia ini sudah terlalu memerlukan seorang pemimpin untuk memandu seluruh manusia kepada kebenaran, kejujuran, keamanan, keharmonian, keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki. Yakni seperti di zaman salafussoleh. Manusia saling berkasih sayang, timbang rasa, bertolong bantu. Orang kaya jadi bank pada orang miskin. Pemerintah sangat adil hinggakan rumahnya lebih kecil dari rumah orang miskin di zamannya. Makan satu lauk dan tidak tidur malam kerana menangisi dosanya manakala siang berada di tengah rakyatnya. Wanita malu dan sangat taat suami hingga rela dipoligamikan. Ulama sentiasa jadi guru yang memimpin tangan umat kepada Tuhannya. Apa saudara tidak rindu pada sebuah negara yang begitu? Atau apa salahnya kalau kita minta pada Tuhan agar dunia ini jadi seaman itu, sebelum ia diranapkan kerana gempa kiamat?"


"Allah SWT tentu tahu keperluan ini. Memang dia Maha Tahu. Maka sebagaimana Dia telah bermurah hati untuk hantarkan Rasul-Nya untuk orang-orang jahiliah dulu, maka saya yakin tentu Allah akan kirimkan juga untuk kita seorang pemimpin yang begitu. Pemimpin Islam yang ilmunya, taqwanya, karamahnya dan daya pimpin-nya boleh tundukkan Russia dan Amerika. Insya-Allah. Sejarah mesti berulang. Menjadi sunnah alam bila kerosakan sudah memuncak maka akan patah terkulailah ia dan berakhirlah riwayatnya, lalu bangkitlah kebaikan untuk mengambil tempatnya. Tradisi sejarah ini tentukan berulang".


"Untuk itu Imam Mahdi, Insya-Allah tidak lama lagi akan datang. Datangnya membawa iman dan Islam, kebahagiaan dan keselamatan ummah sedunia dan mencabar musuh Islam dan membela urnat Islam samada raja atau rakyat, kaya atau miskin, lelaki atau perempuan kecuali kalau ada yang menentangnya. Mari kita tunggu dan berharap untuk bersamanya dengan menyiapkan diri dengan iman dan taqwa, dengan Islam yang diamalkan mengikut cara hidup sunnah dan berjuang gigih bagaikan singa-singa Allah yang hidup di zaman Salafus Soleh.


Dalam Islam, pengikut yang ramai tidak menjadi ukuran. Menurut Quran dan Sunnah semua kemenangan dan kejayaan yang dicapai oleh umat Islam pada kebangkitan pertama ialah atas dasar pengikut yang sedikit. Sebagaimana sejarah telah mencatitkan bahawa kemenangan Rasulullah SAW bersama para sahabat di dalam peperangan Badar hanya bilangan 313 orang sahaja sedangkan bilangan musuh melebihi berkali ganda. Firman Allah:

                                          وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِىَ ٱلشَّكُورُ

Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba,34:13).

Abuya begitu menitikberatkan tarbiah Islamiah kepada pengikut dan keluarganya. Hati Abuya telah ditempa dengan jiwa Tauhid dan perjuangkan nasib masyarakat yang tidak mampu. Perkara tersebut Abuya kongsikan dalam tarbiahnya kepada kita dan masyarakat. Kita sering melihat Abuy sujud diluar sembahyang. Ternyata Abuya sering melakukan sujud syukur. Sujud adalah simbol kehambaan. 


Rasa kehambaan di dalam hati kita pula, termasuklah rasa malu, berdosa, bersalah, lemah, dhaif, bergantung harap dan sebagainya kepada Allah. Kita diminta merasa kerdil dan Tuhan suka kita merasa takut kepada-Nya. Tuhan suka kita merasa cinta kepada-Nya. Rasa bertuhan termasuklah rasa Allah Maha Hebat, Agung, Perkasa, Maha berkuasa, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan sebagainya. Itulah rasa-rasa yang sepatutnya ada didalam hati kita. Mengekalkan rasa hamba itu adalah kewajipan kita sebagai hamba Allah. Orang yang tidak dapat mengekalkan rasa-rasa kehambaan ertinya dia telah lalai, sombong dengan Tuhan. HAMBA ALLAH iaitu menyembah dan beribadah kepada Allah. Iaitu taat setaat taatnya kepada Allah. Rasa kehambaan akan memusnah dan membakar sifat-sifat keji atau mazmumah dari hati kita. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N