Langkau ke kandungan utama

MENGHIBURKAN MANUSIA DENGAN TUHAN.













عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : 
قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: “Jabir RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”( Al Hadits ). dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahih


Dari sekian banyak nasehat Rasulullah SAW, mungkin ini adalah nasehat dari Baginda Rasulullah SAW yang paling banyak dikutip oleh banyak orang. Baik orang dewasa maupun anak kecil pasti pernah mendengar hadits dari Baginda ini. Kebanyakan kita menggunakan nasehat ini untuk memotivasi diri dan orang lain agar melakukan berbagai kebaikan untuk orang lain. 


Menolong orang yang didalam kesulitan dan kesusahan. Membantu dan memberi manusia yang memerlukannya. Menunaikan hajat orang lain. Kita pun termotivasi untuk tolong-menolong satu sama lain, bersedekah, beramah mesra, bertoleransi dan saling bermaaf memaafan. Untuk memperkaya lagi khazanah  hati kita, marilah kita renungi apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan nasehatnya ini. Semoga kita dapat menjadi sebaik-baik manusia di muka bumi ini.


Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk manusia lain. Tentu, kita akan tertanya-tanya, perkara apakah yang paling bermanfaat untuk orang lain? Untuk menjawabnya tentu kita harus melihat apa yang telah dilakukan oleh manusia terbaik. Siapakah manusia terbaik di seluruh alam ini? Tidak lain tidak bukan, manusia terbaik adalah Sayidina Muhammad, Rasulullah SAW. Lalu, manfaat apakah yang telah beliau berikan kepada orang lain sehingga beliau betul-betul terbukti sebagai yang terbaik diantara yang terbaik? 


Apakah Baginda banyak menolong fakir miskin dan anak yatim? Apakah beliau banyak bersedekah? Apakah beliau senantiasa bersikap ramah dan berkasih sayang dengan semua orang? Apakah beliau selalu ingin memaafkan orang-orang yang memusuhinya? 
Semua itu jawabannya: Ya. Tapi benarkah hanya karena itu saja Rasulullah disebut sebaik-baik makhluk berdasarkan manfaat yang diberikannya kepada orang lain?  Tentu tidak. 


Sesungguhnya manfaat terbesar yang diberikan Rasulullah SAW kepada manusia bukanlah pemberian harta benda, pertolongan material, pembelaan dari musuh-musuh, meskipun Beliau telah memberikan semua itu secara luar biasa. Manfaat terbesar yang telah diberikan Rasulullah SAW kepada manusia adalah keselamatan di negeri akhirat yang kekal abadi. Rasulullah SAW telah memperkenalkan siapakah Tuhan yang sebenarnya sehingga manusia tidak lagi salah menyembah Tuhan. 


Rasulullah SAW telah memperkenalkan kehidupan akhirat yang sebenarnya, syurga yang sebenarnya, neraka yang sebenarnya, dan bagaimana cara memperoleh keselamatan di sana. Rasulullah telah memperkenalkan agama Islam, satu cara hidup yang selamat menyelamatkan, yang menjadikan setiap orang selalu merasa bahagia meskipun di dalam kesulitan hidup, merasa bahagia meskipun dalam kemiskinan, merasa bahagia meskipun rasa sakit, merasa bahagia meskipun orang lain melakukan kejahatan terhadapnya,merasa bahagia meskipun diri difitnah dan berbagai macam kesusahan lain. 


Rasulullah SAW telah menyempurnakan akhlak yang mulia untuk menjadi contoh bagi seluruh manusia. Itulah manfaat terbesar yang Rasulullah SAW berikan kepada manusia lain, yang semua itu tidak terukur oleh harta benda dan material. Dengan demikian, layaklah Baginda menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Sehingga Rasulullah SAW dipuji oleh Allah . 

                  كان خُلُقُه القرآن كما قالت عائشة - رضي الله عنها

Maksudnya: Daripada Aisyah Allah redha ke atasnya, meriwayatkan, "akhlak Baginda SAW adalah Al Quran."


Akhirnya, jika kita ingin menjadi sebahagian dari orang-orang terbaik di muka bumi ini maka teladanilah Baginda Rasulullah SAW. Jadilah orang yang senantiasa menginginkan dan mengusahakan keselamatan akhirat untuk orang lain. Perkenalkanlah Tuhan yang sebenarnya dan ajaklah diri sendiri dan orang lain untuk mengamalkan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang tidak diredhai-Nya. Selamatkanlah orang lain dari ancaman siksa neraka agar kita bersama-sama dapat masuk ke dalam syurga-Nya. 


Dan selanjutnya sempurnakan dengan memberikan juga manfaat dunia kepada orang lain yang memerlukannya, baik berupa pertolongan harta, material, tenaga, fikiran, waktu dan lain sebagainya. Semoga dengan semua itu, Allah memasukkan diri kita ke dalam golongan hamba-hamba terbaik-Nya.
“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, (iaitu Nabi Muhammad SAW) berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan akhirat) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (At Taubah 9:128 )


Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan untuk manusia lain. Akhlak yang baik, budi pekerti yang mulia yakni berbuat kebaikan sesama manusia sehingga dapat menghiburkan hati manusa, semua orang suka. Kemuncak hiburan apabila kita dapat hiburkan manusia dengan Tuhan, dan Kehidupan Akhirat yang kekal abadi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N