Langkau ke kandungan utama

XPDC DAKWAH DARI CHINA KE TANAH MELAYU.





Abuya Imam Ashaari At Tamimi mempunyai hubungan baik dengan China Muslim di Yunan. Sepanjang di China Abuya di bawa oleh seorang profesor yang bernama Profesor Wu. Beliau memberikan maklumat dan taklimat kepada Abuya. Hui salah satu etnik yang ada di tanah besar China sama seperti bangsa Melayu. Apabila disebut berbangsa Melayu, maka agamanya ialah Islam. Begitu jugalah dengan bangsa China dari etnik Hui ini, bila disebut Hui, mereka semuanya beragama Islam. Dakwah Abuya ke China seolah-olah memperbaharui semula hubungan Tanah Melayu dengan Tanah Besar China. Laksamana Cheng Ho, adalah satu nama yang tidak boleh dipisahkan dengan dakwah. Beliau adalah seorang kasim Muslim yang menjadi orang kepercayaan Kaisar Yongle dari Tiongkok (berkuasa tahun 1403-1424), kaisar ketiga dari Dinasti Ming


Islam yang masuk ke Tanah Melayu melalui dakwah. Para pendakwah yang datang diterima baik. Selain Pendakwah daripada bangsa Arab juga pendakwah dari India iaitu Gujerat dan pendakwah dari Tanah Besar China. Seorang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Laksmana Cheng Ho seorang tokoh muslim. China mempunyai hubungan yang lama dengan Tanah Melayu. Melalui hubungan China dengan Melaka tercatit dalam sejarah. Dua buah negeri tersebut mempunyai hubungan luar biasa. Perkembangan hubungan klasik itu sangat luar biasa. Tuhan telah taqdirkan Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam kali kedua di Timur. Maka untuk membenarkannya, Tuhan gerakan pendakwah dari Gujerat India membawa Islam ke Tanah Melayu. Begitu juga Bangsa China dari etnik Hui iaitu Laksamana Cheng Ho, ahli pelayaran yang sangat terkenal itu adalah seorang Islam. Laksamana Cheng Ho berangkat ke Melaka dari Smatow.


Nama sebenarnya adalah Ma He, juga dikenal dengan sebutan Ma Sanbao, berasal dari Wilayah Yunnan. Ketika pasukan Ming menaklukkan Yunnan, Cheng Ho ditangkap dan kemudian dijadikan orang kasim. Ia adalah seorang bersuku Hui, suku bangsa yang  fizikalnya mirip dengan suku Han, namun beragama Islam. Dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming) tak terdapat banyak keterangan yang menyinggung tentang asal-usul Cheng Ho. Cuma disebutkan bahwa dia berasal dari Wilayah Yunnan, dikenal sebagai kasim (abdi) San Bao. Nama itu dalam dialek Fujian biasa diucapkan San Po, Sam Poo, atau Sam Po. Sumber lain menyebutkan, Ma He (nama kecil Cheng Ho) yang lahir tahun Hong Wu ke-4 (1371 M) merupakan anak ke-2 pasangan Ma Hazhi dan Wen.


Ketika usia awal remajanya lagi, Cheng Ho atau nama sebenarnya Ma He terserlah keberaniannya. Ketika Ma He berumur 12 tahun Yunnan yang dikuasai Dinasti Yuan direbut oleh Dinasti Ming. Para pemuda ditawan, lalu dibawa ke Nanjing untuk dijadikan orang suruhan istana. Tak terkecuali Cheng Ho yang dijadikan orang suruhan kepada Raja Zhu Di di istana Beiping (kini Beijing). Di depan Zhu Di, kasim San Bao berjaya menunjukkan kehebatan dan keberaniannya. Misalnya ketika memimpin pasukan tenteranya dalam serangan ketenteraan melawan Kaisar Zhu Yunwen (Dinasti Ming). Abdi yang berpostur tinggi besar dan bermuka lebar ini tampak begitu gagah menghadapi pasukan lawannya. Akhirnya Zhu Di berhasil merebut tahta kaisar. Ketika kaisar mencanangkan program mengembalikan kejayaan Tiongkok yang merosot akibat kejatuhan Dinasti Mongol (1368), Cheng Ho menawarkan diri untuk mengadakan muhibah ke berbagai penjuru negeri. Kaisar sempat kagum sekaligus terharu mendengar permintaan yang begitu nekad itu. Bagaimana tidak, amanah itu harus dilakukan dengan mengharungi samudera. Namun karena yang hendak menjalani adalah orang yang dikenal berani, kaisar oke saja.
 

Ekspedisi Pelayaran Laksama Cheng Ho. 
XPDC adalah tradisi orang-orang soleh. Amalan ini juga dilakukan oleh Laksmana Cheng Ho. Perjuangan beliau terserlah membawa Islam dan berdakwah ke mana saja yang beliau kunjungi. Berangkatlah armada Tiongkok di bawah komando Cheng Ho (1405).Terlebih dahulu rombongan besar itu menunaikan salat di sebuah masjid tua di kota Quanzhou (Wilayah Fujian). Pelayaran pertama ini mampu mencapai wilayah Asia Tenggara (Semenanjung Malaya, Sumatera, dan Jawa). Tahun 1407-1409 berangkat lagi dalam ekspedisi kedua. Ekspedisi ketiga dilakukan 1409-1411. Ketiga ekspedisi tersebut menjangkau India dan Srilanka. Tahun 1413-1415 kembali melaksanakan ekspedisi, kali ini mencapai Aden, Teluk Persia, dan Mogadishu (Afrika Timur). Jalur ini diulang kembali pada ekspedisi kelima (1417-1419) dan keenam (1421-1422). Ekspedisi terakhir (1431-1433) berhasil mencapai Laut Merah.


Akhlak mulia Laksmana Cheng Ho terserlah. Orang yang kuat berpegang dengan agama. Sepanjang ekspedisinya beliau tidak abaikan solat. Patutlah Islam berkembang dan ramai yang masuk Islam melalui tangannya. Sejarah berulang ditangan anak murid Abuya di Sabah. Setiap hari ramai yang memeluk agam Islam. Anak murid Abuya di kenali sebagai pendakwah. Begitulah sejarah mencatitkan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah dari Tanah Besar China iaitu Laksmana Cheng Ho. Umat Islam kena war-warkan kembali peranan besar yang dilakukan oleh Cheng Ho menyebarkan Islam. Perkara ini telah disembunyikan oleh Yahudi yang sedang mencatur dunia sekarang. Patutlah Abuya tiba-tiba sahaja pergi ke negeri China setelah negara China mengamalkan dasar terbuka. Peluang tersebut digunakan oleh Abuya.


Cheng Ho berlayar ke Melaka pada abad ke-15. Saat itu, seorang putri Tiongkok, Hang Li Po (atau Hang Liu), dikirim oleh kaisar Tiongkok untuk menikahi Raja Melaka (Sultan Mansur Shah). Pada tahun 1424, kaisar Yongle meninggAl dunia Penggantinya, Kaisar Hongxi (berkuasa tahun 1424-1425, memutuskan untuk mengurangi pengaruh kasim di lingkungan kerajaan. Cheng Ho melakukan satu ekspedisi lagi pada masa kekuasaan Kaisar Xuande (berkuasa 1426-1435). Kapal yang ditumpangi Cheng Ho disebut 'kapal pusaka' merupakan kapal terbesar pada abad ke-15. Panjangnya mencapai 44,4 zhang (138 m) dan lebar 18 zhang (56 m). Lima kali lebih besar daripada kapal Columbus. Menurut sejarawan, JV Mills kapasitas kapal tersebut 2500 ton.


Berdasarkan fakta sejarah, contoh bagaimana bangsa China atas nama Islam pernah menerajui empayar atas nama Islam. Semua bangsa atas nama Islam pernah menerajui empayar atas nama Islam. Hanya bangsa Melayu belum menempa sejarah menerajui empayar atas nama Islam. Berdasarkan apa yang Allah gambarkan didalam Al Quran semua golongan akan diberi giliran. Bangsa China sudah, bangsa Khurasan sudah, bangsa India sudah, bangsa Farsi sudah, bangsa Eropah sudah hanya bangsa Melayu saja yang belum lagi. Menurut Abuya kini adalah giliran orang Melayu dari Timur pula. Firman Allah:

 "ÙˆَتِÙ„ْÙƒَ ٱلْØ£َÙŠَّامُ Ù†ُدَاوِÙ„ُÙ‡َا بَÙŠْÙ†َ ٱلنَّاسِ ÙˆَÙ„ِÙŠَعْÙ„َÙ…َ ٱللَّÙ‡ُ ٱلَّØ°ِينَ Ø¡َامَÙ†ُوا۟ ÙˆَÙŠَتَّØ®ِØ°َ Ù…ِنكُÙ…ْ Ø´ُÙ‡َدَآءَ ۗ ÙˆَٱللَّÙ‡ُ Ù„َا ÙŠُØ­ِبُّ ٱلظَّٰÙ„ِÙ…ِينَ  ﴿١٤٠﴾

Maksudnya: Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
(Ali Imran 3:140).


Abuya telah berjaya membongkar sejarah yang ditutup-tutur dan di sembunyikan oleh musuh Islam terutamanya Yahudi dan Nasara. Musuh Islam berusaha menutup mata umat Islam supaya tidak dapat melihat fakta-fakta sebenar dan akhirnya kebenaran terus berkubur. Abuya berjaya membongkar sejarahTokoh-tokoh Islam daripada bumi Timur dan juga daripada bumi Barat. Dengan melakukan XPDC ke tempat-tempat sejarah Abuya akan pandu dan memberikan taklimat sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Sejarah Islam di Benua Asia, di Benua Afrika Utara, di Eropah dan juga di Amerika Syarikat. Selepas ini Islam terus menang dan tidak kalah-kalah lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N