Langkau ke kandungan utama

PELABUHAN MELAKA AKAN MENGULANGI KEGEMILANGANNYA.







Alhamdulillah Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kerananyalah kita mendapat Iman dan Islam. Marilah kita banyakkan bersyukur dengan Allah dan banyakkan berselawat dengan Rasulullah SAW. Pelabuhan Melaka lebih awal telah jauh lebih bertamadun dari pelbuhan-pelabuhan yang ada di dunia sekarang. Amat jelas sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat, Melaka telah mengamalkan budaya perdagangan bebas. Pelabuhannya yang  mengenakan cukai yang adil, kewujudan pelbagai kemudahan bagi pedagang, sistem pentadbiran yang cekap, pengenalan  mata wang dan ukuran adalah bukti sudah lama kewujudan pentadbiran pelabuhan Melaka yang canggih dan be kesan. 


Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Setelah dia berkahwin dengan anak raja Pasai baru masuk Islam. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.


Kini Melaka salah sebuah daripada 14 buah negeri yang ada di dalam Malaysia. Bendera Malaysia; (tulisan Jawi: بندرا مليسيا) dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingan terhadap negara ini di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih yang melambangkan kesucian negara di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysiaseperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Pelabuhan Melaka akan mengulangi zaman kegemilangannya sekali lagi di era kebangkitan Islam ini. Kerana sekarang adalah giliran Timur dan pelabuhan Melaka berada di Timur, ertinya pelabuhan Melaka juga akan turut serta dalam era kegemilangan dan kebangkitan Islam.
Umat Islam kena menggali sejarah peninggalannya secara serius. Selain membuat tesis dan menerima ilmu sejarah daripada pakar sejarah, umat Islam kena berusaha mendapatkan bahan-bahan bukti pninggalan sejarah sekalipun terpaksa keluar negara pergi ke negara-negara yang pernah menjajah Malaysia. Sedikit pengorbanan diperlukan demi maruah umat Islam. Selama ini kita lebih banyak berserah kepada pihak Barat untuk mengkaji sejarah umat Islam sendiri. Kenapa kita hanya menyalahkan musuh sedangkan memang itulah kerja musuh untuk memutar belitkan sejarah umat Islam.


Apabila penulis berkesempatan berkunjung ke Sungai Melaka (Melaka River) ada perkembangan yang positif. Kini Sungai Melaka sudah diperindahkan dan di sediakan kemudahan untuk para pengunjung yang datang kesana. Selain para pelancung daripada Eropah terdapat ramai juga pengunjung daripada negara China. Ini mengingatkan kita hubungan kerajaan kesultanan Melaka dengan negara China. Hubungan Negara China dengan kerajaan Melaka telah lama berlaku.


Parameswara telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatan negeri Melaka. Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China.Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka.Hubungan ini menyebabkan kerajaan Siam dan Srivijaya tidak berani mengugat Melaka. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Melayu yang tidak dapat digugatkan oleh Majapahit dan Ayutthiya.


Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.


Pada tahun 1414, Parameswara mangkat dan digantikan oleh Sultan Mahkota Iskandar Syah. Hubungan China-Melaka terus terjalin apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak maharaja China dan bermulalah kehadiran masyarakat imigran di Semenanjung Tanah Melayu.Persahabatan Melaka-China bertambah erat,tetapi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,Kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka berjaya menewaskan serangan Siam di Muar dan di Batu Pahat tanpa bantuan dari Kerajaan China. 


Corak kehidupan masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam.
Kedatangan Islam bermula abad ke-17 di alam Melayu.Abad ke- 13 hingga 16 pengaruh keseluruhan alam Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha.Menjadi anutan majoriti penduduk.Penyebaran Islam bermula dengan pemelukan Islam oleh golongan istana dan diikuti oleh rakyat jelata. Animisme kepada Islam.
Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan. Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional  – mengubah berfikir secara tahyul dan fantasi. Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain.Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam.


Perundangan dan Peraturan :
Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam.  Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain.
Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.Pentadbiran : Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha.Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.


Pendidikan : Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.
Terbuka kepada semua golongan masyarakat. Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati. Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain. Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji. Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam. Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar.
Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.


Bahasa dan Kesusasteraan : Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca. Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain. Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah. Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Ramli. Kesenian Islam :
Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain. Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan. Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.
Kesimpulan : Penerimaan Islam telah mengubah sistem kehidupan masyarakat Melayu dari semua aspek dan berjaya membawa kemunculan Tanah Melayu sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam.
 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N