Langkau ke kandungan utama

ISLAM TERBANGUN DITANGAN ORANG YANG ADA CITA-CITA.




Kita tidak boleh memaafkan diri, sedangkan Islam tidak terbangun di tangan kita. Kita terus biarkan diri dalam keadaan selesa sedangkan Islam tidak terbangun di tangan kita. Islam tidak terbukti meriah dan berwebawa di tangan kita. Keadaan begini terjadi kerana kita manjakan diri kita sendiri. Apa yang kita perlukan semua tersedia, begitulah situasi kita di besarkan. Bila diri dalam zon selesa kita tidak kreatif hendak majukan diri dan sekitar kita. Islam dibiarkan terus dalam keadaan tidak berwebawa. Sedangkan kita di lahirkan di era kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam kali kedua pasti berlaku kerana ia adalah janji Tuhan. Apabila kita biarkan arus kebangkitan berlalu dihadapan kita begitu sahaja diri kita yang akan rugi. Jadual kebangkitan pasti berlaku kerana ia adalah janji Tuhan.


Kita buka mata, buka fikiran dan buka hati untuk menyaksikan kebenaran yang pasti berlaku. Kita akan dapat merasakan kebenaran yang telah dikongsikan oleh Abuya kepada kita. Kebangkitan Islam itu adalah janji Allah dan ia pasti berlaku. Kita akan merasakan ianya berlaku di sekeliling kita, dalam negara dan luar negara. Bukan hanya
merasakan Islam itu hanya pada diri atau kelompok kita saja. Islam tetap tinggi dan mulia disisi Allah, bahkan ia dijanjikan untuk gemilang sekali lagi. Ia akan berlaku ditangan orang yang dijanjikan. Maka Islam tidak koma, bahkan ia dijanjikan untuk gemilang sekali lagi. Marilah kita bersama-sama membenarkan tawaran dari Tuhan untuk Islam gemilang di akhir zaman ini. Kita hanya ditawarkan sedangkan Tuhanlah yang mempersiapkan kebangkitan tersebut melalui orang-Nya. Di waktu ini apapun usaha musuh Tuhan tetap memberikan mata kepada kebangkitan Islam sekali lagi.


Eropah juga tidak terlepas daripada arus kebangkitan Islam kali kedua.
Apabila Britain tarik diri daripada Eropah ini menunjukan era barat sudah berlalu. Eropah akan dimeriahkan oleh Islam, bahkan 
Supaya kita dapat mengikuti arus berkat kebangkitan Islam kali kedua, kita mencari-mencari sebab supaya Tuhan hanyutkan kita kedalam arus tersebut. Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak akan menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.


Untuk mempastikan kebangkitan Islam berlaku secara indah, perlu menanam benih taqwa. Benih taqwa itu ditanam sampai tumbuh dan melahirkan pokok dan buah, itulah kerja kita setiap hari. Dari bangun tidur hingga kita kembali tidur. Dalam kerja dan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita oleh kerajaan atau jemaah, sama ada sebagai pengarah, pegawai, pengurus, kerani, petugas, guru dan sebagainya di berbagai bahagian dan jabatan. Kalau kita bertanggungjawab, tidak curi tulang, tidak buang masa, kerja kita bersungguh-sungguh, ada kasih sayang, tetamu dan pelanggan dilayan dengan baik, berkerja pula di atas syariat Tuhan kerana takut dan cinta Tuhan, maka itu menanam benih taqwalah namanya. 


Kalau kita tanam benih taqwa, sudah tentu pokok taqwa yang akan tumbuh. Ia akan melahirkan batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah taqwa. Itu baru tugas kita yang rasmi. Apatah lagi dalam apa yang kita buat di dalam hidup kita seharian yang berbentuk tidak rasmi. Di sini lagi banyak benih taqwa yang dapat kita tanam. Contohnya, kalau nampak sampah di premis, kita buang. Kita nampak duri, paku, serpihan kaca atau najis diperjalanan, kita buang. Kita mentadbir dan mendidik keluarga. Kita berjiran. Kita berkawan. Itu semua adalah menanam benih taqwa.


Kebangkitan Islam ia berlaku begitu indah. Kerana Islam itu sesungguhnya agama yang indah kerana dicipta oleh Allah yang Maha Indah. Sekiranya kebangkitan Islam dilihat dan dirasakan tidak indah bukan kebangkitan Islam tidak indah tetapi hati dan fikiran orang yang melihatnya itulah yang tidak indah. Umpama kita yang melihat cahaya matahari yang terang benderang. Keindahan kebangkitan Islam akan mengulangi kebangkitan pertama yang di terajui oleh rasul bersama para sahabat.


Keindahan Kebangkitan Islam sebenar hanya dapat dilihat oleh orang yang mempunyai akal yang tajam serta jiwa yang bersih. Kebangkitan yang begitu indah sebenarnya hanya dapat dilihat oleh orang yang mempunyai mata hati. Rasa bertuhan dan berkasih sayang adalah fitrah manusia. Di era kbangkitan ini manusia akan di kejutkan dengan keajaiban. Kerana laluan kebenaran yang Allah hendak lakukan bukan laluan biasa. Sesuatu yang tidak terjangkau oleh manusia. Perkara seumpama ini Allah pernah lakukan pada kebangkitan Islam kali pertama dulu. Ianya akan berlaku sekali lagi kerana kebangkitan kali kedua ini adalah peristewa besar.


Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh Allah ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia. Contoh-contoh sifat fitrah manusia ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolihi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu.


Rasa takut datang ketika berhadapan dengan perkara yang hebat dan menggerunkan. Rasa sayang terasa di hati ketika bertemu orang yang berjasa padanya. Rasa simpati atau belas kasihan datang ketika melihat orang susah atau teraniaya. Rasa marah terasa bila ada orang mengganggu atau mencacatkan nya. Rasa dendam datang bila ada orang lain menyusahkan dirinya atau kaum keluarganya. Rasa benci terasa bila ada orang menghinanya. Rasa jijik menjelma bila berhadapan dengan najis atau kekotoran. Rasa terhibur atau gembira masuk ke hati di waktu berhadapan dengan kesenangan atau kejayaan. Rasa dengki atau tidak senang datang ketika berhadapan dengan kesenangan orang lain. Rasa megah menghantui hati di waktu beroleh kejayaan dan kemenangan. Rasa sedih datang bila berhadapan dengan kegagalan, kemiskinan dan kesusahan. Sekali lagi, rasa-rasa yang menjelma silih berganti ke dalam hati itu, bukannya didapati hasil berguru atau pengalaman. Ia adalah semulajadi. Ia wujud bersama lahirnya manusia ke dunia. Itulah fitrah. 


Rasa-rasa fitrah positif yang ada didalam diri manusia ianya hendaklah kita suburkan. Sebaliknya rasa-rasa fitrah yang negatif hendaklah kita kawal dan didik supaya ianya dapat kita bendung. Lebih-lebih lagi bila keindahan Islam itu dilaksanakan dan di kuat kuasakan oleh pihak berkuasa lebih cepat Keindahan Kebangkitan Islam sebenar itu berlaku dan menjadi kenyataan. Kekuatan rohani mampu mengatasi kekuatan fizikal. Tentera Monggol yang memusnahkan mana-mana negeri yang ditaklukkannya, Masjid-masjid, rumah-rumah yang indah, perpustakaan habis semuanya dibakar. Tetapi tidak dapat membunuh cita-cita yang ada didalam hati rohani pejuang Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N