Langkau ke kandungan utama

MENJEJAK ATLAS AL QURAN.






Firman Allah:

قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُجْرِمِينَ  ﴿٦٩﴾

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".(An naml 27:69).


Menjelajah ke tempat-tempat, kaum dan berbagai peristiwa yang diceritakan didalam Al Quran. Pengalaman musafir bersama Abuya memandu penulis untuk menjejak dimana atlas Al Quran tentang sejarah perjalanan para nabi, juga mengungkap misteri kebesaran Al Quran. Pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di Maghribi,Tunisia, Jordan dan Mekah dan Madinah (Haramain) sangat membantu misi jejak atlas Al Quran. Sebelah selatan Negeri antara Dua Sungai iaitu Tigris dan Sungai Eufrat tahun 3200 sebelum masihi. Posisi sekarang dimana terjadi pertemuan antara sungai Tigris dan Eufrat dan membentuk Syath Arab. Letak kaum Nabi Nuh as di sebelah selatan Iraq. Letak Kufah  dan letak gunung judi. Ini adalah perkongsian maklumat penulis XPDC bersama Abuya pada tahun 1986.


XPDC bersama Abuya sangat membantu memerdekan penjajahan fikiran yang dilakukan oleh Yahudi dan Kristian kepada umat Islam. Hasil dari XPDC tersebut bertujuan seperti berikut: 
1. Menyingkap pembohongan Barat yang menyatakan tamadun Islam tidak wujud.
2. Menyingkap keistemewaan kehidupan kerohanian Islam yang hingga kini tetap terpelihara dan makin berkembang di seluruh pelusuk dunia termasuk Timur Tengah dibawah kepimpinan golongan sufi (tariqat).
3. Menyingkap ketokohan pemimpin dan pahlawan Islam yang telah mewariskan keberanian dan kebijaksanaan mereka itu kepada umat Islam.
4. Meninjau dan menjejak langsung ke tempat-tempat sejarah, kerana sejarah adalah guru yang terbaik.
5. Sebagai perangsang dan memotivasikan kepada para peminat sejarah untuk menjejak langsung ke tapak-tapak sejarah Islam.


Kota Sodom merupakan salah satu kota di Jordan Penduduk Kota Sodom memiliki akhlak yang sangat buruk. Mereka suka sekali buat jahat dan maksiat. Di Wilayah Sodom sering berlaku kecurian dan rompakan harta benda. Orang-orang yang lemah dan tidak berdaya sering menjadi mangsa dari orang-orang yang berkuasa. Salah satu yang sangat buruk dari kebiasaan penduduk Sodom adalah perbuatan homoseksual. Homoseksual adalah perbuatan menyalurkan nafsu antara laki-laki dengan laki-lak atau antara perempuan dengan perempuan. Perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh kaum sebelum mereka. Perbuatan itu bermaharajalela di Kota Sodom. Tetamu yang datang ke kota tersebut tidak akan selamat dari gangguan penduduk Sodom. Apabila pengunjung itu adalah seorang perempuan, para wanita akan mengganggunya. Apabila pendatang itu adalah seorang lelaki tampan, para lelaki di Kota Sodom akan memperebutkannya. Demikianlah penduduk Kota Sodom memiliki kelakuan yang sangat buruk. Pada masa kini, masyarakat akan berkelakuan  buruk jika menjauhi ajaran-ajaran dalam agama.

Nabi Luth Berdakwah Kepada Kaum Sodom.

Allah swt memerintahkan Nabi Luth untuk mengembalikan kaum Sodom Amura dan Sugar. di jalan Allah. Nabi Luth diminta mengajak kaum Sodom Amura dan Sugar meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat. Nabi Luth memberi nasihat dan peringatan kepada kaumnya. Nabi Luth berkata, “Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu. Kalian adalah orang-orang yang melampaui batas”. Mereka menjawab, “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, kami akan benar-benar mengusirmu”. Luth berkata, “Sesungguhnya aku sangat benci pada perbuatanmu”.


Nabi Luth meminta kaumnya untuk bertaubat. Dia menceritakan azab Allah yang akan ditimpakan kepada mereka yang melakukan perbuatan keji. Mereka tidak mempedulikan seruan Nabi Luth. Nabi Luth terus berdakwah. Namun, kaum Sodom Amura dan Sugar tetap tidak menyambut seruannya. Nabi Luth merasa sudah tidak ada harapan lagi untuk penduduk Sodom Amura dan Sugar bersedia meninggalkan perbuatan keji mereka. Nabi Luth memohon kepada Allah agar mendatangkan azab. Sungguh, azab Allah sangat menakutkan.


Tetamu Nabi Luth
Allah mengabulkan doa Nabi Luth, Allah mengutus dua Malaikat dalam wujud dua pemuda yang sangat tampan. Sebelum sampai di wilayah Sodom, kedua Malaikat ini mengabarkan kelahiran Ishaq kepada Nabi Ibrahim dan isternya. Ketika sampai di Sodom, kedua lelaki tampan itu bertamu di rumah Nabi Luth. Nabi Luth berpesan kepada isteri dan putri-putrinya untuk merahasiakan kedatangan dua lelaki tampan tersebut. Namun, isteri Nabi Luth, yang sehaluan dengan penduduk Sodom, memberitahukan kepada para lelaki Sodom tentang dua lelaki tampan di rumah Nabi Luth. Tidak lama kemudian, para lelaki Sodom beramai-ramai mendatangi rumah Nabi Luth. Mereka berteriak memanggil Nabi Luth. Mereka meminta agar Nabi Luth melepaskan kedua tamunya untuk mereka. Nabi Luth tidak mau membuka pintu rumahnya.


Nabi Luth menasihati kaum Sodom untuk kembali ke rumah masing-masing dan tidak mengganggu tetamunya. Nabi Luth juga meminta kaum Sodom untuk meninggalkan perbuatan homoseksual karena hal itu bertentangan dengan fitrah manusia dan hukum alam. Nabi Luth mengingatkan adanya azab yang dahsyat dari Allah swt. Kaum Sodom bukannya sadar, mereka justru hendak membuka pintu rumah Nabi Luth. Nabi Luth berkata, “Sesungguhnya aku tidak berdaya menahan orang-orang itu menyerbu ke dalam rumahku. Aku tidak memiliki senjata dan kekuatan fizikal yang dapat menolak kekerasan mereka. Aku juga tidak mempunyai keluarga atau sanak saudara yang disegani mereka yang dapat aku minta pertolongan. Aku merasa sangat kecewa karena sebagai tuan rumah aku tidak dapat menjaga keamanan tamu di rumahku sendiri”. Mendengar keluh kesah Nabi Luth, kedua lelaki tampan itu memberi tahu yang sebenarnya. Mereka mengatakan bahwa mereka adalah Malaikat yang diutus Allah swt untuk menurunkan azab kepada kaum Sodom. Dalam surat Ash-Shaaffaat ayat 171-172, Allah berfirman bahwa hamba-hamba-Nya yang Rasul pasti akan mendapat pertolongan. Pada akhirnya, para Rasul itu akan mendapatkan kemenangan.


Azab Untuk Kaum Sodom
Malaikat-Malaikat ini menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin. Ketika pintu dibuka, kaum Sodom segera masuk ke dalam rumah Nabi Luth. Namun saat mereka hendak masuk, kaum Sodom tidak mampu melihat. Ternyata, mereka menjadi buta. Sementara itu, Nabi Luth dan keluarganya diminta untuk meninggalkan Kota Sodom. Mereka berjalan keluar Kota Sodom karena azab akan segera tiba. Para Malaikat berpesan kepada Nabi Luthdan keluarganya agar berjalan  ke luar kota dan jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang. Namun, isteri Nabi Luth yang berada di belakang rombongan Nabi Luth berjalan perlahan-lahan. Ia sering kali menoleh ke belakang karena ingin mengetahui apa yang akan menimpa atas kaum Sodom. Sepertinya, ia meragukan kebenaran ancaman para Malaikat yang telah didengarnya sendiri. Langkah Nabi Luth dan putrid-putrinya melewati batas Kota Sodom saat fajar menyingsing. Seketika bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki kaum Sodom. Isteri Nabi Luth pun merasakannya. Gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijil menghancurkan Kota Sodom dan penduduknya. Dalam waktu singkat, mayat-mayat penduduk Kota Sodom bertebaran.

Ayat Al-Quran yang berkaitan dengan isteri Nabi Luth yang terkena azab Allah adalah ayat 11 Surat Hud. Ayat itu artinya, “Malaikat berkata, “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh, bukankah subuh itu sudah dekat ?” Kata tertinggal di sini terjemahan dari kalimat yaltafit. Ada pula mufassir yang menerjemahkannya dengan menoleh ke belakang. Kisah ini merupakan pelajaran bagi kaum-kaum sesudahnya. Perbuatan-perbuatan seperti itu sangat dilaknat oleh Allah. Sungguh, azab Allah sangat menakutkan. 


Laut Mati sekarang boleh kita kunjungi di Negara Jordan. Ia bersempadan dengan Palestin dan Israel. Kaum yang di tenggelamkan ialah Sodom, Amura dan Sugar. 
Nama Nabi Luth AS disebut 27 kali di dalam Al Quran, iaitu:
Surah Al Anaam 6:86. Surah Al A'raf 7:80. Surah Huud 11:70,74,77,81,89. Surah Al Hijr 15:59 dan 61. Surah Al Anbiyaa' 21:71 dan 74. Surah Al Haj 22:43. Surah Asy Syu'araa 26:160,161,167.
An Naml 27:54 dan 56. Al Ankabuut 29:26,28,32,33. Surah Ash Shafaat 37:133. Surah Shaad 38:13. Surah Qaaf 50:13. Al Qamar 27:33,34. At Tahrim 66:10.

Nama Nabi Nuh AS disebut didalam Al Quran sebanyak 43 tempat, iaitu: surah Ali Imran 3:22. Surah An Nisaa' 4:163. Al An'aam 6:84. Surah Al A'raaf 7:59 dan 69. Surah At Taubah 9:70. Surah Yunus 10:71. Surah Hud 11: 25, 32, 36, 42, 45, 46, 48, dan 89.



Peristiwa tersebut telah berlaku ribuan tahun jarak masanya dari kita. Namun Allah ceritakan kepada kita untuk iktibar lalu dikekalkan didalam Al Quran. Disamping mengimbau kembali kepada ejarah hitam itu, kita dapat oula melihat sendiri kesan kutukan tersebut yang dikenali dengan Laut Mati. Seluruh subjek yang didedahkan ini diharapkan dapat membantu dalam melihat keagungan dan kesan tamadun Islam yang syumul. Perlaksanaan Islam yang syumul dapat melahirkan sebuah empayar Islam yang hebat. Mudah-mudahan dengan kita menjejak ke tempat-tempat sejarah tersebut dapat membantu kita menjiwai sejarah tokoh-tokoh Islam yang kita kunjungi tersebut. Ia dapat menambahkan kesedaran, kefahaman dan keyakinan apa yang mereka perjuangkan hingga Islam sampai ketangan kita pada hari.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N