Langkau ke kandungan utama

PERANG TELOK ISLAM KEMBALI GEMILANG.





Sungai Furat (Bahasa Arab: نهر الفرات) ialah salah satu daripada sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Dajlah) yang mengalir dari Anatolia. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu). Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"." Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."


Allah telah memberitahu melalui lidah kekasih-Nya, Rasulullah SAW bahawa disebalik yang tersurat ada yang tersirat dimuka bumi ini. Jika ia dicungkil dan dihubungkan dengan Tuhan Maha Penciptanya, maka bertambahlah iman dan taqwa. Mengimbau kembali perjalanan ke negara-negara di Telok sebelum berperang atau waktu aman adalah sesuatu yang menarik. Banyak perkara diperolihi untuk di cungkil yang tersirat untuk disuratkan dan boleh jadi panduan kepada kita.
Kerana disana lahirnya ramai para nabi dan rasul. Banyak tempat-tempat dan kejadian yang dirakamkan didalam Al Quran. Kisah Nabi Lut bersama kaumnya. Kisah Nabi Ibrahim dengan Isterinya Siti Hajar dan Siti Sarah. Termasuk hal-hal yang negatif boleh dijadikan iktibar dan sempadan seperti Kisah kejadian di Laut Mati, kisah kaum Ad dan Thamud dan banyak lagi.


Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai Furat. Sungai  Furat memberi kehidupan yang membawa kemunculan tamadun purba contoh tamadun Sumeria dan lain-lain. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon dan Assyria. Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain, keluarga dan sahabat beliau syahid. Maksud firman Allah:
"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.(Yusuf 12:111).


Mari kita mencungkil daripada tamadun yang pernah muncul di tepi Sungai Furat. Sebelum itu kita fahami terlebih dahulu takrif tamadun. 
Kerajaan Malaysia dalam zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, muncul pengenalan zaman pemerintahannya moto Islam Hadhari. Sempena pengenalan tersebut Abuya Imam Ashaari At Tamimi menyumbang pandangannya melalui buku "Islam Hadhari menurut Ustaz.Haji.Ashaari Muhammad". Menurut Abuya pengenalan istilah tersebut adalah satu anugerah besar dari Tuhan. Namun ramai yan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari itu. Kerana, sebelum ini kita tidak pernah diajar tentangnya. Selama ini, apa yang diajar ialah Islam yang asas, yakni yang berkenaan dengan hukum hakam sahaja.


Bila dikatakan Islam Hadhari, skopnya adalah luas dan global. Hendak sebut ilmunya pun kebanyakkan kita terkapai-kapai. Sebenarnya kerajaan telah mengjutkan kita dengan Islam Hadhari ini. Kita selama ini tenggelam dengan ilmu hukum hakam yang hanya 500 ayat dari 6666 ayat Al Quran. Kalaupun kita faham ilmu, hanya dalam satu-satu bab sahaja. Islam Hadhari adalah perkara baru bagi kebanyakkan kita dan para ulama. Moga-moga Islam Hadhari inilah yang akan digerakkan sampai ke hujung dan kemuncaknya akan berlakulah negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan. 


Pembangunan Islam Hadhari bererti pembangunan tamadun. Bermula dari tamadun rohani yang akan mencetuskan pula tamadun lahiriah atau material atau fizikal. Tanpa tamadun rohani, tamadun lahiriah tidak ada erti apa-apa bahkan akan merosakkan, merugikan dan memusnahkan manusia. Inilah caranya Rasulullah SAW membina tamadun dalam sejarah Islam. Rasulullah SAW membina tamadun rohani dahulu di kalangan para Sahabat selama tiga belas tahun di era Mekah. Selepas terbina tamadun rohani, barulah Rasulullah SAW menggerakkan pembinaan tamadun lahiriah selama sepuluh tahun di Madinah. Inilah sunnah yang mesti kita ikut.


Ilmu tentang membina tamadun rohani dan tamadun lahiriah telah lama ditinggalkan dan dilupakan oleh umat Islam. Ia tersembunyi dan terkubur di dalam Al Quran dan As Sunnah. Ilmu itu kini digali dan dicungkil semula oleh ahli zikir dan dipersembahkan untuk tontonan semua. Sementelahan Allah SWT pun ada berfirman yang bermaksud:
"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.(An Nahl 16:43).


Yahudi dan Nasrani sentiasa menyimpan dendam untuk menguasai dunia Islam. Mereka ingin menebus kembali kekalahan yang dialami 14 kurun yang lalu. Dendam mereka terlalu mendalam kepada tokoh-tokoh Islam terutamanya Rasullulah SAW, para Sahabat, Khulafaur Rasyidin, Salahuddin Al Ayyubi, Thariq bin Ziyad, Muhammad Al Fateh dan lain-lain lagi. Sebelum ini mereka melancarkan peperangan dan sekarang mereka teruskan peperangan terhadap umat Islam secara halus. Mereka memerangi umat Islam secara saikologi dan perang minda. Allah sendiri mengingatkan kita didalam Al Quran tentang perkara ini. 

Maksud firman Allah: 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.(Al Baqarah 2:120).


"Jangan kita terkeliru dengan istilah Madani atau Hadhari. Walaupun bunyinya hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak membawa apa-apa maksud baru atau maksud -maksud tambahan kepada istilah Islam yang sebenarnya." Watak manusia itu bertamadun. Tuhan cipta manusia begitu. Oleh itu adalah salah kalau watak itu dinafikan atau dikorbankan. Salahlah kalau sifat Hadhari (berkemajuan) manusia itu dihalang. Kalau dihalang, ia satu penzaliman."
 (Abuya Imam Ashaari At Tamimi).


"Saya yakin, kalau rakyat Malaysia faham dan perjuangkan Islam Hadhari seperti yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia mulai dari sekarang, kita akan lihat st perubahan yang luar biasa yang akan berlaku di Malaysia. Satu perubahan yang sangat menguntungkan rakyat dan negara." (Abuya Imam Ashaari At Tamimi).
"Islam Hadhari ini melibatkan semua pihak. Bermula dari pemimpin, ulama, pegawai, dan kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada semua peringkat rakyat jelata. Oleh itu semua pihak perlu tahu dan perlu memahami tentang skop, penglibatan dan tuntutan-tuntutannya." (Abuya Imam Ashaari At Tamimi).






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N