Langkau ke kandungan utama

ISRAK MI'RAJ BERJAYA MEMPERLIHATKAN KEKUASAAN TUHAN.









ISRAK MI'RAJ BERJAYA MEMPERLIHATKAN KEKUASAAN TUHAN.


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Israk 17:1).


Perjalanan yang ajaib adalah pejalanan rohani menuju Allah. Jalan rohani menuntut disiplin yang tinggi. Manusia yang berjaya ia dapat menjaga disiplin diri. Manusia paling berjaya ialah dapat mengawal dan  mendisiplinkan hati. Manusia gagal mendisiplinkan hati mengikut kehendak Tuhan. Apabila gagal mendisiplinkan hati, ertinya hati lalai, maksiat hati berlaku. Disiplin hati ia bersifat maknawiah dan rohiah yang tidak dapat dilihat oleh mata yang susah hendak difikirkan oleh akal selalu sahaja terabai dan terbiar. Padahal penyakit masyarakat puncanya dari sini. Kalau penyakit sahaja yang hendak dibenteras ibarat pokok yang merbahaya. Hanya kita buang daun-daunnya dan ranting-rantingnya sahaja sedangkan pokoknya masih dibiarkan hidup.


Israk mi'raj adalah perjalanan kebenaran daripada Tuhan. Suatu perjalanan lahiriah dan maknawiah. Perjalanan yang melibatkan akal, roh dan fizikal. Sebuah perjalanan mukjizat kepada Rasulullah SAW. Sebuah perjalanan yang yang mengandungi ilmu, maklumat, perasaan dan mencabar fizikal. Ia merupakan perjalanan sebuah keyakinan yang dimantapkan melalui rukun iman. Buah daripada perjanan ajaib tersebut Rasulullah SAW menerima hadiah yang agung daripada Allah yang Maha Agung iaitu solat yang agung. Peristewa Israk Mi'raj menggabungkan pengalaman rohani dan fizikal yang dapat memandu keyakinan yang di realisasikan oleh syariat gabungan ilmu rohani dan ilmu zahir dapat menambahkan keyakinan tentang persoalan ghaib.


Dalam Islam ada enam rukun Iman dan lima rukun Islam. Rukun Iman berkaitan dengan keyakinan dan rukun Islam berkaitan dengan syariat lahir, atau peraturan hukum dari Tuhan untuk kebaikan dan kepentingan makhluk Tuhan. Ilmu syariat sesuatu yang dijangkau oleh fizikal dan ilmu rohaniah berkaitan dengan ghaibiat. Perjalanan kebenaran daripada Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin). Kini Yahudi telah menjajah fizikal Masjid Al-Aqsa (di Palestin). Sedangkan umat Islam di seluruh dunia sedang dijajah fikiran mereka.  dengan kerjasama Arab Saudi yang di dokong oleh Amerika Syarikat cuba menguasai pemikiran umat Islam dengan memperkenalkan ajaran Wahabi kepada umat Islam. Setelah empayer Islam yang diterajui oleh Turki tumbang, Saudi cuba mengambil alih tempat tersbut. Namun usaha Saudi hingga kehari ini masih gagal.
Saudi yang tunggak ajarannya adalah wahabi juga masih gagal untuk menguasai fikiran umat Islam.


Wahabi: satu konspirasi menjatuhkan Islam dari dalam!
Apa itu WAHABI?. Wahabi adalah satu fahaman yang diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahab. Fahaman ini dinisbahkan kepada nama bapanya Abdul Wahab kepada WAHABI, tidak kepada namanya sendiri kepada Muhammadi. Ini adalah kesepakatan ulama supaya umat Islam tidak keliru dengan fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Muhammad bin Abdul Wahab adalah orang yang lemah ingatan dan gagap. Ayah dan abangnya sendiri menganggap beliau tidak siuman. Muhammad Bin Abdul Wahab sangat terpengaruh dengan ajaran Ibnu Taimiyah yang mengasaskan fahaman Mujasimah. 


Yahudi berjaya menggunakan ajaran wahabi untuk mengelirukan umat Islam. Akhirnya empayar Islam yang di terajui oleh kerajaan Uthmaniah berjaya di tumbangkan. Kamal Atarturk berjaya dijadikan boneka dan proksi Yahudi untuk mempastikan Turki berjalan atas dasar ajaran sekular. Muhammad Bin Abdul Wahab berjaya digunakan oleh Yahudi untuk memecah belahkan umat Islam. Muhammad Bin Abdul Wahab, pengasas berjaya mengambil alih Haramain yang menjadi tempat perhimpunan umat Islam daripada seluruh dunia.


Sedikit pengenalan latar belakang dan pencetus ajaran wahabi. Beliau 
ialah Muhammad Bin Abdul Wahab pergi mengembara dan belajar di Basrah. Berguru dengan Syeikh Muhammad Al-Majmu’i iaitu Mr. Hempher. Beliau adalah seorang yang pakar Bahasa Arab, Turki, Parsi dan telah lama mempelajari Islam. Mr. Hempher merasuah Muhammad bin Abdul Wahab dengan hadiah nikah mutaah dengan 2 orang ejen perempuan Yahudi yang menyamar sebagai muslimah. Maka dengan mudah Yahudi mengatur untuk mengajar Muhammad Bin Abdul Wahab tentang fahaman yang baru yang sesuai dengan rancangan Yahudi. Dengan ajaran yang baru itu, Muhammad bin Abdul Wahab kembali ke kampungnya, namun ditentang dan diusir oleh bapanya seorang ulama Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jamaah). 
Kerjasama Yahudi, keluarga As-Saud dan golongan Wahabi membentuk kerajaan Wahabi Arab Saudi. 


Berkat era kebangkitan Islam, Malaysia walaupun tidak sekaya Arab Saudi tetapi faktor kebangkitan Islam di Timur yang di terajui oleh Malaysia sangat dicemburui oleh Yahudi. Kalau bukan faktor janji Allah untuk kebangkitan Timur sudah tentu Maysia sudah lama musnah. 
Kita hendahlah bersyukur di samping memantapkan keyakinan dengan Janji-janji Allah buat umat akhir zaman ini. Ertinya Malaysia 
dipilih menjadi tapak kepada kebangkitan di Timur. Perkembangan Islam di Malaysia menjadi penentu, apakah Islam akan berdaulat di akhir zaman atau tidak. Hal ini dunia Islam tidak menafikan peranan Malaysia bela Islam di peringkat dunia. 


Malaysia ditakdirkan berada di timur, menumpang berkat yang Tuhan anugerahkan kepada Timur. Tamadun rohani mendapat laluan di Malaysia. Ini jelas dapat kita lihat apa yang ada di Amerika ada d Malaysia. Tetapi apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika iaitu kemeriahan syiar dan amalan Islam. Pada kebangkitan pertama di Timur Tengah memberi laluan kepada Islam maka keberkatan terus Tuhan alirkan. Kali ini Timur memberi laluan kepada kebangkitan kali kedua maka Tuhan alirkan keberkatan kepada Timur. Ertinya Al Quran dan Sunnah iaitu jalan yang di tinggalkan oleh Rasullullah SAW mendapat laluan di Malaysia.


Contoh pendekatan yang di ambil oleh Malaysia diperingkat antarabangsa diterima oleh negara-negara yang berhimpun di PBB. Akal dan hati manusia setuju dengan pendekatan yang dilakukan oleh Malaysia. Sebagai contoh, bagaimana Malaysia berjaya menangani golongan pelampau fahaman ideologi atau pelampau agama dan pelampau ras dan etnik. Bagi Malaysia yang rakyatnya berbilang bangsa dan bermacam-macam ideologi dan agama tetapi dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian di dalam negara. Bila di anugerahkan tapak kebangkitan Timur, maka Malaysia mendapat berkat daripada kebangkitan tersebut. 


Agama Islam yang kita akui dan yang kita warisi di Malaysia ini sebenarnya cantik dan indah. Ajaran Islam yang di warisi di Malaysia di namakan ajaran ahli sunnah wal jamaah. Kedatangan Rasulullah SAW adalah rahmatan lil alamin karena membawa peraturan hidup yang disebut agama Islam (Ad Din Al Islam). Jika agama Islam ini benar-benar difahami, diamalkan dan diperjuangkan di semua bidang dan aspek secara utuh, bukan hanya di aspek-aspek tertentu, maka sudah tentu agama Islam akan menjadikan manusia berkasih sayang, menghubungkan silaturahim, menumbuhkan ukhuwah, menjadikan anak-anak taat kepada orang tua, ayah ibu senantiasa memberi kasih sayang kepada anak-anak, isteri senantiasa patuh kepada suami setelah taat kepada Allah dan Rasul, suami senantiasa bersimpati kepada isterinya. Seorang pemimpin akan menjadi payung bagi seluruh masyarakat, menjalankan keadilan terhadap seluruh rakyat. Ulama akan menjadi obor, penasehat kepada seluruh peringkat masyarakat. Orang kaya akan terdorong menjadi bank kepada masyarakat. Inilah keindahan Islam yang dapat dilihat di Malaysia.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N