Langkau ke kandungan utama

SULTAN Al-FATEH MENGALAHKAN DRACULA.




Pada tahun 1986 Abuya Imam Ashaari At Tamimi telah melakukan XPDC menjejak sejarah kemasukan Islam di bumi Eropah. Andalusia adalah nama yang dikenali di zaman Islam. Peperangan fikiran lebih utama daripada perang senjata. Orang yang berada dalam sesebuah jemaah Islamiah adalah orang yang sedang berjuang atau sedang berperang. Bila kita sebut perang, tentulah orang menggambarkan peperangan senjata. Sebenarnya peperangan ada banyak jenis dan bentuk. Selain peperangan senjata, ada pula yang disebut peperangan fikiran, peperangan dingin, peperangan psikologi, peperangan saraf, peperangan merebut pengaruh dan sebagainya. Jadi, peperangan selain peperangan senjata itu lebih banyak, lebih bersimpang-siur, serta lebih utama lagi.


Peperangan yang selalu dititik beratkan oleh bangsa-bangsa di dunia dari dulu sampai sekarang ialah peperangan senjata dan peperangan fikiran. Kalau satu bangsa atau puak itu hendak mengalahkan satu puak atau bangsa yang lain, mereka perlu melancarkan sama ada peperangan bersenjata atau pun peperangan fikiran. Peperangan fikiran juga menggunakan senjata dan peluru yang banyak. Senjatanya ialah seperti senjata lisan dan senjata tulisan yang disampaikan dalam bentuk buku, majalah, risalah, kaset, pita video, dan bermacam-macam lagi.


Peperangan bersenjata, peluru yang hendak dilepaskan tidak jauh sasarannya dan tidak luas daerahnya hanya terbatas di mana ada tentera atau kubu-kubu musuh. Dalam peperangan fikiran, seluas mana dunia ini maka seluas itulah sasaran fikiran kita yang hendak kita sampaikan atau muntahkan. Dimana ada manusia, disitulah fikiran itu mesti disampaikan. Jadi gelanggang fikiran lebih luas daripada gelanggang peperangan bersenjata. Dan kerana itu, peperangan fikiran ini lebih utama, malah yang sebenarnya lebih gawat lagi; cuma ia tidak terasa. Selaku pejuang Islam, kita sekarang bukan berperang dengan senjata tetapi sedang melakukan peperangan fikiran (mental warfare). Dan daerah sasaran kita terlalu luas, yakni meliputi seluruh pelusuk dunia ini; maka jangan kita anggap fikiran yang hendak kita sebarkan setakat di Malaysia saja. Fikiran yang hendak disebarkan keseluruh pelusuk dunia.


Mari kita lihat bagaimanakah contoh penjajahan fikiran yang dilakukan Barat. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Empayer Othmaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristian, dimana peperangan ini semakin sengit. Dracula mempunyai nama asli Vlad Tepes. Membongkar Sebuah Pembohongan Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk penjajahan sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat. Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen. Bermula dari novel  karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.Dan yang terbaru tahun 2014, adalah filem Dracula Untold, yang nyata secara terang menterbalikkan sejarah yang sebenar.


Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Empayer Othmaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristian, dimana peperangan ini semakin sengit. Kedua-dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik  Eropah mahupun Asia . Kemuncak peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Othmaniah. Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam. Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam. 


Mangsa korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula. Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala. Hyphatia mengatakan dalam bukunya :


“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut  seolah robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu. Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:

"Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis  kerana mereka   kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”

Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab. Pertama, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib. Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya. 
Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai-ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkara ini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero. 


Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania, Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan-pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya. Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.  Mereka berusaha agar sejarah  jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.


Berkat kebangkitan Islam, musuh-musuh Islam gagal untuk terus menipu dan mengelirukan umat Islam dan manusia sejagat umumnya.
Selama ini masyarakat di dunia, khususnya umat Islam sendiri yang tidak mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula. Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah yang sebenarnya. Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum  bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib. Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan.


Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka. Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam, yang mengalahkan Dracula. Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini. Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuan  hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.

Penutup
Barat sentiasa berterus-terusan mencuba memutar belit fakta dengan pelbagai perkara, dengan tujuan supaya umat Islam sendiri terkeliru. Kerana mereka tahu bahawa umat Islam semakin lemah dan malas untuk membongkar sejarah yang sebenarnya. Semoga kita tidak terjatuh kedalam perangkap permainan Barat yang ingin melemahkan jati diri umat Islam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N