Langkau ke kandungan utama

PERANG MINDA ANTARA TIMUR DAN BARAT.




Pendakwah Islam yang berjaya mengembangkan Islam di Tanah Melayu, menggunakan pelabuhan Melaka sebagai laluan penting.
Menurut sejarah kemasukan Islam ke Tanah Melayu melalui Melaka. Pendakwah yang datang daripada Gujerat India dan pendakwah Arab Hadralmaut daripada Yaman. Itupun telah dicelarukan oleh Barat supaya umat Islam hilang keyakinan kepada sejarah sendiri. Berkat kebangkitan Islam perkara-perkara tersebut dapat dibongkar dan di betulkan semula supaya umat Islam tidak selamanya di tipu oleh Barat.


Mari kita lihat bagaimanakah putar belit, tipu helah yang telah dilakukan oleh Barat melalui penjajahan fikiran terhadap manusia kususnya umat Islam. Contoh penjajahan fikiran yang dilakukan Barat. Melaka yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu, Malaga di Negara Sepanyol berada dalam Benua Eropah. Dua nama yang sama makna daripada sudut bahasa kerana berasal daripada bahasa yang sama iaitu bahasa Arab. Sebenarnya pejuang Islam yang menemukannya dan memberikan nama tersebut. 


Setelah empayer Islam berjaya di runtuhkah, Yahudi dan Nasara terus melaga-lakan sesama umat Islam. Contoh bagaimana Portugal dilagakan dengan kerajaan Melaka. Sedangkan asal usulnya Melaka dan Portugal mendapat nama daripada pendakwah Islam. Makna Melaka dan Malaga sama ertinya iaitu tempat pertemuan. Melaka dan Malaga dalam bahasa Arabnya ialah malqa (ملقى) dan asal kata telah bertemu,sedang bertemu dan pertemuan.   ( لقى ،يلقي لقاأ ). Kalau kita teliti daripada sudut bahasa pun sudah maklum ianya adalah bahasa Arab, bagaimana mereka hendak menutupnya, itupun tetap dilakukan sebab mereka sudah kenal bahawa umat Islam sudah malas hendak mengkaji sejarahnya sendiri.


Melaka dan Malaga adalah dua buah pelabuhan. Ketika laluan udara belum diperkenalkan, laluan laut menjadi lalaun penting untuk kapal-kapal dagangan ketika itu. Penggunaan laut masih relevan hingga kehari ini. Pendakwah-pendakwah Islam menggunakan laluan tersebut untuk mengembangkan agama Islam. Malaga daripada perkataan bahasa Arab bermaksud tempat pertemuan. Bagi laluan ke Erobah pelabuhan Malaga adalah sangat penting ketika itu. Bahkan pelabuhan tersebut masih berfungsi hingga kehari ini.


Mana-mana kabilah atau etnik yang memperjuangkan Islam, sudah tentu memartabatkan bahasa Arab kerana didalam Islam bersembahyang didalam bahasa Arab. Apapun bangsa dan negara kalau mereka mengerjakan solat atau sembahyang tetap menggunakan bahasa Arab. Kerana ianya perintah Tuhan dan didalam syurga semua bertutur didalam bahasa Arab. Kita membaca Al Quran dalam bahasa Arab, bersembahyang juga didalam bahasa Arab, mengucap syahadah, wirid dan zikir juga dalam bahasa Arab.


Kita akan menemukan  tempat-tempat kesan tinggalan sejarah umat Islam di Eropah, seperti di Sepanyol, Portugal dan Selatan Peranchis.
Boleh dilihat daripada senibina lama yang ditinggalkan. Penggunaan bahasa Arab pada bangunan lama. Al Hamra nama istana yang bermaksud merah. Taman bunga yang terdapat di Sepanyol iaitu sebuah taman yang bernama Jannatul Arif dan banyak lagi. Negara Portugal juga daripada bahasa Arab yang bermaksud buah limau.


Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan kedudukan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.


Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.


Lakaran portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan.


Oleh kerana Al Quran dan Hadis sudah tidak lagi dihayati, maka ia sudah tidak menjadi fikrah. Kerana itu kita kekurangan buah fikiran; kekurangan minda. Akhirnya kita akan main fizikal saja. Sedangkan bukan mudah untuk menewaskan musuh dengan peperangan senjata. Kita kena tawan negeri orang. Sebaliknya, kalau kita melancarkan peperangan fikiran, pergerakan kita senang, tiada halangan di border. Kita boleh masuk di mana mana negeri. Senjata yang kita bawa, orang pun tak nampak dan orang pun tak tahu. Bila kita bercakap, itulah senjata kita, asalkan apa yang kita cakapkan itu isi minda Islam. Abuya telah banyak bekalkan minda kepada kita


Abuya Imam Ashaari At Tamimi dilahirkan ketika peperangan minda antara Timur sebagai wakil Islam, dan Barat sebagai wakil Kristian, dimana peperangan ini semakin sengit. Di era kebangkitan Islam semakin ketara dan sengit antara Timur dan Barat. Berkat kebangkitan Islam antara yang palsu dan yang benar semakin terpisah.Malaysia sebuah negara yang kecil kini terserlah di peringkat dunia atas nama Islam. Malaysia banyak membongkar pembohongan yang dilakukan oleh kuasa besar seperti Amerika. Perlantikan Tramp Sebagai peresident Amerika menjadikan semakin ketara hubungan antara dua buah negara tersebut. Amerika terus memandang serius perkembangan Islam di Malaysia.


Jadi peperangan antara Timur (Malaysia) dan Barat (Amerika) tidak nampak kerana peperangan yang berlaku adalah perang minda. Jadi senjata dalam peperangan fikiran tak nampak dan tidak dapat dilihat dan disedari orang. Orang tidak nampak kedua-dua pihak pikul senjata. Rakyat kedua-dua negara bebas bergerak. Tidak ada mana-mana border yang akan menghalang pergerakan rakyat dari kedua-dua buah negara. Ini sangat selamat. Kita boleh pergi ke mana-mana saja untuk berjuang dan berjihad. Sebab kita membawa buah fikiran, bukan membawa mortar, peluru, kereta kebal, kapal selam, dan sebagainya.


Model peperangan minda telah Abuya tunjukkan kepada kita dan umat Islam. Buah fikiran Abuya atau minda telah tersebar luas. Ianya telah menjadi milik masyarakat. Penyebarannya telah meluas ke tengah masyarakat dunia melalui risalah, buku, dan lain-lain. Pendengaran minda Abuya ke tengah masyarakat melalui kaset, video ,pementasan dan sebagainya. Kita sepatutnya boleh meneruskan sebab sudah mudah, bukan hendak bermula daripada zero. Bahkan sesetengan orang telah menjadi kaya raya kerana pandai mengkormerselkannya. Begitulah sepatutnya sikap kita. 


Jadi apabila kita menjalankan peperangan fikiran, maka caranya, stylenya, dan stratiginya hendaklah sesuai dengan buah fikiran yang kita hendak bawa itu. Jangan pula stratigi kita dalam peperangan fikiran sama dengan stratigi dalam peperangan bersenjata. Sebab, setiap bentuk peperangan itu ada stratiginya sendiri. Dan stratigi itu bukan satu, tapi banyak. Makin bijak dan pandai kita, makin banyak lah stratigi yang boleh kita atur. Stratigi boleh berubah dan berbeza-beza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Stratigi juga boleh ditinggalkan jika kita rasa ia sudah tidak memberi faedah lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N