ABUYA MENDIDIK KITA BERHIBUR DENGAN TUHAN.
Keperluan manusia sama ada yang beragama Islam atau bukan, atau berlainan etnik dan bangsa adalah sama. Manusia perlukan Tuhan dan makan. Ertinya rasa bertuhan, ekonomi, keselamatan sama seperti oksigen menjadi keperluan manusia, meniti keindahan ciptaan ilahi. Maka manusia boleh meniti diatas keperluan bersama. Contoh hubungan dua hala antara negara China dan negara Malaysia. Contoh pelaburan China di Malaysia. KUALA LUMPUR: Malaysia terlindung daripada risiko terlalu terdedah kepada pelaburan dari China pada masa ini walaupun negara itu menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia.
Ketua Pakar Ekonomi dan Rakan Kongsi Deloitte China, Prof Stephen Xu Sitao berkata, ini kerana Malaysia mempunyai sumber ekonomi dan rakan perdagangan yang pelbagai."China menjadi rakan perdagangan Malaysia untuk sembilan tahun berturut-turut berikutan hubungan ekonomi yang menyeluruh antara kedua-dua negara," katanya. Apabila berlaku has bungan China dan Malaysia begitu intem, ini mengimbau ingatan kita bersama Abuya melakukan opersai dakwah kesana. "Di era kebangkitan Islam sekali lagi China akan masuk Islam beramai-ramai". Perkara tersebut telah menjadi kenyataan ketika kita mengikuti rombongan dakwah Abuya ke China satu ketika dahulu.
Abuya mendidik kita berhibur dengan Tuhan yang Maha Esa. Menurut Abuya dalam mengupas falsafah haji, pergi haji ertinya menuju Allah yang Maha Esa. Ertinya kita pergi mengadu dan melepaskan rindu kita dengan Allah. Pergi ke Baitullah dan menjejak Nabi Ibrahim dan keluarganya yang dididik oleh Allah di Mekah. Allah minta kita meraikan Raya haji adalah sempena Nabi Ibrahim dan keluarganya. Mengimbau kembali hari raya haji bersama Abuya, ke Kampung Pilin terletak di mukim Pilin dalam daerah Rembau. Ia di Negeri Sembilan Darul Khusus. Kampung kelahiran Abuya iaitu Kampung Pilin. Setiap kali teringat guru mursyid hati kita akan terpandu dengan ajran yang pernah diberikan kepada kita. Contoh wujudnya Allah.
Orang Islam wajib percaya akan wujudnya Allah yang Maha ghaib.
Abuya mendidik kita dengan mengembalikan semula fitrah kita yang murni. Apabila manusia lahir ke dunia, dia dibekalkan dengan fitrah. Fitrah adalah keinginan dan kecenderungan semulajadi. Keinginan fitrah yang paling besar dan utama ialah rasa ingin bertuhan. Rasa perlu kepada Tuhan. Rasa mahu kepada Tuhan. Rasa ingin membesar, mengagungkan, mengabdi diri dan bergantung dengan Tuhan.Orang yang tidak percaya dan tidak kenal Tuhan itu adalah orang yang melawan dirinya sendiri atau fitrah semulajadinya. Orang yang menolak Tuhan, ertinya dia melawan kehendak hati dan jiwanya.
Dia tidak memenuhi keperluan dan tuntutan jiwanya. Dia hanya mengikut arahan nafsunya. Percaya, kenal dan rasa bertuhan itu adalah makanan bagi hati dan jiwa. Orang yang tidak percaya, tidak kenal dan tidak rasa bertuhan itu ialah orang yang tidak memberi makan kepada hati dan jiwanya. Hatinya jadi gersang dan tandus, lemah dan longlai. Itu sebab timbul krisis jiwa. Itu sebab jiwa sering dihinggapi penyakit. Mengenal Allah adalah wajib. Akal dapat membantu manusia mengenal Allah, perasaan merasa ketika melihat keindahan ciptaan Tuhan. Dan semua unsur apabila bergabung dan di pandu oleh wahyu mudah kita memahami kerja Tuhan.
Memberi Tuhan ertinya kembalikan semula fitrah murni manusia.
Keperluan manusia kepada Tuhan sama seperti manusia memerlukan oksigen. Tak mengira apa agama dan bangsa semuanya perlukan Tuhan. Apabila kita membawa fitrah yang murni ke mana mana pun sama ada ke timur atau ke barat. Perasaan manusia terhadap kita yang bersama fitrah, sama mereka berdepan dengan diri mereka sendiri iaitu fitrah yang ada pada diri mereka. Saya menyaksikan bagaiamana masyarakat China muslim di China begitu gembira menyambut kedatangan rombongan yang di ketuai oleh Abuya. Mereka sepontan berkata, Abuya meningatkan kami kepada ibu ayah kami kerana pakaian mereka sama dengan rombongan Abuya.
Perasaan masyarakat Islam di China subur kembali. Inilah yang dikatakan dak bil hal atau berdakwah dengan sikap.
Ketika Abuya ke negeri China di sambut baik oleh masyarakat tempatan. Ada seorang profesor di China banyak memberikan info dan maklumat tentang Islam di China.Profesor Madya Wu Zong Yu daripada Bahagian Bahasa Indonesia dan Malaysia, Beijing Foreign Studies University. Prof. Wu. Beliau memulakan pertemuan dengan Abuya di hotel tempat Abuya menginap. Dia bercerita secara ringkas tentang Islam di China: Umat Islam di China ada di mana-mana. Yang paling ramai ialah di kawasan autonomi Islam iaitu di wilayah Ningxia. Mereka berbangsa Hui. Jumlah umat Islam disini di anggarkan seramai 1,400.000 orang (menurut bancian kerajaan). Di bandar Yi Chuan ada 109 buah masjid. Seluruh wilayah Ningxia ada lebih kurang 2000 buah masjid.Bangsa Hui sama seperti bangsa Melayu. Apabila disebut berbangsa Melayu, maka agamanya ialah Islam. Begitu jugalah dengan bangsa Hui ini, bila disebut Hui, mereka semuanya beragama Islam.
Islam telah masuk ke Timur China melalui pelabuhan. Laksamana Cheng Ho, ahli pelayaran yang sangat terkenal itu adalah seorang Islam. Laksamana Ching Ho berangkat ke Melaka dari Smatow.
Sebuah pasar Islam di Beijing. Coaster dijadikan kedai makan bergerak menjual makanan Islam di pinggir Medan Tiananmen. Di belakangnya jelas tertulis 'al mat'am Islami'. Abuya Imam Ashaari At Tamimi dan rombongan tertarik dengan kefasihan berbahasa Arab seorang pemuda dan seorang gadis Cina yang ditemui dihadapan restoran Hon bin Low. Pada hakikatnya masyarakat Tiongkok tidak seperti dulu. Apabila kita melawat China, pandangan kita terhadap China akan berubah. Mungkin pada pandangan masyarakat Islam di Malaysia susah hendak mendapat makanan halal di Beijing. Di jalan besar Medan Tiananmen ada restoran-restoran Muslim yang lebih besar dari restoran Siraz di Jalan Tuanku Abdul Rahman Malaysia.
Walau bagaimana pun makanannya jauh lebih murah dari Malaysia.
Di Beijing saja, lebih 200 restoran muslim kecil dan besar. Di Kunming tak kurang daripada 50 restoran Muslim. Di Beijing ibukota negara China Komunis, ada 64 buah masjid. Yang tertua Masjid Niujie yang dibina pada tahun 996 Masihi. Manakala masjid yang tertua di China ialah Masjidun Najahi, yang berusia kira-kira 1300 tahun. Di Malaysia kita masih mencari-cari fakta sejarah mengenai kemasukan Islam. Yang terjumpa hanya batu bersurat yang telah dijadikan tapak buat basuh kaki di surau Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu. Inilah kesan sejarah paling kukuh menandakan kemasukan Islam yang boleh dibuktikan di negara kita. Walau bagaimana pun kita bersyukur kerana agama Islam mendapat tempat di hati bangsa Melayu sehingga kalau dibandingkan amalan Islam di Malaysia dengan amalan Islam di China sudah tentu di Malaysia lebih baik.
Rindunya dengan abuya
BalasPadam