Langkau ke kandungan utama

FAKTOR INSANIAH PALING UTAMA.


TEKNOLOGI LAHIRIAH.
( Doa senjata maknawi ).

Kebangkitan Islam  pertama di terajui oleh kepimpinan yang di dokong oleh team pejuang yang menggabungkan kekuatan maddiah dan rohiah. Team pejuang yang mendokong kepimpinan tersebut seramai 313 orang. Setelah wujud kepimpinan bertaqwa dan pejuang seramai 313 orang tersebut yang  mengulangi persiapan kebangkitan pertama dan menyalin keperibadian mereka ertinya menjadi team yang bertaqwa maka Tuhan lakukan kejayaan yang sama di era kebangkitan sekali lagi. Untuk memulakan membentuk generasi tersebut kita mulakan dari percarutan perkahwinan yang dapat menyediakan generasi yang memiliki keteria yang disebutkan diatas.


Perkahwinan dalam Islam untuk mendirikan sebuah rumahtangga.
Kalau di Barat tidak yakin lagi dengan perkahwinan. Dalam Islam untuk membolehkan terbangunnya sebuah rumahtangga, gandingan sepasang suami isteri akan melayarkan bahtera mereka mengikut panduan yang telah Allah syariatkan. Disini kita tidak kongsikan tentang syarat rukun rumah tangga, meminang, perkahwinan, mas kahwin, juga tidak dikongsikan tentang nusyuz, zihar' talaq, rujuk, nafkah, giliran bagi yang berpoligami. Biasanya sudah dibahaskan dalam kursus perkahwinan yang sudah banyak dilakukan.


Kita lebih menitik beratkan tentang motivasi rumahtangga. Lebih menekankan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina rumahtangga sebagai pembinaan masyarakat dan negara, bahkan umat Islam seluruhnya.
Sekaligus membawa melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh. Ia adalah persiapan sebuah empayer. Islam sekali lagi akan menerajui dunia.


Menurut ajaran Islam, dalam urusan dan persoalan apa pun faktor manusialah yang paling utama. Manusia adalah asset, manusia adalah pembuat dasar, manusia adalah penentu, manusia adalah pelaksana, manusia adalah pentadbir dan lain-lain. Sesuatu sistem dan pelaksanaan sangat bergantung kepada faktor manusia. Baik buruknya, maju mundur, positif negatif, kuat lemah, sempurna kurang sesuatu sistem dan pelaksanaan dalam mana-mana intitusi, manusialah yang menjadi faktor utama. Untuk melahirkan generasi yang cintakan Rasulullah dan generasi yang dicintai.


Generasi yang dilahirkan tersebut yang dinamakan kelompok Ikhwan oleh Rasul. Mereka ini bayangan sahabat, malah hati mereka seperti sahabat. Beza mereka dengan sahabat ialah sahabat itu mereka yang beriman dan bertemu dengan Nabi saw, manakala Ikhwan beriman dengan Nabi saw namun tak pernah bertemu Baginda saw dan mereka tidak sezaman dengan Rasulullah saw. Kelompok Ikhwan ini membina diri mereka, memimpin diri mereka dan membentuk hati mereka dengan menjaga dan memperjuangkan Iman. Oleh kerana Iman itu tak boleh nampak, ia sentiasa dalam pengawasan dan jagaan. Ia perlukan mujahadah.


Namun ada satu istilah Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah SAW khusus sebagai gelaran kepada pejuang-pejuang Islam akhir zaman.
Mereka bukan sekadar orang-orang beriman (mukmin) biasa, tetapi pilihan dari kalangan mukmin. Perkataan Ikhwan adalah dari bahasa Arab: أخ - اخوان yang bermakna saudara. Makna 'saudara' itu luas,  bukan hanya kerana ikatan adik-beradik atau anak-anak dari satu ibubapa. Ikhwan juga boleh bermakna saudara kerana ikatan agama.
Dalam Al-Quran disebutkan: 

" Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara" 
(Al-Hujuraat: 10).

Mereka bersaudara kerana keimanannya. Persaudaraan Ikhwan itu ibarat seibu dan sebapa. Cita-cita mereka adalah satu. Cara hidup dan pakaian mereka adalah satu. Kehendak mereka sangat kuat. Kalaulah gunung yang nak dipindahkan, nescaya mereka mampu memindahkan dari tempatnya. Begitulah Ikhwan yang digambarkan dari atsar (ucapan) Sayyidina Ali dan itulah ciri-ciri yang Rasulullah SAW sampaikan. 


Mereka  mempunyai cara berperasaan yang satu, cara berfikir dan bertindak pun selari, samada dengan pemimpin atau sesama pengikut. Apabila mereka diarahkan, terus sahaja faham, kerana fikiran dan perasaan mereka sama. Mereka melihat atau menilai sesuatu perkara itu dengan kayu ukur yang sama sebab itu hasil penglihatan dan penilaian mereka sama. Seringkali arahan itu tanpa perlu bercakap, kerana perasaan, keinginan dan cita-cita mereka dengan pemimpin sentiasa selari. Kalau mereka bertemu atau berkumpul bukan untuk berunding menyamakan pendapat tetapi untuk mengisytihar sahaja tindakan yang memang telah dipersetujui sebelum bertemu. Jauh sekali dari berbalah atau bergaduh kerana berbeda pendapat. 


Bagaimana Ikhwan itu boleh jadi selaras fikiran, perasaan dan tindakannya? Ini kerana roh, yakni raja dalam diri mereka itu sama. Bagaimana roh boleh sama sedangkan jasad mereka terpisah satu sama lain? Inilah keajaiban roh. Roh adalah unsur dalam diri manusia yang boleh berhubung satu sama lain walaupun jasad orang itu tidak bertemu. Untuk lebih mudah faham mari kita lihat teknologi atau sistem telefon selular. Cara kerja sistem telefon selular ialah microchip dalam simkad telefon boleh berhubung dengan satelite dan satelite menghubungkannya dengan microchip di simkad telefon yang lain. Dengan sistem kerja itu, maka kita menghantar dan menerima maklumat dari telefon kita kepada telefon orang lain, samada dalam bentuk tulisan, percakapan dan gambar.


Teknologi roh Ikhwan jauh lebih canggih dari sistem telefon selular itu. Roh seorang Ikhwan dapat berhubung dengan roh ikhwan yang lain tanpa sebarang media lahir. Sedangkan teknologi telefon selular sangat bergantung kepada media lahir seperti microchips, satelite, pemancar, ibusawat, operator dan sebagainya. Kelajuan teknologi telefon selular juga sangat dipengaruhi oleh alam seperti bentuk muka bumi, cuaca dan jarak. Sedangkan kelajuan teknologi roh bebas dari pengaruh alam tersebut. 


Roh ikhwan dapat menghubungi roh pemimpin dan sesama pengikut sekelip mata sahaja.Bagi kebangkitan Islam kali kedua team tunggaknya adalah jemaah tariqat yang benar. Mereka sangat berkongsi dengan sikap Sayidina Uwaeis Al-Qarni. Dia tak termasuk Sahabat kerana jasadnya tak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW. Tapi, tengoklah bagaimana selari perasaannya dengan Rasulullah SAW. Begitulah ajaibnya roh, dapat merasa walau tak bertemu. Roh dapat memahami walau mulut tak bercakap. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...