Langkau ke kandungan utama

GILIRAN MELAYU MENERAJUI EMPAYER.

MELAYU MENERAJUI EMPAYAR MELALUI ISLAM.


Sekarang mari kita lihat sinarai pemerintahan yang telah mendapat giliran menguasai dunia dari kalangan kerajaan Islam. Kebanyakkan pemerintahan mereka juga meliputi Timur dan Barat. Kepimpinan empayar dunia berpindah ke tangan tamadun bangsa Arab Islam dimulakan oleh Rasulullah SAW.di Madinah. Tamadun ini ditunjangi ilmu dan iman merupakan gabungan pembangunan rohani dan material. 


Sebagai umat Islam kita perlu mengetahui sejarah kita sendiri yang ada hubungkait dengan kebangkitan Islam kali kedua. Agar setiap masa dan zaman yang dilalui oleh umat Islam seluruh dunia itu dapat diketahui dan dapat dinilai serta bagaimana sikap dan pendirian yang sepatutnya dilakukan. Agar umat Islam dapat menyelamatkan diri  di zamannya masing-masing, serta dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang telah berlaku dan berlalu.


1. Empayar Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW. dan para sahabat telah berjaya mencipta sejarah besar menawan tiga perempat dunia. Mereka disegani dan dihormati kawan dan lawan.Zaman Rasulullah SAW hingga wafatnya. Ini dikatakan zaman kemuncak dan kegemilangan tamadun insaniah. Zaman perpaduan dan kasih sayang ( ukhwah ) yang luar biasa. Zaman setiap orang memberi khidmat kepada manusia. Walaupun daerahnya belum luas dan belum maju.


Era kebangkitan pertama, pegangan mereka sepenuh hati bahwa mereka dibantu, tentera-tentera mereka akan menang dan ini adalah janji Allah, sedangkan Allah sekali kali tidak akan memungkiri janjiNya.  Sandaran mereka hanya Al-Quran dan As-Sunnah. Rasulullah menyebut empayar Islam yang berjalan selama tiga ratus tahun pertama adalah sebaik-baik kurun.  Penguasaan empayar Islam ketika itu menjangkau seluruh Jazirah Arab, Rome dan Farsi  serta segala jajahan takluknya di Asia Barat, Afrika Utara, india hinggalah kebumi Cina dan Alam Nusantara.

2.  Selepas pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah, penguasaan Islam diteruskan melalui Khulafaur Rasyidin.

3. Pemerintahan Islam diteruskan lagi melalui empayar Umayyah, pengasasnya ialah Muawiah anak lelaki Abu Sufian.  Tokoh bani umayyah yang terkenal ialah Umar ibnu Aziz Mujaddid yang pertama. Didalam pemerintahan Muawiah Islam sampai ke bumi Eropah.

4. Penguasaan pemerintahan Islam menjangkau usia 750 tahun di Eropah yang dikenali sebagai kerajaan Islam Andalusia kini dikenali dengan Sepanyol.  Tokohnya ialah Toriq bin Ziad dan Musa bin Nusair.Empayarnya meliputi Sepanyol, Selatan Perancis, Portugal, Mediterranian, Asia Barat, dan Afrika Utara.

5. Sesudah Umayyah, diganti dengan golongan Abasiah pula mengambil alih pemerintahan Empayar Islam, yang berpusat di Damsyik Syria.

6. Empayar Monggol bermula daripada kawasan pergunungan Tibet di asaskan oleh bangsa Tartar dan rajanya ialah Kublai Khan.  Asalnya bukan beragama Islam, mereka telah berjaya menawan seluruh tanah jajahan Islam termasuklah Baghdad.  Selepas dua tahun kejatuhan Kota Baghdad, Kerajaan Monggol kemudian bertukar kepada agama anak jajahannya iaitu Islam di bawah pemerintahan Kerajaan Monggol terus menerajui empayar Islam.

7.  Pemerintahan Islam diteruskan melalui bangsa Kurdis. Tokohnya yang dikenali ialah Salahuddin Al-Ayyubi.  Empayar Kurdis telah berjaya menawan kembali Palestin dan Baitul Maqdis yang telah jatuh ketangan kristian sebelum ini.  Ketika itu berdepan dengan panglima Kristian yang dikenali sebagai Richard the Lion Heart.

8. Penguasaan empayar Islam diteruskan dibawah Empayar Usmaniah.  Dibawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh Turki muncul sebagai kuasa baru Islam di Timur dan empayar Usmaniah berjaya bertahan hingga perang dunia pertama.  Antara negara jajahannya meliputi negara-negara Balkan, Anatolia dan Kepulauan Cyprus.


Selepas itu umat Islam lalai, cinta dunia dan takut mati disebut ( wahan ) oleh Rasulullah iaitu CINTA DUNIA dan TAKUT MATI.  Barat pula menerajui kepimpinan dunia ini.  Barat sedang dikumancak kejayaan dan kekuasaan, sementara Timur berada dalam kemunduran dan kelemahan. 


Realitinya di Barat material telah menguasai pemikiran, tindak tanduk dan kehidupan.  Kebebasan, pergaulan bebas, kerusakkan dan keruntuhan moral dan akhlak telah sampai ketahap yang begitu rendah seperti rumput yang dipijak pijak dan haiwan-haiwan yang tidak bertamadun.  Menurut sunnatullah Tamadun tidak mungkin berterusan tanpa akhlak dan akhlak tidak mungkin subur berpengaruh kecuali dibawah lindungan iman.


Kita dan dunia keseluruhannya telah menyaksikan bagaimana runtuhnya kuasa dunia kedua iaitu Soviet Union secara mendadak hilang dalam peta dunia tanpa sebarang tanda amaran sekalipun ia memiliki senjata, loji nuklear yang besar, senjata yang canggih dan kekuatan tentera serta teknologi tinggi.  Ini kerana kemusnahan dan keruntuhan adalah dari dalam bukan dari luar dan dari moral bukannya material.  Barat yang keseorangan sekarang yang memiliki kekuatan dan pengaruh di pentas dunia bukanlah lebih baik dari saingannya.  Menurut Abuya, barat seperti singa tua di dalam bukunya, Barat Di Ambang Maut.


Faktor masa amat penting, yang menjadi pendorong kepada penulis menyediakan artikel ini. Hal ini perlu dan sesuai dihidangkan kepada masyarakat ketika ini, dimana kini adalah ERA KEBANGKITAN ISLAM KALI KE DUA, dipenghujung AWAL KURUN dan didalam suasana semua pihak sedang memfokuskan Islam Hadhari dan Islam wasatiah yang menjadi slogan yang bergema di Malaysia.


Bersesuain dengan kesedaran masyarakat dan kerajaan yang sedang berkuasa. Malaysia dan cita cita rakyatnya hendak mengeksport Islam Wasatiah keseluruh dunia terutama negara negara dalam OIC. Hingga ada tokoh Islam di Arab Saudi iaitu Syeikh Fahad Asy- Syammari yang rapat dan ada kaitan dengan keluarga diraja Saudi di Riyadh menyatakan "Kemajan barat ada di Malaysia tetapi Islam di Malaysia tidak ada di Barat". Kata katanya memotivasikan kita di Malaysia.

Maksud Firman Tuhan: "....Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu" (Al-Araf:129)."

Dalam ayat yang lain maksud Firman Tuhan: " hendaklah kamu berbuat maka Allah, Rasul dan orang orang mukmin yang sezaman akan menjadi saksi".

Maksud Firman: " Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At-Taubah:105).


Dari maksud ayat-ayat ini Allah perintahkan kita berbuat dan berusaha.  Berusaha untuk mendapat kejayaan dalam Islam, ialah kita mengusahakan yang lahir atau kekuatan lahiriah ialah sepuluh peratus manakala mengusahakan taqwa ialah sembilan puluh peratus.  Sebenarnya usaha taqwa ialah seseorang itu atau kelompok orang itu berjaya dalam mendapat reda, cinta dan kasih sayang Allah serta menegakkan peraturan peraturan dan hukum hakam Allah dalam berbagai aspek kehidupan manusia.


Kejayaan ini tidak hanya diukur dari kemampuan monopoli kuasa politik, mengalahkan musuh, menguasai ekonomi atau memiliki atau kekuatan lainnya.  Jika orang orang Islam berjaya dalam usahanya mendapat keampunan Tuhan, reda, cinta, dan kasih sayang dalam menegakkan hukum hakam dan peraturan-peraturan Allah, inilah usaha yang berjaya atau kejayaan hakiki.  Semakin banyak hukum hakam dan peraturan Allah yang dapat ditegakkan, semakin berjayalah usaha mereka.


Pada sisi lain para pejuang Islam dinilai telah gagal bila mereka telah gagal bila mereka tidak berjaya menegakkan hukum hakam Allah didalam diri mereka dahulu, walaupun mereka telah dapat kuasa pemerintahan, menguasai ilmu pengetahuan dan berbagai kekuatan lainnya.

Berita gembira dari Al-Quran yang lain sebagaimana maksud Firman Tuhan:

" Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Al-Anbiya:105).


Berdasarkan janji janji Tuhan mengenai pergiliran kekuasaan pemerintahan didunia dan sejarah penguasaan empayar dunia seperti yang disenaraikan diatas maka ternyata  bangsa yang belum lagi mendapat gilirannya ialah bangsa Melayu. Sekarang umat Melayu menjangkau 250 juta orang.  Bilangan umat Islam yang terbesar didunia. Bangsa bangsa lain pernah menempa sejarah atas nama Islam, seperti bangsa Arab, bangsa Eropah, bangsa Mongol, bangsa Kurdis dan bangsa Turki. 


Untuk menempa sejarah sebagaimana bangsa bangsa sebelum ini berjaya, maka kita bangsa Melayu perlu mengulangi sejarah kejayaan mereka.  Rasulullah menawan hati manusia dengan akhlak. Hadapi manusia dengan ilmu saikologi dan berbahas dengan hikmah. Baiki diri menghiasi hati dengan mahmudah.  Rasulullah tidak suruh orang lain tegakkan Islam, tapi Baginda dan para sahabat tegakkan sendiri dalam kehidupan mereka.  Bila manusia melihat Islam indah dan yang diamalkan itu cantik, maka berduyun duyunlah mereka masuk dalam jemaah Rasulullah.  


Hal ini berterusan dan berkembang hinggalah umat Islam menguasai tiga perempat dunia dengan menjadi tuan didunia.  Untuk Islam bangkit kembali buat kali yang kedua, ia perlukan kaedah yang sama.  Mereka menjadikan Iman dan Taqwa sebagai asas kekuatan yang utama.  Kita memerlukan orang orang seperti Khalid bin Walid, atau sekurang kurangnya seperti Solahuddin Al Ayyubi. Mereka menjadi abid dimalam hari dan menjadi pejuang bak singa disiang harinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...