Langkau ke kandungan utama

HIKMAH ANGKA GANJIL.

BERKAT PERPADUAN


Angka 711 Islamnya Eropah bermula dari umat Islam.Selat Gibralta hinggalah ke Selatan Peranchis selama 700 tahun. Negara-negara di bawah payung Empayer Islam eropah, Sepanyol, Portugal, Gibralta (Britain) dan Selatan Perancis. Islam berkembang kesana secara dakwah dan kasih sayang. Bahkan diperingkat awal pendakwah dan pejuang Islam dari Afrika Utara diundang oleh mereka untuk mendamaikan rakyat dalam huru hara sesama sendiri. 25 Rasul yang wajib di ketahui oleh umat Islam. Bilangan Ulul Azmi dikalangan rasul ada 5 orang. Angka 313 bilangan tentera Badar.


Institusi beraja pelindung, penyatu rakyat

Oleh Datuk Ong Guan Sai
bhnews@bh.com.my

Tanggal 13 Disember 2016, adalah tarikh yang memahat detik bersejarah untuk rakyat Malaysia apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, mengambil alih giliran bersemayam di atas takhta Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15, iaitu giliran kedua bagi Sultan Kelantan. Institusi beraja secara keseluruhannya adalah satu penerusan pensejarahan Tanah Melayu atau warisan yang sudah lama wujud sebelum kedatangan penjajah Barat. Bagi menyelamat keadaan pemencilan taat setia rakyat kepada Raja-Raja akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah dan tumpuan kesetiaan rakyat yang hanya dicurahkan kepada Raja atau Sultan setiap negeri, maka institusi Yang di-Pertuan Agong, iaitu permuafakatan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, dicipta.


Simbolik perpaduan
Justeru, institusi ini dianggap sebagai 'unik dan asli'. Sesuai dengan komposisi penduduk yang kepelbagaian dari segi etnik, kebudayaan, agama serta geografi, Perlembagaan Persekutuan mencipta Yang di-Pertuan Agong sebagai 'simbol perpaduan' dalam kalangan rakyat negara ini tanpa mengira sempadan bangsa, keturunan atau asal usul, mahupun dari daerah atau wilayah mana. Dalam konteks ini, cuma Raja-Raja Melayu yang memilih ketua utama negara, manakala rakyat jelata pula yang memilih ketua kerajaan, kedua-duanya melalui proses pengundian secara demokratik. 
( Oleh Datuk Ong Guan Sai )
bhnews@bh.com.my


Institusi Raja adalah lambang kedaulatan negara

Mohd Ayob Abd Razid
bhrencana@bh.com.my
Kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mempertahankan institusi Raja di negara ini adalah satu kenyataan yang wajar.
Kenyataan itu dibuat berikutan wujudnya penghinaan terhadap institusi Raja yang semakin berleluasa kini. Kenyataan itu juga bertepatan dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai tampuk tertinggi ATM seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 41).


Kesetiaan anggota ATM terhadap Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja kerana kedudukan baginda sebagai Ketua Negara tetapi juga sebagai Ketua Angkatan Tentera yang menuntut anggota tentera mempertahankan maruah dan kehormatan baginda.Ini mengambil kira syor Suruhanjaya Reid bagi melahirkan satu kepentingan bersama dengan memberi tumpuan ketaatsetiaan berpusat dan menerima Raja-Raja Melayu sebagai objek penyatupadu melalui institusi Yang di-Pertuan Agong. Terhasil konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, dengan itu bermakna satu takhta baharu diwujudkan, iaitu tempat bersemayamnya Yang di-Pertuan Agong. Jawatan ini mempunyai dua unsur penting iaitu diwarisi dan dilantik. Jawatan Sultan di setiap negeri diwarisi secara turun temurun.


Istiadat pertabalan Agong julang sistem Raja Berpelembagaan
Oleh Rhoma Ahmad Razali dan Siti Baaqiah Mamat
KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang bakal berlangsung dengan penuh adat istiadat Raja-raja Melayu pada 24 April ini akan mengangkat darjat institusi Yang di-Pertuan Agong ke tahap yang lebih tinggi dan sekali gus mencerminkan sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara ini terus dijulang.


Selepas melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember lalu, pada 24 April ini iaitu bersamaan dengan hari kebesaran Islam Israk dan Mikraj, Sultan Muhammad V akan ditabalkan sebagai ketua utama negara pada satu acara gilang gemilang mengikut warisan Kesultanan Melayu.
Berikut adalah temu ramah eksklusif Bernama bersama Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Bahagian Istiadat, Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini yang berkongsi kepentingan istiadat pertabalan itu kepada negara dan persiapannya.


SULTAN Muhammad V. - Foto ihsan Unit Media Pejabat Sultan Kelantan

Soalan: Sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April ini, setakat mana persiapan yang telah dilakukan oleh pihak Istana Negara?

Azuan Effendy: Untuk istiadat kali ini kita telah membuat persiapan sejak lima atau enam bulan yang lalu dan sehingga ke hari ini pun kita masih lagi mengadakan persiapan. Ia bukan hanya dari segi logistik, tetapi juga dari segi aturan istiadat dan kerja-kerja mencantikkan bangunan Istana Negara di mana kita melakukan sedikit pemulihan. Kita perkemaskan apa-apa yang tidak sesuai termasuk menukar langsir dan permaidani. Istiadat pertabalan ini bagi saya adalah satu acara kebesaran yang utama dalam negara yang kita amalkan mengikut turutan pusingan, sekali pada setiap lima tahun. Sama juga seperti kita meraikan hari kebesaran seperti Hari Raya Aidilfitri, kita akan membeli baju baharu, menukar langsir dan permaidani dan kita memastikan rumah kita bersih. Jadi dalam soal istiadat pertabalan ini tidak jauh bezanya dengan sambutan Hari Raya. Cuma istiadat pertabalan ini kita melihatnya dalam konteks berbeza, dalam konteks kenegaraan.


Kalau Hari Raya itu hari kebesaran umat Islam dan persiapan itu dilakukan di peringkat keluarga kita, istiadat pertabalan ini ialah hari kebesaran negara dan tentulah persiapan itu dibuat di peringkat kerajaan dan negara dan banyak persiapan rapi yang perlu dibuat. Selalu saya tekankan kepada rakan-rakan di Istana Negara dan petugas-petugas lain yang terlibat bahawa siapa pun kita dan apa pun tugas kita, kita adalah orang yang penting dalam setiap istiadat pertabalan. Kalaupun tugas kita ialah mengecat dinding Istana Negara, kita juga memainkan peranan yang penting kerana kalau dinding itu tidak dicat tentulah ia mencacatkan pemandangan tetamu yang hadir ke Istana Negara untuk istiadat pertabalan.


Kebenaran itu adalah satu nikmat. Tidak ada orang yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni. Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, etnik, agama, amat perlukannya sebab ia indah, senang , menyenangkan, tenang dan menenangkan. Jadi kebenaran yang hebat itu menjadi keperluan bersama manusia.


Kebenaran yang dimaksudkan ialah:
• Kasih sayang
• Keadilan
• Perikemanusiaan yang amat tinggi
• Rasa bersama dan bekerjasama
• Kesatuan dan perpaduan
• Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur
• Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan
• Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia
• Memikirkan kepentingan orang lain
• Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian.
Orang yang pernah dapat kebenaran dan tarbiah dari jemaah Islam dan kemudian tidak menghargainya, maka Allah tarik kembali hidayah yang penah diberikan itu kepadanya. Dalam Islam menghormati orang lebih tua atau di tua-tuakan dan menyayangi yang lebih kecil atau kedudukan mereka yang rendah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...