Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA PAYUNG KEMANUSIAN.



Rohingya bukan haiwan - TPM
MANILA: Malaysia membuat kenyataan tegas dan berani mengenai isu Rohingya pada mesyuarat khas menteri ASEAN di Hotel Conrad Manila, hari ini. Kenyataan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menyebabkan bilik mesyuarat dihadiri ketua delegasi senyap seketika.Ahmad Zahid mempersoalkan tindakan Myanmar yang tidak membenarkan bantuan kemanusiaan daripasa organisasi antarabangsa dan tindakan kejam pasukan keselamatan negara itu. "Pasukan keselamatan Myanmar membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan. "Etnik Rohingya adalah manusia dan bukannya haiwan," katanya.


Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan Myanmar walaupun terdapat perbezaan pendapat, krisis di Rakhine perlu ditangani mengikut piawaian antarabangsa jika negara itu benar-benar mengamalkan demokrasi. Menteri ASEAN berkumpul di Manila ketika ini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) . ( Daripada Badrul Hizar Ab Jabar: bhizar@bh.com.my


Malaysia telah buktikan pada dunia sebagai payung kemanusian. Contoh pendirian tegas Malaysia terhadap isu "Kemanusian Rohingya". Dalam isu Rohingya, Malaysia negara kehadapan bertindak supaya dunia mencari jalan penyelesaian terhadap penghapusan etnik yang berlaku di Myanmar.


PAYUNG BARAT SEMAKIN KUNCUP.
Barat masih terus ditimpa dengan bermacam-macam bencana dan masalah seperti krisis politik, kejatuhan ekonomi, pelbagai penyakit masyarakat dan bencana alam, yang semuanya itu menambah dan memburukkan keadaan, serta menjadikan super power itu bertambah tenat. Mereka ibarat singa tua yang sedang nazak. Mereka sudah hilang kuasa mereka, bukan kerana perang dengan orang Islam tetapi kerana 'perang' sesama mereka sendiri! Britain sudah tak mampu menjadi hamba Eropah, hakikatnya selama ini bersatu untuk menghancurkan Islam namun kini hancur daripada dalam. Bermusuh dengan Allah dan orang-orangNya ibarat memakan racun, dirosakkan dari dalam dan mati perlahan-lahan. Kini racun itu telah memberikan kesan.


Bab.Gopoh.
Salah satu tabiat semula jadi manusia adalah gopoh. Firman Allah dalam Al Qur’an: “Dijadikan manusia sangat gopoh”. Biasanya yang gopoh itu adalah kerana hati yang tidak tenang, gelisah, atau ada ujian. Ujian ini untuk mendidik dan mendisiplinkan diri agar menjadi manusia yang tenang. Ujian golongan rendah misalnya miskin, orang benci, orang hina dll. Sedangkan ujian golongan atas misalnya : tak dilantik lagi menjadi menteri, rebutan jabatan, rugi dalam perniagaan dll.


Bila sifat semula jadi ini (gopoh) tidak dididik, tidak dikikis dari manusia, maka akan berkembang, berbuah dan berakar umbi sehingga akhirnya mendarah daging dalam diri manusia itu.. Bila sudah mendarah daging, maka akan sangat sulit membuangnya, walau orang itu sadar bahwa sifat itu menyusahkannya. Kita harus minta bantuan Allah untuk membuang sifat gopoh ini. 


Kita kena sungguh-sungguh berjuang menghapus sifat gopoh. Dari kecil sesungguhnya manusia perlu didikan guru untuk mengikisnya. Bila dari kecil dah dikikis mudah untuk membuangnya. Ibarat mencabut sebatang pokok, tentu akan mudah mencabutnya sewaktu pokok itu masih kecil, dibanding dengan pokok yang sudah sangat besar dengan akar yang kokoh.


Bahaya-bahaya sifat gopoh :
1.Sifat gopoh akan menorong orang untuk mudah mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir, sehingga sering tersalah. Dalam hadist diebutkan : Barang siapa yang percaya pada Allah dan Rasulnya, hendaklah menjaga mulut atau diam.
2.Dalam perbualan, sifat gopoh ini mudah saja memotong                    
cakap orang lain. Sehingga ramai orang tersinggung dan        
akhirnya menimbulkan perpecahan hati.

3.Gopoh dalam membuat keputusan tanpa berfikir dan      
berunding dengan orang yang dipercaya, akan 
banyak membuat keputusan salah yang akhirnya 
menimbulkan penyesalan.
4.Sifat gopoh membuat orang mudah menuduh/menghukum, sehingga banyak yang terfitnah,walhal fitnah lebih kejam dari membunuh. Teraniayalah orang itu.
5.Mudah memukul, menyerang dan membunuh orang,       
sehingga terjadilah kerosakan dalam masyarakat, 
dendam mendendam, mudah marah. Masing-masing 
bawa klik. Sehingga terjadilah kerosakan 
yang lebih besar.
6.Sifat gopoh, dari kegopohannya kita dapat rasa malu. Malu          
menghilangkan maruah, wibawa dan keyakinan 
orang pada kita.
7.Sifat gopoh mudah membawa orang ke sifat cepat          
merajuk, cepat jemu, mudah putus asa. 
Padahal Allah berfirman : Janganlah kamu 
berputus asa atas RahmatKu. Putus asa dapat 
membawa kepada kekafiran.
8.Dengan sifat gopoh makin tidak tenang hidupnya, sering             
tersalah, tersilap, selalu terlajak, tersasul.
9.Orang lain tidak suka berkawan dengannya, karena ia     
dapat mendadak marah tanpa munasabah.
10.Sifat gopoh mendorong orang untuk buat kerja tanpa        
mengkaji. Mudah meninggalkan kerja,  lebih-lebih kerja berat. Maka terbengkalailah pekerjaan itu.
11.Melulu dalam bertindak, mudah menjadikan musuh   
sebagai kawan atau kawan menjadi musuh. 
Tindakannya sembrono, tidak disiplin, tersusun dan  teratur.
12.Mudah menukar prinsip, mudah berubah pikiran dan  m       
bertukar sikap, sehingga susah  hendak berpegang 
dengan pendirian. Dalam perjuangan ia mudah memukul kawan
13.Sifat gopoh akan membawa pada penyesalan.
14.Sifat gopoh membawa kepada akhlak buruk yang dibenci    
Allah dan Rasul.
15.Sifat gopoh mendorong untuk menolak kebenaran yang   
dibawa tanpa dikaji dan dianalisa.
16.Sifat gopoh membawa orang menjadi tidak sabar bila diuji 
dengan nikmat atau ujian.


Bab 2 : Punca dan Sumber Sifat Gopoh
Punca atau sumber sifat gopoh adalah :
1.   Tuhan menciptakan sifat ini lahir pada diri manusia semula jadi bersamaan dengan lahirnya jasad manusia.
2.   Di dorong oleh sifat ego/sombong, samada disadari atau tidak. Ego juga merupakan sifat semula jadi.
3.   Kurang sifat mahmudah akibat kurang ilmu tentang hal-hal yang berkaitan dengan hati, kurang tarbiah dan pimpinan.
4.   Mempunyai ilmu ttg hati, tapi lemah mujahadah karena lemah iman
5.   Di dorong oleh sifat tamak/rakus, jiwa lemah. Kadangkala pakar akidah atau tauhidpun tak dapat baiki sifat ini.


Bab 3 : Contoh Sifat Gopoh (Dalam Keadaan miskin dan senang)Sifat gopoh dapat menjadikan manusia melulu dan tidak berdisiplin. Manusia akan gopoh bila menghadapi 2 keadaan :
1. Gopoh waktu mendapat kesenangan/kemudahan hidup
Waktu senang dan ada duit, sifat gopoh menjadikan manusia hilang pertimbangan. Beli apa saja benda yang tidak berfaedah yang diinginkan oleh nafsu. Nampak sungguh sperti orang tamak atau tak siuman. Rumah dijadikan macam muzium tempat mengoleksi berbagai benda. Pembaziran terjadi di mana-mana. Kesenangannya tak dapat dikongsi oleh orang lain.
2. Gopoh ketika dapat kesusahan/kemalangan
Bertindak dengan melulu. Keluh kesah sangat ketara, muka tidak ceria. Cerita sana-sini. Tidak bisa jumpa orang tanpa cerita. Cerita tentang masalahnya, sampai orang menjadi bosan. Belum lagi nak bayar utang yang melilit pinggang. Setengah-setengahnya berobat dengan berbagai cara yang dilarang syariat. Tuhan tidak ada dalam jiwa mereka. Hilang disiplin diri, sehingga mereka tampak melulu.
Gopoh samada dalam keadaan miskin ataupun kaya merupakan dosa besar, yang kalau kita tidak sungguh-sungguh mengikisnya dapat menyeret kita ke dalam neraka.


Bab 4 : Bagaimana Nak Ubah Sifat Gopoh
Penyakit gopoh itu karena jiwa tidak tenang, karena ego tidak paham masalah-masalah hati. Gopoh  jadi subur karena hati kosong dari pada penghayatan tauhid/aqidah. Boleh juga karena ilmu agama tak ada. Lebih-lebih bila imanpun tak ada. Akibatnya maka timbullah jiwa yang tidak tenang. Karena itu untuk obati penyakit gopoh tenangkanlah jiwa dan hati.


Malaysia sedang kembangkan payung kemanusiaannya dan Barat sedang menguncup payungnya. Payung Barat yang menguncup sedang disaksikan oleh masyarakat dunia.
Sekarang masyarakat dunia sedang menyaksikan bagaimana kemusnahan dan keruntuhan total yang berlaku kepada Barat. Dengan kejadian tersebut dunia kembali mengingati panduan dan buah fikiran yang pernah dilontarkan oleh Abuya melalui buku dan ceramah yang pernah dikongsikan. Dunia kembali mencari jalan penyelesaian, jalan keluar daripada masalah dunia, yang hakikatnya dibuat oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Terpaksalah samada suka atau terpaksa, manusia kembali kepada panduan yang Allah SWT berikan kepada Rasul-Nya melalui Al-Quran dan Al-Hadis.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...