Umat Islam pernah berada di era kegemilangan. Ianya telah menjadi bukti sejarah. Kegemilangan umat ketika itu bukan sahaja berjaya menguasai dunia tetapi juga turut melalui tempoh yang panjang iaitu 700 tahun atau tujuh abad. Zaman kegemilangan umat Islam adalah di atas kehendak dan pertolongan Allah SWT kerana mereka memiliki ciri-ciri peribadi agung.Peribadi-peribadi agung itu sangat dipandang oleh Allah SWT hingga layak memperolehi naungan Allah SWT,
Umat yang memiliki ciri peribadi agung itu hingga bangsa-bangsa lain seronok bernaung di bawah mereka.
Martabat dan maruah umat itu diangkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab atau secara tidak sengaja melainkan kerana mereka amat berpegang dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba Allah. Sifat dan rasa kehambaan mereka amat kuat sehingga memusnahkan segala sifat mazmumah dan sifat keji. Bahawa mereka juga benar-benar menghayati rasa berTuhan. Rasa bertuhan umat yang gemilang itu amat kuat sehingga memusnahkan segala sifat mazmumah dan sifat keji. Ketahuilah mereka itu benar-benar merasai di dalam kekuasaan Allah SWT. Taqwa mereka sangat tinggi dan syariat mereka sangat dijaga dalam semua aspek. Mereka sangat takut dan cemas berhadapan dengan akhirat lantaran itu mereka takut untuk berbuat dosa.
Gereja-gereja yang ada ketika itu bertukar menjadi masjid. Kerana setelah Islam berkembang di Andalusia solat atau sembahyang adalah program utama umat Islam. Tidak cukup gereja-gereja yang ada bertukar menjadi masjid, dibina pula masjid-masjid untuk menampung keperluan umat Islam yang meriah hidup mereka dengan mengagungkan Tuhan. Solat yang mereka lakukan benar-benar dihayati lahir dan batin dan membuahkan peribadi yang agung, iaitu lahir satu bangsa yang kuat dan berdaulat. Bukan sahaja berdaulat tetapi boleh mencatur dunia dengan ajaran Tuhan hingga bukan umat Islam dapat manfaat tetapi orang bukan Islam pun dapat manfaat di dunia ini. Kalau begitu ajaran Islam ini sangat indah dan hebat, selamat dan menyelamatkan. Selama ini kita lakukan solat sekadar cukupkan syarat dan rukunnya sahaja.
Hasil solat yang tepat dan dijiwai atau ada roh akan menjadikan diri umat Islam sangat memberikan manfaat kepada umat Islam dan orang bukan Islam di atas muka bumi ini. Hasil solat yang agung juga dapat bangunkan satu bangsa yang berkasih sayang, yang bersatu padu, yang boleh rasa bersama, bekerjasama, boleh berdaulat dan menjadi empayar. Islam yang menaungi dunia. Ini dapat dilihat pada peribadi-peribadi yang menjadi tokoh panglima penting membawa Islam yang akhirnya dapat berdaulat di bumi Eropah. Seperti tokoh panglima Tariq bin Ziyad bagaiamana ukhwah dan kerjasama yang berlaku antara beliau dengan Musa bin Nusair. Semasa kebangkitan Islam pertama, negeri Andalusia adalah sebuah kenangan yang selalu menjadi ingatan. Kenangan tentang betapa umat Islam pernah menguasai sebuah wilayah di benua Eropah selama kurang lebih 700 tahun.
Islam gemilang di Eropah 7 abad lamanya. Sebuah tempoh waktu yang cukup lama. Hasil taqwa mereka dapat dilihat pada perpaduan dan kerjasama mereka yang meneroka Eropah ketika itu. Sementara Tariq telah memperoleh kemenangan pada 711M menawan Spanyol. Pasukan Musa dapat menaklukan kota-kota Medina, Sidonia, Karmonia, Seville, Merida, pasukan Musa kemudian bergabung dengan Tariq di Toledo. Pada tahun 712M Panglima Tariq bin Ziyad bergabung dengan Musa bin Nusair menuju ke Utara menaklukan wilayah Aragon, Castille, Galicia, Sarrag dan lain-laiannya.
Ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Andalusia, negeri indah dan eksotik, tunduk dalam pemerintahan Islam. Kekhalifahan Islam dan dinasti-dinasti umat islam berhasil mengubah wilayah di daratan Eropah itu menjadi simbol kegemilangan peradaban dan kekuatan umat Islam. Umat Islam mengisinya dengan tinta emas kejayaan dan keunggulan peradaban. Ketika wilayah Andalusia, yang ketika ini terletak di Spanyol dan sebagian kecil Portugal. Al Quran pernah bergema di bumi Eropah. Al Quran menjadi bahan bacaan yang difahami dan direalisasikan oleh mereka dalam kehidupan.
Benua Eropah pernah menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa penghubung.
Pelabuhan Malaga di Spanyol berasal daripada bahasa Arab iaitu dalam bahasa Arab di sebut Malqa ertinya tempat pertemuan. Benua Asia di kenali dengan pelabuhan Melaka juga berasal dari bahasa Arab. Istana di Spanyol juga dari bahasa Arab iaitu Al Hara' ertinya kemerahan. Landscape "jannatul Arif" ( جنة العريف ) ertinya taman Syurga. Gibralta berasal dari bahasa Arab, Jabal Thoriq ertinya bukit Tariq. Berada di sempadan benua Afrika dengan benua Eropah. Ia mengambil sempena nama panglima Islam iaitu Tariq bin Ziyad. Pada 29 april 711 M (92 H), pasukan Tariq bin Ziyad mendarat di Gibtalta. Jabal Tariq yang artinya Bukit Tariq sempena namanya. Setelah pendaratan, ia memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di depan anak buahnya untuk membangkitkan semangat roh perjuangan mereka:
أيّها الناس، أين المفر؟ البحر من ورائكم، والعدوّ أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر...
"Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."
Pasukan Tariq menyerbu wilayah Andalusia di musim panas tahun 711 berjaya meraih kemenangan yang menentukan atas kerajaan Visigoth, di mana rajanya, Roderick rajanya terbunuh pada tarikh 19 Julai 711 dalam pertempuran Guadalete. Setelah itu, Tariq menjadi Gabenor Wilayah Andalusia sebelum akhirnya dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah Walid 1. Andalusia adalah kemajuan tamadun Islam yang pernah di catitkan sejarah. Ia merangkumi beberapa negara moden sekarang iaitu Spanyol, Portugal, Itali, Perancis, Andorra, Georgia dan British (Gibralta). Pada kebangkitan Islam pertama ke semua negara yang di sinaraikan tersebut berada di bawah Islam.
Al-Andalus (Bahasa Arab: الأندلس al-andalus) bermaksud “kehijauan di penghujung musim panas” merupakan sebuah kerajaan Islam (711M-1492M) Spanyol Al-Ándalus; Bahasa Portugis Al-Andalus; Bahasa Catalonia Al-Àndalus), atau juga dikenali sebagai Iberia Moor, merupakan sebuah negeri Islam pada Zaman pertengahan yang merangkumi beberapa wilayah negeri-negeri Sepanyol/Sicily Portugal dan Perancis masa kini.
Asal usul negara Portugal, iaitu ketika rombongan tentera Islam sampai di satu kawasan ladang yang luas dan cantik mereka bercakap sesama mereka inilah ladang burtuqal dalam bahasa Arabnya (برتقال) ladang buah limau. Portugal memang hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar karena merekalah yang pertama-tama melakukan penjelajahan maritim ke pelbagai penjuru dunia. Para penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugal menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana. Jumlah penutur: sekitar 240 juta jiwa.
Di sisi Tuhan hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan-golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dari dua golongan ini tidak ada golongan lain yang di izinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini. Ini bermakna golongan orang Islam tidak akan jadi kuasa dunia. Golongan kafir termasuklah golongan yang menolak Allah bulat-bulat seperti Komunis dan golongan musyrik iaitu yang menyekutukan dan mensyirikkan Allah seperti Kristian, Yahudi, Majusi, penyembah berhala dan lain-lain lagi.
Golongan yang bertaqwa sudah tentulah mereka itu orang-orang Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak semestinya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.Allah sendiri tidak ada memberi apa-apa jaminan atau menjanjikan apa-apa pertolongan atau kemenangan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti maksud firman Tuhan:
Maksudnya: "Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
(Al-Jaathiyah 45:19)."
"Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
(Al-Ambiyaa' 21:105).
Orang Islam hanya tahu dan ada ilmu tentang Tuhan. Mereka sebenarnya belum betul-betul kenal Tuhan atau arif tentang Allah. Oleh itu, walaupun mereka percaya dan tidak menafikan kewujudan Allah, mereka tidak dapat merasakan kewujudan Allah itu di hati mereka, jauh sekali untuk merasakan bahawa Allah itu Maha Hebat, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Agung, Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Melihat, Maha Mendengar dan ain-lain lagi. Mereka juga tidak dapat merasakan yang diri mereka itu hakikatnya ialah hamba kepada Allah yang hina dina, berdosa, lemah, dhaif, tidak memiliki apa-apa, pengemis kepada Tuhan dan sebagai.
Ulasan
Catat Ulasan