Langkau ke kandungan utama

JIWA BELUM MERDEKA.

JIWA GELISAH BUKTI HATI BELUM MERDEKA.


"Erti kemerdekaan ialah hati dan fikiran bebas daripada terikat dengan dunia dan kebendaan lebih-lebih lagi bebas daripada sebarang ideologi.Hati dan fikiran semata-mata dengan Tuhan. Inilah dia kemerdekaan yang hakiki dan sejati."


Mereka yang ingin merdeka dari Tuhan itu adalah merdeka yang palsu dan menipu. Bila pautan hati dengan Tuhan, terasa luas, hati manusia terasa puas. Bila pautan hati berkait dengan dunia, ingin buat apa sahaja terasa terbatas walaupun kita ingin bebas.Tidak bebas dengan Tuhan itulah kebebasan disisi Tuhan. 


Manusia yang ingin bebas dari Tuhan inilah keterbatasan. Jiwa sentiasa tidak puas kerana dunia memang terbatas. Manusia ingin merdeka dan bebas, padahal kuasa mereka sangat terbatas. Walaupun dengan Tuhan tidak bebas, kuasa Tuhan tidak terbatas. Lahirnya tidak bebas tapi jiwanya bebas dan puas.


Merdeka dengan Tuhan nampaknya bebas, tapi terbatas jiwa tidak puas ertinya orang yang berfahaman sekular tersekat di dalam kemerdekaan. Orang yang berfaham Islam merdeka di dalam sekatan. Kemerdekaan orang sekular adalah kemerdekaan yang tertipu dan palsu. Manusia masih terbelenggu.


Mereka masih terbelenggu, kerana itulah jiwa mereka selalu gelisah bahkan ada yang kecewa. Orang mukmin nampaknya terbelenggu tapi jiwanya merdeka, puas dan bahagia. Mereka merdeka dari dunia dan manusia. Itulah hakikat kemerdekaan. Merdeka dari Tuhan itulah hakikatnya tidak ada kebebasan. 


Orang mukmin mempunyai kemerdekaan yang sejati sedangkan orang sekular adalah golongan yang terjajah yang hakiki. Carilah kemerdekaan, memang ia disuruh, bebaskanlah diri kita, memang ia diperintah agar kita boleh mencorak diri dengan identiti sendiri yang mengganggu dan menggugat tiada lagi.


Kemerdekaan itu banyak peringkatnya, bebas tanah air dari penjajah yang memperbodoh, bebas ekonomi dari kapitalis yang menindas, bebas undang-undang di dalam menegak keadilan. Dari seluruh kemerdekaan itu ada yang lebih utama bebaskanlah diri dari belenggu nafsu dan syaitan, kedua-duanya amat merbahaya kerana kerosakan dari pengaruh kedua-dua ini membawa kita ke Neraka.


Memerangi penjajah setakat kemerdekaan tanahair. Memerangi kapitalis, selalunya berakhir dengan penindasan. Kita berjuang menegakkan keadilan ada kesudahannya. Berjuang melawan nafsu dan syaitan selagi nyawa ada di badan. Banyak wira-wira kemerdekaan mampu mengalahkan penjajah. 


Dia dijulang sebagai wira-wira negara. Begitu juga  tidak kurang pejuang-pejuang ekonomi menumpas kapitalis lintah darat tetapi bila berhadapan dengan nafsu syaitan mereka kalah. Hakikatnya kebanyakannya masih tidak merdeka sepanjang hayatnya. Ertinya masih dijajah oleh SEKULARESME.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...