Langkau ke kandungan utama

PENDIDIKAN ISLAM BERMULA DARI KELUARGA.


SEJARAH PASTI BERULANG.



( membina keluarga Islam ).
Kebangkitan Islam adalah pasti. Kerana ia adalah janji Tuhan melalui lidah Nabi SAW. Ertinya "Sejarah pasti berulang". Ia adalah pasti, cuma siapakah yang mengulangi sejarah itu sahaja yang berbeza. Rasulullah SAW dan para sahabat telah berjaya melakar sejarah keunggulan umat. Hingga kini sejarah tersebut masih basah dalam ingatan pejuang-pejuang Islam. Namun baginda sendiri mengisyaratkan bahawa keunggulan umat itu bakal berlaku sekali lagi di akhir zaman. 


Petanda-petanda akhir zaman telah amat banyak berlaku hari ini. Sementara dicelah-celah petanda kemusnahan dunia ini terus berlaku, masih ada insan-insan yang mencintai Allah dan Rasul terus berjuang membina Islam sepertimana yang diperjuangkan Rasulullah dan para sahabatnya. Martabat dan maruah umat itu diangkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab atau secara tidak sengaja melainkan kerana umat Islam itu amat berpegang dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. 


Mujahadatunnafsi adalah wajib. Ia adalah satu usaha maknawi yang kita lakukan untuk mendapatkan iman. Allah menyebutkan iman terlebih dahulu daripada amal. Hal ini menunjukkan satu syarat, bahwa amalan yang dilandasi oleh iman sajalah yang akan dinilai oleh Allah SWT. Rasulullah juga mengingatkan hal ini dengan sabda baginda : “Allah tidak melihat kepada rupamu dan hartamu (gambaran lahir) tetapi Dia melihat hati kamu dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)


Orang-orang mukmin sentiasa mempertingkatkan iman mereka.
Iman adalah asas penting yang menjadi landasan tempat berdirinya sebuah pribadi mukmin. Jika kita ibaratkan manusia seperti sebatang pokok maka iman adalah akar tunjang untuk pokok tersebut. Jika manusia diibaratkan sebuah rumah, maka iman adalah tapak asas rumah itu. Melalui iman membantu mereka benar-benar berperanan sebagai hamba Allah. 


Orang mukmim terus menerus mempertingkatkan iman mereka.Maknanya, seseorang yang tidak memiliki iman tidak akan memiliki kekuatan untuk berhadapan dengan kehidupan. Dia pasti gagal. Sekalipun ada ciri-ciri keislaman yang terlihat melalui ibadah lahiriah, tetapi ibadah itu tidak akan berfungsi apa-apa ketika manusia yang tidak memiliki iman berhadapan dengan persoalan-persoalan hidup. 


Boleh jadi semakin banyak ibadah, justru semakin cepat gagalnya. Seperti halnya pohon yang tidak kuat berakar tunjang, semakin besar pohon itu maka semakin cepat tumbangnya. Atau ibarat rumah yang didirikan di atas lumpur, semakin besar rumah itu justru semakin cepat robohnya. Ketika datang ujian kecil pun, orang yang tidak memiliki iman sudah goyang. Apalagi ketika berhadapan dengan ujian-ujian yang besar.


Sudah tentu akan hanyut dan tenggelamlah dia. Sejarah telah membuktikan hal ini dalam berbagai kisah. Salah satunya adalah kisah seorang ahli ibadah bernama Barsisa yang terkenal dengan ibadahnya yang luar biasa, memiliki banyak pengikut tetapi di akhir hayatnya meninggal dalam keadaan kafir karena ditipu oleh syaitan hanya dengan seteguk arak dan seorang wanita. Itulah yang dirakamkan oleh sejarah untuk dijadikan iktibar. 


Islam adalah amalan lahiriah, iman adalah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, amalan Islam pasti kuat. Tetapi kalau sekedar amalan Islam yang yang kuat, belum tentu imannya kuat. Hal ini harus diperhatikan. Jangan sampai kita menjadi orang yang kuat beramal saja tetapi lemah imannya. Sebaliknya, jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. Allah menjanjikan berbagai kemuliaan hanya bagi orang-orang yang beriman dan beramal. 


Kita juga membuat janji dan ikrar bahawa semua solat, ibadah, hidup dan mati kita hanya untuk Tuhan. Solat dan ibadah dipisahkan walhal solat pun ibadah juga. Itulah tandanya solat itu ibadah yang penting, utama dan pertama dari ibadah-ibadah yang lain sama ada yang wajib atau yang sunat. Kita bertungkus-lumus membuat semua ibadah. Hidup dan mati itu Pula merangkumi aktiviti yang tidak ditentukan.


Boleh jadi ianya perkara ibadah, boleh jadi tidak. Makan, rehat dan tidur boleh dijadikan ibadah ataupun tidak. Kita berikrar, perbuatan yang harus pun hendak kita jadikan ibadah. Jadi mana boleh rehat-rehat. Kita kena aktif, sentiasa bertenaga dan bergerak. Inilah dia perkara dalam solat yang membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak. Segala macam perkara yang jadi ibadah kita buat. Perkara yang harus pun kita jadikan ibadah. 


Maknanya solat itu membunuh kemalasan. Kalau sesuatu kelompok itu ibadahnya banyak, baca Quran banyak, wirid dan zikir banyak, kita kata mereka hebat. Itu sebenarnya satu salah tafsir. Kita sangka mereka baik sebab mereka tidak tegur orang dan hanya beriktikaf sahaja. Tapi mereka tidak rajin dan tidak berkhidmat kepada masyarakat. Orang yang hendak mengulangi sejarah adalah orang yang gigih berjuang. Mereka kuat ibadah hablumminal dan dalam masa yang sama mereka juga kuat ibadah hablumminannas. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...