Langkau ke kandungan utama

TURKI, CHEHYA DAN MALAYSIA MEMBENTERAS KEZALIMAN MYANMAR.

TURKI, CHEHYA BERSAMA MALAYSIA ISU ROHINGYA.


Ramzan Kadyrov adalah satu dari pemimpin negara yang keras mengecam pembunuhan terhadap Rohingya. Bahkan kepala negara Chechnya ini mengancam akan mengebom Myanmar dengan nuklir, jika dia punya senjata itu.Komentar ini disampaikan Kadyrov dalam pernyataannya akhir pekan lalu. Beberapa hari setelahnya, lebih dari 1 juta warga Chechnya gelar aksi dukung Rohingya di kota Grozny.Ratusan orang Rohingya tewas dan desa-desa mereka di Rakhine, Myanmar, dibakar dalam dua pekan terakhir. Ratusan ribu Rohingya kini mengungsi ke Bangladesh dalam keadaan serba kekurangan.Dalam pernyataannya, Kadyrov menyatakan menentang Rusia jika pemerintahan Vladimir Putin mendukung aksi kekerasan Myanmar terhadap Rohingya. "Jika Rusia ingin mendukung para bajingan ini melakukan kejahatan, maka posisi saya menentang Rusia, karena saya punya pandangan dan posisi sendiri," kata Kadyrov.


Berbagai aksi mengecam pembunuhan terhadap Rohingya oleh Myammar digelar di banyak negara, termasuk Indonesia. Aksi di Chechnya salah satu yang tidak boleh dilupakan, lebih dari satu juta orang turun ke jalan ibukota.Masyarakat Chechnya menggelar aksi dukung Rohingya pada Senin lalu (4/9) di depan masjid Jantung Chechnya di kota Grozny. Chechnya yang termasuk dalam negara Federasi Rusia memang penduduknya mejoreti Islam.Aksi tersebut tidak hanya diikuti oleh warga, tapi juga para pemimpin Chechnya, salah satunya Kepala Republik Chechen Ramzan Kadyrov, dan para ulama serta anggota parlemen. Teriakan takbir menggema dalam aksi tersebut, suara lantuan ayat Al-Quran juga dikumandangkan. Mereka bersama mengutuk kekerasan terhadap Rohingya dan menyerukan persatuan umat Islam di seluruh dunia.


"agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Ar-Ruum 30:30).


Fitrah semulajadi manusia juga suka kepada sifat-sifat mahmudah Seperti adil, pemurah, pemaaf, belas kasihan, pengasih, penyayang, rendah diri, tolong-menolong dan bantu membantu. Ia sangat bencikan sifat-sifat mazmumah seperti zalim,kejam, boros, bakhil, hasad dengki, riyak, ujub, sum'ah, pemarah, pendendam, takbur, angkuh, sombong, rasa diri mulia, dan seumpamanya. Fitrah semulajadi yang suci murni inilah yang membantu memimpin manusia kepada Tuhan dan kearah kebaikan. 


Namun begitu, apabila manusia dilahirkan kedunia, dia dipengaruhi oleh empat perkara yang sangat merosakkan fitrahnya iaitu manusia, dunia, nafsunya sendiri dan syaitan. Keempat-empat perkara ini menarik-narik dan mengajak manusia hala ke dunia hingga dunia menjadi matlamatnya dan Tuhan dilupakan. Ikrar yang dibuat di alam roh dilupakan begitu sahaja. Fitrah manusia yang sudah rosak ini, ikatannya dengan Tuhan sangat lemah. Tuhan, Akhirat, Syurga, dan Neraka tidak merangsang dan tidak menakutkannya lagi. Nafsunya sudah mengambil alih tempat fitrahnya. Dia hanya terangsang dengan hal-hal dunia., dengan mata benda dunia, dengan berfoya-foya dan dengan apa sahaja yang boleh memuaskan keinginan hawa nafsunya. Dunia jadi buruannya. Nafsunya menjadi raja dalam dirinya. Dia mengangkat nafsunya menjadi Tuhannya.


Apabila nafsu berebut-rebut, menekan-nekan dan menindas-menindas untuk mendapat dunia, maka tumbuhlah berbagai-bagai penyakit di dalam hati seperti tamak haloba, bakhil, boros, pemarah, pendendam, angkuh, sombong, riyak, hasad dengki, dan sebagainya. Sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati inilah menjadi punca manusia bergaduh dan berbalah, berpecah-belah, berkrisis, berkonfrantasi, berpuak-puak, melakukan jenayah, kezaliman, dan sebagainya.Akhirnya manusia hilang ketenangan, hilang kedamain dan hilang keharmonian. Manusia hidup dalam huru hara, kebimbangan, penuh cemas, dan ketakutan. Manusia hilang bahagia, menderita dan sengsara. Hidup seperti dalam Neraka.


Juga apabila manusia melupakan Tuhan dan sibuk memuaskan kehendak hawa nafsunya semata-mata dengan berbuat berbabai-bagai maksiat dan kemungkaran seperti berjudi, minum arak, berzina, mencuri, merompak, menipu, meninggalkan solat, puasa, dan sebagainya, maka dia sebenar-benarnya telah menentang dan melawan kehendak fitrah semula jadinya. Dia telah membuat perkara-perkara yang dibenci oleh hati nuraninya. Hakikatnya dia telah menentang dan melawan dirinya sendiri. Tidak akan tenang dan tidak akan akan bahagia orang yang menentang, melawan, berperang, dan berkrisis dengan dirinya sendiri. Dia akan sentiasa diburu keresahan dan kegelisahan. Ini seperti macam Neraka juga.


Kedua, manusia juga dipimpin oleh akal. Akal boleh mengumpul ilmu dan pengalaman. Dengan ilmu dan pengalaman, akal boleh menimbang mana yang buruk dan mana yang bai. Mana yang menguntungkan dan mana yang merugikan. Mana yang orang suka dan mana yang orang benci. Oleh itu, dengan akal, manusia boleh mencari jalan hala tuju kepada kebaikkan terutama yang ada kaitan dengan kehidupan lahiriah. Walaupun akal semata-mata tidak mampu mencungkil hakikat Tuhan yang sebenarnya, akal mampu menganalisis dan melihat akan kehebatan ciptaan Tuhan dan Justeru itu boleh merumuskan akan kewujudan Tuhan. Orang yang gunakan akalnya secara betul dan ikhlas akan dapat membuktikan akan kewujudan dan peranan Tuhan dalam kehidupannya, pada kewujudan dan peranan Tuhan dalam kehidupannya, pada kewujudan dirinya dan pada kewujudan alam ini. Akal juga dapat menilai mana kekejaman dan kezaliman dan mana keadilan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...