HIJRAH ITU PERJUANGAN.
( anak-anak murid Abuya di Serawak ).
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ ﴿٢١٨﴾
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Al Baqarah 2:218 ).
"Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari no 6484).
Hijrah itu perjuangan. Hijrah itu pengorbanan. Hijrah itu difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Allah jadikan ujian supaya manusia boleh berhijrah daripada perbuatan jahat kepada perbuatan baik. Begitu juga Tuhan jadikan mati itu sebagai peringatan, supaya manusia boleh berubah menjadi orang yang bersedia untuk ke Akhirat. Perpaduan dan persaudaraan dikalangan Muhajirin dan Ansor telah terbukti dan ianya telah disaksikan oleh sejarah. Begitulah yang telah berlaku di era kebangkitan Islam pertama.
Bagi kali ini juga adalah besar ia mesti mengulangi apa yang telah beraku dalam sejarah kebangkitan pertama.Mampukah kita berkongsi nikmat ketika Allah uji umat Islam yang lain memerlukan pertolongan kita.Jadi di sini Allah sendiri telah menyatakan kepada kita yang Allah menjadi mati dan hidup itu, ertinya Allah menjadikan dunia dan akhirat itu untuk menguji manusia, siapakah di antara manusia ini yang lebih baik amalannya, siapakah yang lebih bertaqwa dan sebagainya. Para sahabat Rasulullah SAW mereka berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah dan meninggalkan kampung halaman mereka.
Mereka itu digelar Muhajirin dan Para sahabat yang menerima mereka dan membantu mereka di gelar Ansor. Perpaduan dan persaudaraan yang berlaku kepada mereka atas ikatan agama dan satu keyakinan bersama-sama Rasulullah SAW.Mampukah dengan ujian itu merubah kita daripada memiliki hati yang kotor kepada hati yang bersih. Sebagaimana para sahabat Nabi SAW telah membuktikannya. Terbukti ikatan atas dasar keyakinan lebih kuat daripada ikatan fitrah.
Mampukah kita melepaskan diri dari ujian menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Jadi, oleh kerana kita ini sentiasa diuji oleh Allah SWT yang mana kadang kadang ujian itu kita sedar dan kadang kadang kita tidak sedar, kadang-kadang ujian itu ringan dan kadang-kadang berat, yang ujian ujian itu pula datangnya tidak menentu, maka itu kita yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak dapat lihat Allah datangkan itu kita tidak tahu bila masanya, berat atau ringan dan sebagainya,macam mana kita boleh hendak relek-relek. Bagaimana kita boleh manjakan diri kita.
Jadi,kita hidup di atas muka bumi Allah ini sentiasa akan diuji oleh Allah SWT. Mengapakah demikian caranya Allah hendak memberikan ujian kepada manusia ini? Sebabnya, apabila manusia ini diuji, barulah dia akan tahu bagaimana dia berhadapan dengan ujian ujian itu. Apakah dia sanggup memikulnya atau tidak. Apakah dia akan sabar atau tidak. Dan begitulah seterusnya. Mampukah kita mengambil ujian yang Tuhan datangkan untuk memproses sehingga menjadi orang yang bertaqwa.
Ulasan
Catat Ulasan