Langkau ke kandungan utama

MENJEJAK ULAMA SEJATI.

BERSAMA ULAMA TERKENAL DI PERINGKAT DUNIA 


"Jauh perjalanan luas pandangan." Itu antara kata pepatah Melayu.
Apabila kita mengimbau pengalaman Abuya menjelajah keseluruh pelusuk dunia, terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang kita perolihi.
Hujung tahun tujuh puluhan Abuya mengerjakan haji. Siapa pun mengerjakan haji berpeluang menziarahi tempat-tempat penting dalam sejarah. Di Haramain kita akan bertemu dengan manusia yang datang dari pelbagai benua dari pelusuk dunia. Juga mengingatkan kita kawan Abuya seorang tokoh yang dikenali diperingkat dunia.


Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili adalah salah seorang ulama Islam yang utama pada dasawarsa ini tanpa diragukan lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Mekkah al-Mukaramah. Dan diakui oleh seluruh para ulama dan pemuka agama di muka bumi.Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath (tradisional).


Mereka yang berkunjung ke Mekah berpeluang menziarahi ulama tersebut. Jemaah haji dan umrah akan berpeluang menziarahi; Gua Thur yang terletak di Jabal Thur, 4km di sebelah selatan Masjidil Haram. Ketika dalam perjalanan hijrah Nabi SAW dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di sini selama 3 hari. Sedangkan untuk ke Madinah Baginda SAW perlu ke utara Masjidil Haram. Ketika Sayidina Abu Bakar berkata: "Wahai Rasulullah jika salah seorang dari mereka mengangkat kakinya, pasti mereka melihat kita." Lalu Rasul menjawab: "Engkau kira kita hanya berdua saja, padahal kita bertiga bersama Allah". 


Pembantu Sayidina Abu Bakar membela kambing di sekitar bukit Thur dan memadam kesan-kesan tapak Rasulullah. Manakala Siti Asma Abu Bakar pula menghantar makanan dan berita tentang apakah yang di rancang oleh pembesar-pembesar Quraisy di Mekah. Begitulah berstrateginya Rasululah SAW dalam berjuang.Padang Arafah, tempat pertemuan kembali Adam dan Hawa selepas terpisah selama 40 tahun selepas diturunkan ke dunia. Di sini juga Jibril AS mengajar Nabi Ibrahim AS, tentang manasik haji. 


Arafah terletak di luar tanah haram, lebih kurang 22km di sebelah Tenggara Masjidil Haram. Di sini turunnya wahyu "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu sebagai agamamu." Di Arafah juga terdapat Jabal Rahmah. Para pengunjung berpeluang naik unta, sebagai mengenang dan merasai bagaimana Rasul SAW menunggang unta. Di zaman Rasul, ada seekor unta mengadu kepada Rasul dalam keadaan menangis, menceritakan kepada baginda bahawa dirinya dizalimi tuannya. Rasul SAW membeli unta tersebut. 


Ada syair yang menceritakan peristiwa ini dan syair ini kalau dibaca depan unta, insya Allah unta itu akan menangis. Inilah mukjizat Rasul SAW.Perjalanan kami seterusnya melalui sebuah kawasan bernama Muhassir, terletak di antara Muzdalifah dan Mina. Di tempat ini tentera bergajah Raja Abrahah dihukum Allah. Rasul SAW minta disegerakan perjalanan ketika melalui kawasan ini. Seterusnya melalui Muzdalifah, tempat mabit (bermalam) para jemaah haji. Di sini mereka dibolehkan mengambil batu-batu kerikil utk melontar di jumrah. 


Mina; maknanya tempat berkumpulnya manusia. Terletak antara Mekah dan Muzdalifah. Jaraknya dari Masjidil Haram sekitar 7km, di sebelah Timur Lautnya. Di sinilah berlakunya peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail dan baginda melontar batu pada syaitan yang menggangu. Di sini juga para jemaah haji melontar di jumrah (ula, wustha dan aqabah), tempat kaum Ansar melakukan baiah kepada Nabi yang dikenali sebagai Baiah Al Aqabah Al Ula dan Tsaniyah. Begitulah antara pengisian ketika berada di bumi suci ini. Menjejaki perjuangan dan kehidupan rasul dan para sahabat, menyalin peribadi-peribadi mereka untuk membenarkan janji Allah pada kebangkitan Islam kali kedua ini.


Ketika berkongsi pengalaman Abuya di Benua Afrika Utara akan teringat tokoh-tokoh yang meneroka dakwah Islam di Benua tersebut.
Seperti Tariq bin Ziyad, Uqbah bin Nafi', Musa bin Nusair dan lain-lain.
Mengingatkan kita juga tokoh pengembara dunia yang ulung seperti Ibnu Batutah dan ulama-ulama terkenal seperti ulama hadis kurun ini iaitu Syekh Sayyid Abdullah ibnu Muhammad ibnu Al-Siddiq Al-Ghumari Al-Hasani dilahirkan di Maghribi pada awal Rejab tahun 1328 Hijrah bersamaan 1910 Masihi.Beliau lahir daripada sebuah keluarga yang jaluran nasabnya sampai kepada Saidina Al-Hasan ibnu Ali dan Fatimah Al-Zahra binti Rasulullah SAW, yang kuat berpegang dengan agama, masyhur dengan ketakwaan dan keimanan.


Ayahnya, Sayyid Muhammad ibnu Al-Siddiq merupakan salah seorang ulama dan wali Allah yang masyhur pada zaman tersebut. Pulang ke rahmatullah pada Khamis 19 Syaaban 1413 Hijrah bersamaan 11 Februari 1993 Masihi pada usia mencecah 85 tahun. Beliau disemadikan di sisi ayahanda dan bondanya di Zawiyah Siddiqiyyah, Tanjah, Maghribi. Kaum muslimin berhimpun memberikan penghormatan dan menyembahyangkan jenazahnya di Masjid Besar Tanjah, Maghribi (المغرب) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. 


Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975. Ketika Abuya di Spanyol penduduk tempatan yang telah memelok agama Islam sudah menjangkau 10 ribu orang. Negara tersebut pernah menghapuskan orang yang beragama Islam sehingga tidak ada seorang pun yang beragama Islam. Kami banyak bergaul dengan mereka. Mereka lebih senang kami tinggal dengan mereka di markaz atau rumah tetamu yang disediakan. Daripada kami tinggal di hotel. Malaga, Granada, Andalusia, Gordoba, Valincia, Mursia, Merida, Toledo, Madrid dan lain-lain. Adalah wilayah-wilayah yang kita boleh kunjungi di Spanyol.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...