CHINA MEMERIAHKAN KEBANGKITAN ISLAM.
BEIJING: Malaysia menyuarakan keprihatinan terhadap penderitaan pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh kepada China agar turut sama menyalurkan bantuan kemanusiaan.Perkara itu diketengahkan ketika pertemuan empat mata di antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Parti Komunis China, Meng Jian Zhu, semalam.
Ahmad Zahid berkata, kedudukan China yang turut bersempadan dengan Myanmar diminta memainkan peranan lebih konstruktif dalam menangani isu kemanusiaan Rohingya yang semakin meruncing"Sehubungan itu, beliau (Meng) memaklumkan kerajaan China akan memberi sumbangan AS$10 juta kepada kerajaan Bangladesh untuk disalurkan kepada etnik Rohingya yang ditempatkan di kem sementara di Bangladesh," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke China, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau membangkitkan isu mengenai krisis kemanusiaan dan kesengsaraan etnik Rohingya di Wilayah Rakhine, Myanmar selari dengan desakan Malaysia agar isu penindasan Rohingya ditamatkan segera."Saya juga berbincang mengenai beberapa kaedah terbaik untuk memberi bantuan lebih berkesan yang tentunya memerlukan lagi langkah perundingan bersama ke arah itu," katanya. Mengikut laporan, operasi pengusiran oleh Myanmar telah meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah dan menyebabkan lebih 400,000 etnik Rohingya melarikan diri dari kediaman.
(Berita Harian).
Hubungan baik Malaysia dengan negara China mengulangi sejarah kebangkitan Islam kali pertama ketika itu China baik hubungan dengan kerajaan Islam. MALAYSIA MENJADI MODEL PERJUANGAN ISU KEMANUSIAN. Malaysia terus di ingati dan di kenang kerana keberkesanan Malaysia menangani isu keganasan. Tanpa menggunakan kekerasan tetapi masalah dapat di ungkai. Begitulah kesan negara yang mendapat berkat kebangkitan Islam di Timur.
Perkembangan terkini Malaysia di hujani dengan umat Islam dari negara Syam iaitu Syria dan Palestin. Mejoriti rakyat yang datang dapatkan perlindungan di Malaysia adalah mereka yang bepegang dengan ajaran Sunni. Mereka menjadi pelarian umat Islam yang terbesar iaitu pelarian dari Syria. Malaysia juga secara istiqamah membela umat Islam dari negara Palestin. Umat Islam di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Yahudi. Malaysia terus menjadi inspirasi untuk kebangkitan rakyat Palestin.
APAKAH PEMBANGUNAN INSAN?
Malaysia menjadi tempat perlindungan mereka yang dizalimi di negara masing-masing. Kalau sebelum ini pelarian dari Palestin, Syria dan terkini daripada Rohingya. Ertinya masyarakat perlu diberikan kekuatan insaniah supaya benar-benar dapat membahu bersama kerajaan berhubung membantu mereka yang mendapatkan bantuan dan perlindungan di Malaysia.
Pengisian roh Islam perlu di pertingkatkan sesuai dengan beban yang di pikul oleh umat Islam di negara ini. Pembangunan insan yang sebenarnya adalah memajukan rohaniah kita melalui penghayatan sembahyang, penghayatan Al-Quran dan menghiasi hati dengan sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah. Kesannya nanti, jadilah kita orang yang benar-benar bertaqwa.
Dengan taqwa ini sahaja, umat Islam mampu membangun dan berjaya. Kelemahan ketara bangsa melayu perlu diperhalusi daripada sekarang. Puncanya bukan kerana masalah lahir-lahir ini. Tapi puncanya kerana tidak mengusahakan taqwa. Tidak menjadikan taqwa itu sebagai pakaian kehidupan. Ayuh, bangsaku melayu, sudah tiba masanya untuk tidak terus tersilap langkah. Mulakan daripada saat ini untuk mengusahakan taqwa dan kelak anda akan dapati hasilnya bangsa anda akan menguasai bukan sahaja negara tetapi dunia.
Ulasan
Catat Ulasan