Langkau ke kandungan utama

KEMATIAN MENGINGATKAN HARI AKHIRAT .


ZIARAH KUBUR UNTUK AMBIL IKTIBAR.

( makam Sy. Abdul Samad Palembang ).


JENAZAH Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Jalan Langgar, Alor Setar Kedah ).



JENAZAH Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Jalan Langgar, Alor Setar, 4.30 petang, hari ini.Keranda jenazah Almarhum tiba dan dibawa masuk ke makam menggunakan pengusung diraja oleh pegawai Istana Anak Bukit. 
Hampir 2,000 orang yang terdiri daripada orang ramai serta kerabat diraja dan tetamu kenamaan menghadiri majlis pemakaman itu sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Almarhum yang mangkat di Istana anak Bukit, 2.30 petang semalam.Bacaan talkin dipimpin oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.Turut mengiringi jenazah Almarhum adalah Sultan dan Sultanah Kedah yang baru dimasyurkan hari ini,Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tengku Maliha Tengku Ariff.Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.Terdahulu, jenazah Almarhum selamat disiramkan dan disembahyangkan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.


Kubur mengingatkan kita tentang “mati” dan kita dianjurkan menziarahi kubur untuk mengingatkan kita kepada kematian dan juga perkara yang berlaku di alam barzakh serta hari kemudian nanti.
Dalil: Dari Buraidah bin al-Husayb ra, Rasulullah saw bersabda, “Aku pernah menghalang kamu dari menziarahi kubur. Sekarang, ziarahilah(kubur), kerana ia akan mengingatkan kamu akan hari kemudian….”[Hadis riwayat Muslim, an-Nasai dan lain-lain


Kematian adalah sesuatu yang pasti. Bukan saja yakin dengan kematian bahkan suka dan bersiap untuknya. Begitulah sifat orang mukmin. Kata Rasulullah kita akan menjadi lemah bila jika berpenyakit cinta dunia dan takut mati. Ertinya kita akan jadi kuat bila ingat mati menjadi kesukaan dan persiapan untuk-nya. 


Begitulah sifat orang mukmin. Buat persiapan untuk kematian. Tetapi suka akan kematian. Bukan saja sesuatu yang pasti tetapi ia menggembirakan. Bukan sesuatu yang menyusahkan dan menyiksakan. Kita akan jadi lemah bila takut mati. Ertinya umat Islam akan jadi kuat bila mengingati mati. 


Berusahalah membuat persiapan untuk mati. Mati sesuatu yang menghiburkan kerana kita akan pulang ke kampung halaman. Mati dilihat positif. Kita akan jadi lemah bila takut mati dan cinta dunia. 
Ertinya kita akan jadi kuat bila ingat mati dan suka Akhirat. Persiapan paling penting ialah bersiap untuk kematian. 


Mati itu pulang ke kampung asal yang menggembirakan bukan menyiksakan. Bagi yang masih hidup kita doakan supaya buat persiapan. Begitulah sifat orang mukmin suka kematian bukan takut kematian. Begitulah ajaran Tuhan. Persiapan paling penting adalah persiapan untuk mati. Didiklah dan berusahalah untuk persiapan mati. 


Manakala yang masih tinggal agar dipelihara oleh Allah agar sampai ke destinasi. Nahas bakal menimpa bagi yang masih hidup. Mati dilihat positif. Manakala yang masih tinggal moga hidup dipelihara oleh Tuhan moga selamat sampai ke destinasi. Kita hidup didunia ini ibarat musafir. Dalam musafir ada keperluan yang perlu disiapkan untuk mencapai ke destinasi yang diidamkan.


Tujuan atau matlamat kita adalah distinasi yang telah ditetapkan. Sepanjang perjalanan hanyalah tempat laluan menuju destinasi. Apabila melaui sungai kita berhenti hanya sekadar mengambil air untuk meneruskan perjalanan bukan membuat rumah dan beranak pinak disitu. Tuhan sendiri buat contoh dalam Al Quran kisah Tholut bersama tenteranya bertemu dengan sungai. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...