PERJUANGAN ROHANI ABUYA BERSAMA KONTRAVERSI.
Maksud hadis :
" Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". ( H.R. Hakim ).
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Umat Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
Maksud Hadis :
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
Empat puluh lima tahun masa yang diambil adalah untuk melengkapkan skrip kerjasama itu demi membuktikan bahawa atas nama Tuhan tiada yang mustahil untuk berlaku. Perjuangan abuya,keluarga dan jemaah akhirnya membesar bersama KONTRAVERSI. Sesuatu yang dihancurkan, hanya seperti musim luruh yang menggugurkan seluruh daun-daun untuk ditumbuhkan semula daun-daun baru. Sedangkan batangnya terus berdiri teguh. Bunga-bunga pun keluar bila tiba musimnya. Ertinya sistem keluarga besar dan jemaaah Islam yang bermodalkan taqwa, mengulangi apa yang berlaku kepada anak cucu Rasulullah Saw.
Daun-daun yang gugur dan ranting ranting yang patah adalah kesan dari ribut yang melanda. Namun sesudahnya, oleh sang pencipta skrip diputuskan bahawa rupa-rupanya mereka dilonggokkan di bumi untuk reput, hina menjadi baja untuk mengukuhkan lagi sistem pokok.
Ya, penentang-penentang yang mati-matian berjuang untuk memastikan keluarga dan jemaah Islam yang dibangunkan abuya berkubur rupanya ialah satu proses untuk mempopulerkan terus nama yang sepatutnya sudah dilupakan. Kegiatan mereka benar-benar membantu memanjangkan hayat populariti Abuya Asaari sehingga tak sempat dilupakan orang terus. Hanya untuk itu saja! Walhal ujian terus membesarkan keluarga Abuya dan jemaahnya .
Kes Abuya,keluarga dan jemaahnya telah mencatatkan rekod tersendiri di Malaysia, Endingnya keluarga Abuya dan jemaahnya turut sama membangunkan bangsa dan negara seperti yang diperintahkan agama. Rupa-rupanya rahsia kekuatan Abuya, ada kekuatan di balik tabir maddiyah ini yang berjalan di atas sistem roh yang jauh lebih baik dari akal yang selalu melepaskan Abuya,keluarga dan jemaahnya dari perangkap-perangkap akal yang dibuat ke atasnya.
Sungguh tidak terfikirlah oleh musuh musuh Islam, hari mereka memutuskan untuk menentang jemaah Abuya Ashaari Muhammad bahawa tok guru mereka itu akan menang. Sama sekali tidak! Walaupun sebelumnya Abuya Ashaari Muhammad boleh menguasai musuh-musuhnya, namun fikir mereka kali ini tidak mungkin, mustahil! Kerana kuasa yang menentangnya adalah Yahudi yang menguasai dunia pada hari ini. Kalau dah bergaduh dengan Yahudi, nak makan apa? Begitulah akal mengambil keputusannya. Sepuluh tahun jadi pendek sahaja, menyaksikan filem realiti yang jadi cukup suspen bilamana makin ke hujungnya.
Benarlah Kata kata Abuya dalam bukunya " Barat diambang maut ." Anuar Ibrahim mendapat sokongan Yahudi yang ikut terlibat dalam program menghancurkan Malaysia“ Anwar yang hancur, rupanya boneka Yahudi yang hancur. Ingatkan Abuya Ashaari Muhammad yang jatuh, rupanya betul Anwar yang jatuh.” Dan berkatalah juga tentunya Anuar Ibrahim “ingatkan Ashaari yang terhina, rupanya kami yang kena bungkus.”
Ya, Abuya Ashaari Muhammad rupanya telah marah sangat kepada pembelot-pembelot perjuangan, lalu Allah izinkan apa yang didoakan demi keinsafan anak muridnya mereka akhirnya terhina sungguh, yang dikira tiada siapa lagi selepas ini yang berani untuk menghina Abuya Ashaari Muhammad ini.
Yang cukup menghairankan juga perihal kes perjuangan ini adalah terjadi di dalam menempuh ujian sehingga akhirnya ahli-ahlinya yang merupakan orang-orang penting boleh terpecah dua. Ada yang jadi benci sangat sampai tak boleh mengawal diri, lalu menentang Abuya Ashaari Muhammad semahu-mahunya. Ada yang bertambah yakin, tambah sayang hingga sanggup ambil apa sahaja risiko pun untuk membela Abuya Ashaari Muhammad.
Inilah watak kebenaran sebenarnya. Allah buatkan dinding pemisah (maknawi) yang dengannya terpisah sungguh antara yang hak dengan yang batil. Yang hak akan berkorban habis-habisan untuk menghidupkan sistem Tuhan. Yang batil pula akan bekerja keras untuk menentang sehingga tahulah orang bahawa mereka munafik rupanya.Depan lain dibelakang lain.Mulut lain dihati lain. Cakap Islam tapi menentang Islam. Berpura-pura tidak boleh dilakukan lagi, melainkan terpaksa menjadi realiti.
Ya Tuhan terima kasih kerana sudi mengulangi keajaiban yang luar biasa ini di zaman kami. Rasa bertuah sungguh kerana direzekikan untuk dapat menyaksikannya. Sistem roh kembali ke dunia setelah disimpan lama oleh Mu. Sejak kejatuhan umat Islam ke tangan “salib” 700 tahun yang silam.
Ulasan
Catat Ulasan