WANITA SOLEHAH
Wanita zaman para sahabat (salaffussoleh) jauh berbeza dengan wanita abad 20-an ini. Selain mempunyai aqidah yang kuat, tindakan serta sikap hidup mereka juga selaras dengan syari’at Islam. Mereka lebih mencintai akhirat daripada dunia, dan sangat taat, kepada ALLAH dan Rasul. Bagaimana mereka dididik sehingga lahir bidadari dan serikandi yang lebih mencintai akhirat daripada dunia, dan sangat taat, kepada ALLAH dan Rasul. Di zaman salafussoleh, anak-anak dididik dan diajar di rumah. Ibu bapa ketika itu alim dan berakhlak mulia. Mudah bagi mereka mendidik dan mengajar anak-anak mereka di rumah hingga menjadi alim dan berakhlak mulia seperti mereka juga. Maka lahirlah anak perempuan yang berperanan sebagai bidadari dan serikandi.
Firman Tuhan:
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
( An-Najmu:39 ).
Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati. Zuriat yang di tinggalkan adalah hasil usaha si mati sendiri semasa hidupnya. Jadi bagaimana pula ayat di atas dapat menjadi dalil yang membolehkan amalan baik anak itu sampai kepada si mati?
Persoalan ini terjawab dengan hadis sahih di bawah:
Sesungguhnya makanan yang paling baik untuk di makan oleh seseorang ialah hasil titik peluhnya sendiri. Dan sesungguhnya anak adalah sebahagian daripada hasil usaha kita sendiri.
[Hadith sahih-Al-Hakim, Imam At-Turmudzi, Imam Ahmad, Abu Daud An-Nasai]
Di dalam hadis yang lain:
Hadis Aisyah r.a:
Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar! Sahih Muslim
Selepas zaman salafussoleh iaitu sekitar tiga ratus tahun. Kebanyakan ibu bapa tidak sealim dahulu lagi. Mereka tidak mampu lagi mengajar dan mendidik anak anak di rumah. Justeru itu tugas tersebut diserahkan pada orang lain atau kalau mampu tetapi terpaksa menjalankan kerja lain untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Melihat kepada keadaan yang wujud di sekolah pada ketika ini, sukar bagi kita untuk membayangkan bagaimana pendidikan rohaniah atau akhlak boleh dilaksanakan di sekolah. Iklim dan suasana untuk mendidik tidak wujud di sekolah.
Kalau pelajaran ialah proses mengumpul ilmu di mana ada guru yang mengajar dan ada murid yang belajar dan matlamatnya supaya murid menjadi pandai dan berilmu, maka ini mudah dicapai dan sesuai dilaksakan di sekolah. Tetapi tarbiah yang matlamatnya ialah untuk mengenal Tuhan, membentuk akhlak yang baik dan peribadi yang luhur, memerlukan kepada pemahaman, penghayatan, penjiwaan dan pengalaman. Ia memerlukan bimbingan yang rapi dan berterusan.
Iklim dan suasana untuk mendidik tidak wujud di sekolah. Kalau pelajaran ialah proses mengumpul ilmu di mana ada guru yang mengajar dan ada murid yang belajar dan matlamatnya supaya murid menjadi pandai dan berilmu, maka ini mudah dicapai dan sesuai dilaksakan di sekolah. Tetapi tarbiah yang matlamatnya ialah untuk mengenal Tuhan, membentuk akhlak yang baik dan peribadi yang luhur, memerlukan kepada pemahaman, penghayatan, penjiwaan dan pengalaman. Ia memerlukan bimbingan yang rapi dan berterusan.
Atas dasar itu wanita-wanita zaman para sahabat (salafussoleh) lebih suka berkhidmat mencari keredhaan ALLAH daripada mencari keuntungan duniawi. Mereka sanggup mengurung diri di rumah, berkhidmat untuk suami dan anak-anak di samping menguatkan ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah Ta’ala. Bukan mereka tidak tahu atau tidak mampu bergelanggang di luar rumah tapi kerana ALLAH dan Rasul memerintahkan mereka senantiasa di rumah, maka mereka taat dan patuh. Mereka tidak berfikir panjang untuk mentaati ALLAH dan Rasul. Untung atau rugi dipulangkan saja kepada ALLAH.
Iman mendorong mereka mengutamakan kehendak ALLAH dan Rasul daripada kehendak-kehendak diri atau orang lain. Iman menjadikan mereka merasa bahawa berkhidmat kepada suami dan anak-anak itu lebih utama daripada berkhidmat kepada selainnya. Iman juga membuat mereka memandang pahala lebih mahal daripada harta dunia. Kalaulah seluruh tenaga dan kemampuan wanita diarahkan untuk tugas-tugas kemasyarakatan (di luar rumah), hingga tugas-tugas keibuan dan menjaga rumahtangga dijadikan tugas sampingan, untuk apa perkawinan digalakkan?
Apakah perkawinan hanya bermaksud untuk menghalalkan seks tanpa kepentingan apa-apa selain itu?
Barangkali bagi umat islam hari ini, jawapannya memang ya! Tapi tidak bagi masyarakat para sahabat (salafussoleh). Perkawinan bagi mereka bukan sekedar untuk melepaskan ketegangan nafsu tapi, lebih penting daripada itu, untuk menjunjung dan melaksanakan Sunnah Rasulullah SAW. Malah kemahuan seks itu sendiri hanya ‘alat’ dalam proses meramaikan umat di bumi ini. Jadi memikirkan perkawinan sekaligus memikirkan anak-anak dan keperluan mereka.
Selain itu lagi keperluan mereka iaitu kasih sayang, pendidikan, dan nasib mereka di dunia dan Akhirat. Tugas ini berat dan mesti dihadapi sungguh-sungguh dan penuh bijaksana. Inilah tugas ibu (wanita). Bukan tugas pembantu. ALLAH menggalakkan ibu bersungguh-sungguh dalam tugas menjaga dan mendidik anak-anak ini dengan menjanjikan pahala yang cukup besar. Berkawin juga bukan sekedar berkawan, sebaliknya membina dan menghubungkan ikatan rohani.
Memiliki Tuhan ertinya memiliki jiwa yang abadi untuk kebahagiaan di dunia dan Akhirat. Ini tidak mudah untuk dilaksanakan. Isteri punya kerja dan tugas yang banyak dan berat dalam hal ini. Sebab itu si isteri disuruh sepenuh masa dalam tugas-tugas sebagai isteri.
Dan pahala untuk tugas ini sama besarnya dengan pahala suami yang berjuang di luar rumah. Demikian pandangan Islam. Wanita zaman para sahabat iaitu (salafussoleh), kerana faham dan yakin dengan perintah ALLAH dan Rasul, gigih memperjuangkan tugas-tugas kewanitaan mereka. Mereka menentang keras gerakan membebaskan wanita (Women’s Lib) daripada tugas asal mereka itu. Mereka tidak ghairah kerja di luar kerana kalaupun dapat bayaran (upah) tinggi tapi itu tidak ada nilai di sisi ALLAH. Untuk apa dikorbankan hidup untuk sesuatu yang akan ditinggalkan malah yang akan membebani kehidupan di Akhirat?
Ulasan
Catat Ulasan