SISTEM DAJAL DAN IMAM MAHDI.
Perjuangan yang batil menyediakan tapak kedatangan Dajal. Segala sistem yang memisahkan manusia dengan Tuhan telah diperjuangkan dan sudah diperkenalkan kepada masyarakat dunia. Bahkan tanpa disedari umat Islam juga berjalan diatas sistem tersebut sama ada disedari atau tidak sedar. Fakta tersebut sangat jelas ada dikalangan umat Islam masih berbangga dengan sistem sekular iaitu satu sistem yang memisahkan kehidupan manusia dengan Penciptanya, Allah yang Maha berkuasa.
Jika kita melihat dan mencermati kondisi dunia sekarang dengan seksama. Beberapa dari kita beranggapan bahwa dunia sekarang sudah selayaknya untuk dikiamatkan. Kerosakan yang terjadi di dunia ini sudah meluas ke seluruh aspek kehidupan manusia. Mulai dari system pendidikan yang memisahkan kehidupan dunia dengan Tuhan hingga system ekonomi kapitalis yang sangat menyengsarakan. Belum lagi dari sisi kebudayaan yang memuja nafsu dan merosakkan generasi penerus bangsa.
Kebangkitan Islam di timur sekarang menyediakan tapak kedatangan pemimpin Islam bertaraf dunia. Ia didokong oleh kelompok team di terajui oleh kepimpinan yang di dokong oleh team pejuang yang menggabungkan kekuatan maddiah dan rohiah. Team pejuang yang mendokong kepimpinan tersebut seramai 313 orang. Setelah wujud kepimpinan bertaqwa dan pejuang seramai 313 orang tersebut yang mengulangi persiapan kebangkitan pertama dan menyalin keperibadian mereka ertinya menjadi team yang bertaqwa maka Tuhan lakukan kejayaan yang sama di era kebangkitan sekali lagi.
Mereka digelar dengan panggilan "ikhwan dan asoib".
Untuk memulakan membentuk generasi tersebut kita mulakan dari percaturan kelompok masyarakat paling kecil iaitu daripada sebuah keluarga. Gabungan masyarakat berkeluarga menjadi sebuah gabungan diperingkat negara dan gabungan negara-negara umat Islam berlakulah gabungan diperingkat dunia global.
Kita lebih menitik beratkan tentang motivasi Lebih menekankan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina rumahtangga sebagai pembinaan masyarakat dan negara, bahkan umat Islam seluruhnya. Sekaligus membawa melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh. Ia adalah persiapan sebuah empayer. Islam sekali lagi akan menerajui dunia.
Menurut ajaran Islam, dalam urusan dan persoalan apa pun faktor manusialah yang paling utama. Manusia adalah asset, manusia adalah pembuat dasar, manusia adalah penentu, manusia adalah pelaksana, manusia adalah pentadbir dan lain-lain. Sesuatu sistem dan pelaksanaan sangat bergantung kepada faktor manusia. Baik buruknya, maju mundur, positif negatif, kuat lemah, sempurna kurang sesuatu sistem dan pelaksanaan dalam mana-mana intitusi, manusialah yang menjadi faktor utama. Untuk melahirkan generasi yang cintakan Rasulullah dan generasi yang dicintai.
Generasi yang dilahirkan tersebut yang dinamakan kelompok Ikhwan oleh Rasul. Mereka ini bayangan sahabat, malah hati mereka seperti sahabat. Beza mereka dengan sahabat ialah sahabat itu mereka yang beriman dan bertemu dengan Nabi saw, manakala Ikhwan beriman dengan Nabi saw namun tak pernah bertemu Baginda saw dan mereka tidak sezaman dengan Rasulullah saw. Kelompok Ikhwan ini membina diri mereka, memimpin diri mereka dan membentuk hati mereka dengan menjaga dan memperjuangkan Iman. Oleh kerana Iman itu tak boleh nampak, ia sentiasa dalam pengawasan dan jagaan. Ia perlukan mujahadah.
Namun ada satu istilah Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah SAW khusus sebagai gelaran kepada pejuang-pejuang Islam akhir zaman.
Mereka bukan sekadar orang-orang beriman (mukmin) biasa, tetapi pilihan dari kalangan mukmin. Perkataan Ikhwan adalah dari bahasa Arab: أخ - اخوان yang bermakna saudara. Makna 'saudara' itu luas, bukan hanya kerana ikatan adik-beradik atau anak-anak dari satu ibubapa. Ikhwan juga boleh bermakna saudara kerana ikatan agama.
Dalam Al-Quran disebutkan:
" Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara"
(Al-Hujuraat: 10).
Mereka bersaudara kerana keimanannya. Persaudaraan Ikhwan itu ibarat seibu dan sebapa. Cita-cita mereka adalah satu. Cara hidup dan pakaian mereka adalah satu. Kehendak mereka sangat kuat. Kalaulah gunung yang nak dipindahkan, nescaya mereka mampu memindahkan dari tempatnya. Begitulah Ikhwan yang digambarkan dari atsar (ucapan) Sayyidina Ali dan itulah ciri-ciri yang Rasulullah SAW sampaikan.
Mereka mempunyai cara berperasaan yang satu, cara berfikir dan bertindak pun selari, samada dengan pemimpin atau sesama pengikut. Apabila mereka diarahkan, terus sahaja faham, kerana fikiran dan perasaan mereka sama. Mereka melihat atau menilai sesuatu perkara itu dengan kayu ukur yang sama sebab itu hasil penglihatan dan penilaian mereka sama. Seringkali arahan itu tanpa perlu bercakap, kerana perasaan, keinginan dan cita-cita mereka dengan pemimpin sentiasa selari. Kalau mereka bertemu atau berkumpul bukan untuk berunding menyamakan pendapat tetapi untuk mengisytihar sahaja tindakan yang memang telah dipersetujui sebelum bertemu. Jauh sekali dari berbalah atau bergaduh kerana berbeda pendapat.
Bagaimana Ikhwan itu boleh jadi selaras fikiran, perasaan dan tindakannya? Ini kerana roh, yakni raja dalam diri mereka itu sama. Bagaimana roh boleh sama sedangkan jasad mereka terpisah satu sama lain? Inilah keajaiban roh. Roh adalah unsur dalam diri manusia yang boleh berhubung satu sama lain walaupun jasad orang itu tidak bertemu. Untuk lebih mudah faham mari kita lihat teknologi atau sistem telefon selular. Cara kerja sistem telefon selular ialah microchip dalam simkad telefon boleh berhubung dengan satelite dan satelite menghubungkannya dengan microchip di simkad telefon yang lain. Dengan sistem kerja itu, maka kita menghantar dan menerima maklumat dari telefon kita kepada telefon orang lain, samada dalam bentuk tulisan, percakapan dan gambar.
Teknologi roh Ikhwan jauh lebih canggih dari sistem telefon selular itu. Roh seorang Ikhwan dapat berhubung dengan roh ikhwan yang lain tanpa sebarang media lahir. Sedangkan teknologi telefon selular sangat bergantung kepada media lahir seperti microchip, satelite, pemancar, ibusawat, operator dan sebagainya. Kelajuan teknologi telefon selular juga sangat dipengaruhi oleh alam seperti bentuk muka bumi, cuaca dan jarak. Sedangkan kelajuan teknologi roh bebas dari pengaruh alam tersebut.
Roh ikhwan dapat menghubungi roh pemimpin dan sesama pengikut sekelip mata sahaja.Bagi kebangkitan Islam kali kedua team tunggaknya adalah jemaah tariqat yang benar. Mereka sangat berkongsi dengan sikap Sayidina Uwaeis Al-Qarni. Dia tak termasuk Sahabat kerana jasadnya tak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW. Tapi, tengoklah bagaimana selari perasaannya dengan Rasulullah SAW. Begitulah ajaibnya roh, dapat merasa walau tak bertemu. Roh dapat memahami walau mulut tak bercakap
Ulasan
Catat Ulasan