Langkau ke kandungan utama

ISLAM AKAN MENANG DAN TAK AKAN KALAH LAGI!


Era teknologi banyak perkara kita dapat kemudahan. Seperti pemandu kenderaan terbantu perjalanannya apabila dia menggunakan kemudahan WEZE itu adalah bonus baginya. Begitu jugalah bagi kita berjuang di era kebangkitan Islam ada bonus yang Allah bagi. Ibarat seseorang yang  memandu kenderaan hari ini mudah. Kenderaan automatik, kalau kita tak tahu jalan boleh gunakan waze, cuma kita buat arahan bertulis destinasi yang hendak dituju dan setkan selepas itu dia akan buat arahan ke arah mana yang kita akan lalui. Begitulah  dengan adanya kemudahan teknologi sekarang. Jika mampu kita percepatkan perjalanan. Ini penting dalam perjalanan di dunia. Ia lebih-lebih lagi penting dalam hendak menuju destinasi Akhirat.


Sukar untuk kita sampai ke tempat yang dituju kalau kita tidak tahu arah dan jalannya. Lama lagi kita berjalan dan lagi lagi kita berjalan nescaya lagi jauh kita tersasar dari destinasi yang dituju. Oleh itu, dalam perjalanan, adalah baiknya kalau kita dapat berhenti seketika, melihat arah dari mana kita datang, menetapkan di mana kita sekarang dan mencari arah yang betul dan jalan sebenar untuk sampai ke destinasi yang kita tuju. Jika perlu, kita ubah haluan. 


Sudah sekian lama kita mengamalkan Islam, tetapi nampaknya semakin lama hidup kita semakin kucar-kacir. Masyarakat kita semakin lintang-pukang. Jenayah dan kemungkaran semakin merebak dan menjadi-jadi. Maksiat dan kelakuan sumbang berlaku di depan mata. Muda-mudi sudah tidak malu dan tidak bermoral lagi. Pemimpin kurang bertanggungjawab. Banyak masa dan tenaga digunakan bukan untuk rakyat tetapi untuk kepentingan diri dan untuk mengekalkan kuasa dan jawatan. 


Kasih sayang sudah hilang. Perpaduan sudah runtuh. Akhlak sudah punah-ranah. Apa sebab kita masih belum hancur, kita pun tidak tahu. Kalau ikut logiknya, sudah lama kita berperang sesama sendiri. Sudah lama kita berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Tetapi mungkin kita masih ada harapan. Mungkin Tuhan masih memberi kita peluang. Ini bermakna kita perlu buat perubahan. Kita perlu lihat kepada Islam kita. Adakah Islam kita ini ikut apa yang kita mahu atau ikut apa yang Tuhan dan Rasul mahu? 


Jelaslah bahawa Islam kita belum sampai ke tahap yang Tuhan dan Rasul mahu. Itu sebabnya kita diberi ingat dengan berbagai-bagai gejala, masalah dan kesusahan. Adakah kita mahu memahami dan mengambil iktibar. Adakah kita mahu menukar haluan dan membuat perubahan supaya kita kembali tertuju kepada Tuhan yang Maha Agung. Dalam amalan Islam kita sekarang nampaknya macam semuanya ada. Seperti semuanya lengkap. Namun ada perkara yan sangat ketara yang wujud di zaman Rasulullah dan para salafussoleh tetapi tidak ada dalam Islam kita hari ini. Iaitu persoalan taqwa. 


Baik ilmunya, penghayatan dan penjiwaannya. Kalaupun kita ada sebut taqwa sekali-sekala tetapi fahamannya jauh tersimpang dari maksud yang sebenar. Hakikatnya kita tidak ada taqwa. Walhal taqwalah sumber kekuatan umat Islam. Sebab taqwalah umat Islam dibantu, dibela dan dilindungi oleh Allah. Sebab taqwalah umat Islam diberi kejayaan dan kemenangan. Inilah modal yang tidak ada pada kita hari ini. Itu sebab kita lemah, berpecah belah dan tidak dibantu.Kita datang lagi ke tengah masyarakat untuk memperkatakan tentang taqwa. Memperkatakan tentang perkara yang telah hilang dari kita. Untuk mempromosikan taqwa sebagai modal.


Taqwa adalah modal supaya umat Islam boleh maju dan membangun. Untuk membina kekuatan jiwa dan rohani. Untuk memperkasakan diri, bangsa dan negara. Untuk mengungkai ikatan-ikatan dan belenggu yang mengikat dan menghalang kita selama ini. Supaya kita terlepas dan bebas dari segala ancaman, ugutan dan tekanan. Supaya kita benar-benar merdeka yakni terlepas dari ikatan makhluk dan terikat hanya dengan Tuhan. 


Yakinlah kita boleh jadi kuat, sekuat mana kita dapat hubungkan hati kita dengan Tuhan.Suasana hidup sekarang tidak bahagia, alangkah seksanya jika kita hidup berjiran jiran tidak bertegur sapa, bahkan curiga-mencurigai pula, di tempat bekerja tidak seia sekata, hasad dengki jadi budaya, prejudis satu sama lain, percaya-mempercayai hilang sesama manusia. Di dalam keluarga kasih sayang tiada, anak-anak dan isteri tidak mengikut kata suami sudah tidak ada wibawa, isteri tidak setia. Hidup di dalam masyarakat nafsi-nafsi, susah tanggung sendiri bertemu hanya terpaksa, bukan dari hati.


Sebab itu umat Islam fikiran tidak selari. Sekiranya tidak bergaul, kita tidak mungkin boleh hidup sendiri-sendiri. Bergaul pula, aduh sungguh terseksa, rasa bersama sudah tidak ada. Begitulah di dalam satu masyarakat manusia yang memburu dunia ukhwah tidak ada, Tuhan sudah dilupa, dunia adalah matlamat manusia. Sungguh sepi hidup begini di dunia hari ini tidak ada ceria, tidak ada gembira, tidak ada mesra. Sepi di dalam ramai, berserabut fikiran di waktu bersendirian kecuali orang yang beriman, rasa bertuhan hidup di hati terasa ramai sekalipun keseorangan atau waktu bersendiri. Rasa bertuhan yang menghidupkan hati itulah hiburan orang mukmin, hatinya sentiasa tenang sekalipun di dalam kesusahan susah lahirnya, batinnya tenang, begitulah hati orang mukmin, hiburannya di dalam hatinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...