DUNIA IBARAT LAUTAN.
Ada para hukamak yang mengibaratkan dunia ini sebagai satu lautan. Ramai manusia tenggelam di dalamnya dan jarang jarang yang dapat lepas sampai ke pulau yang di hadapannya. Celakalah bagi mereka yang tertipu dengan dunia ini. Jadi, punca kecelakaan yang menimpa manusia ialah penipuan dunia yang sifatnya sementara saja. Kerana sifatnnya sebagai seorang gadis cantik, maka ramailah manusia yang tertipu dengan kecantikan dunia ini.
Dan inilah yang dimaksudkan dengan penipuan sebagai salah satu dari punca kecelakaan akhirat.Kemudian, lagi satu punca kecelakaan akhirat ialah kelalaian.Kelalaian atau lalai yang dimaksudkan di sini pun terghalib dan terlalai. Akibatnya, kita lupa hendak membuat kerja kerja akhirat,kerana kita telah dimainkan oleh dunia, dibuai buai oleh dunia dan ditipu oleh dunia. Dalam kita terlalai oleh dunia hingga lupa hendak membuat kerja kerja akhirat atau kerja-kerja amal bakti.
Lalai dan lupa kepada Allah,malaikat maut pun tiba untuk mencabut nyawa kita. Masa itu, kelam-kabutlah kita. Keluh kesahlah kita. Malangnya, sudah tidak ada guna lagi kerana malaikat maut tidak akan menunggu walau sesaat.Semasa dia sehat-sehat sebelumnya bila kita ceritakan kepadanya tentang mati, kita ingatkan dia tentang akhirat, dia begitu marah sekali. Tetapi bila saat dia hendak mati itu, Allah akan bukakan hijab hingga dia nampak alam Akhirat.
Ketika hijab tersingkap yang melindunginya selama ini dari nampak alam akhirat. Bila dia ternampak alam akhirat yang begitu jauh sekai bezanya dengan alam dunia ini, dia akan terkejut dan tergamam sampai terbeliak biji matanya. Cuma, kita yang memandang orang yang hendak mati itu,tidaklah nampak bagaimana dia terkejut dan tergamam. Biji matanya terbeliak pun kita tidak nampak kerana segala yang berlaku itu adalah di alam kerohanian.
Terkejut pada diri orang yang hendak mati itu tidak sepertimana terkejut bagi orang di alam dunia yang mana kita boleh nampak dia melompat atau melatah. Firman Allah di dalam Al Quran, maksudnya: “Manusia, di waktu hidupnya dia adalah tidur.” Ertinya, manusia ini di waktu hidupnya dia sebenarnya tidur;ditidurkan oleh nikmat dunia. Apabila dia hendak mati, baru dia tersedar. Dia disedarkan oleh alam akhirat.
Dalam Al-Quran juga dikatakan, seorang yang hendak mati itu, apabila terbuka hijab matanya, hingga dia nampak alam akhirat,dia waktu itu, ia akan terkejut hingga terbeliak biji matanya. Sebabnya perbandingan antara dunia dengan akhirat itu adalah begitu jauh sekali. Di waktu hidup di dunia ini, kita rasa begitu susah hendak laksanakan perintah Allah,terlalu susah hendak tutup aurat kerana takut orang kata, takut orang pulaukan dan sebagainya, terlalu susah hendak berjuang dan berjihad kerana bila berjuang dan berjihad kerana bila berjuang dan berjihad habis terkorban harta.
Tetapi, di waktu hendak mati itu, Allah bukakan hijab hingga ternampak azab neraka, tempat dia hendak diterjunkan, kesusahan dan azab yang hendak dialami itu jauh sekali bezanya dengan kesusahan hendak melaksanakan perintah Tuhan di dunia. Di waktu itulah baru terbeliak biji matanya. Firman Allah, maksudnya: “Tajam matanya terbeliak.” Jadi azab dan kesusahan yang kita rasa dalam hendak melaksanakan perintah Allah seperti hendak bersembahyang, hendak berpuasa, hendak berkorban dan berjihad dan sebagainya, ianya tidak sesusah mana kalau dibandingkan dengan azab neraka.
Perbandingannya samalah seperti kita berhadapan dengan dua malapetaka dalam satu masa yang sama. Lipan berada sejengkal saja dari kaki kita. Tentunya, di waktu itu, kita sudah tidak pedulikan sangat lipan dekat kaki kita. Yang kita fikirkan ialah singa yang 10 depa di depan kita. Mungkin lipan dah menjalar di badan kita pun, kita tidak hiraukan kerana bahaya singa itu lebih menakutkan kita.
Begitulah ibaratnya kalau seorang itu sedar betapa penderitaan akhirat itu jauh benar perbandingannya dengan penderitaan dunia, maka tidak nampak di azabnya penderitaan dunia ini. Tidak nampak dia susahnya hendak bangun subuh bersembahyang, tidak nampak dia menderitanya hendak berpuasa, tidak nampak dia menderitanya hendak menutup aurat, ticlak nampak dia menderitanya jatuh miskin kerana berkorban dan begitulah seterusnya kerana hendak melaksanakan perintah Tuhan.
Sebabnya penderitaan akhirat itu sungguh menggerun dan mengerikan. Dan penderitaan dunia yang dihadapi, tidaklah sesusah mana sangat. Susah susah pun, mungkin sementara waktu saja. Susahnya hendak bersembahyang, mungkin di awal awal saja, lepas itu, jadi mudah.Kalau orang kata pun, takkan dia boleh mengata sepanjang masa. Kalau ada orang benci, orang yang suka dan sayang pada kita tetap ada juga.Tetapi, penderitaan akhirat tidak bersifat sementara.
Dengan sebab itulah, penderitaan akhirat ini hendaklah kita sedari benar-benar.Dan, kalau kita sedar betapa hebatnya penderitaan akhirat ini,penderitaan dunia ini tidak boleh menipu kita. Bagaimana susahnya clan deritanya penderitaan dunia ini, ia tetap tidak boleh mempengaruhi kita dan kita tetap boleh beribadah kepada Allah SWT.Tetapi, kalau kita tidak sedar betapa hebatnya penderitaan akhirat itu; kesusahan dunia ini akan terasa benar pada diri kita.
Hendak bangunkan sembahyang pun kita akan terasa susahnya. Hendak menutup aurat pun kita akan terasa payahnya. Hendak berkorban sedikitpun kita akan terasa susahnya. Orang fitnah kita sedikitpun kita dah mula risau dan gelisah. Akhimya tidak mahu langsung kita mengerjakan suruhan Tuhan. Maka, kita sudah ditipu oleh penderitaan dunia. Apakah boleh kita mengetahui sama ada kita tertipu atau tidak di dalam kehidupan kita ini?
Jawabnya, boleh. Kita boleh mengetahui sama ada diri kita ini tertipu atau tidak. Kalau mata hati kita ini tidak sedar bagaimana kita hendak memimpin diri kita, itu maknanya yang kita sudah tertipu. Tetapi kalau sekiranya seorang itu sentiasa sedar betapa dia amat dhaif,dia mesti beribadah sedar dia akan berhadapan dengan negeri akhirat, orang ini adalah orang yang tidak tertipu. Kemudian, kalau seorang itu, hatinya tidak terbuka untuk melihat kebenaran.
Hati tidak terbuka untuk beribadah kepada Allah, tidak langsung ingat yang satu hari nanti dia akan mati dan akan berhadapan dengan negeri akhirat, orang ini ialah orang yang tertipu. Orang ini kekal dalam kebutaan hatinya, buta hati untuk melihat kebenaran. Yang dia nampak hanya dunia semata-mata. Kalau sekiranya seorang itu, mata hatinya sudah buta hingga dia tidak nampak kebenaran dan tidak sedar yang dia mesti beribadah kepada ALLAH.
Agar dia terselamat dari penderitaan yang maha dahsyat di
akhirat, orang ini akhirnya akan menjadikan hawa nafsunya sebagai pemimpinnya dan dia akan menjadikan syaitan sebagai orang yang akan memberikan petunjuk hidupnya. Dan bila hawa nafsu dijadikan ikutan, seolah-olah hawa nafsu itulah yang menjadi Tuhannya, bukan Allah. Dan sebab itulah di dalam AIQuran Allah berfirman kepada orang-orang yang mengikut dorongan nafsunya sahaja.Sanngat menolak panggilan dari Tuhannya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah kamu tidak menyaksikan (Ya Muhammad), ada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan.” (Al Furqan: 43)
Demikianlah hakikat orang yang tertipu hingga tertutup pintu hatinya daripada melihat kebenaran. Akhirnya, nafsu dan syaitan menjadi petunjuk dan ikutannya hingga Allah mengatakan bahawa orang ini telah menjadikan nafsu sebagai Tuhannya. Dengan sebab itu, oleh kerana penipuan itu merupakan ibu segala kecelakaan dan punca segala penderitaan, maka patut sekali kita terangkan tentang jalan-jalan dimana segala penipuan itu boleh lalu.
Patut sekali kita ketahui macam mana penipuan itu boleh berlaku pada diri kita. Dan patut sekali kita ketahui, bentuk-bentuk penipuan yang banyak sekali berlaku. Mudah-mudahan dengan kita ketahui bagaimana penipuan boleh berlaku, pintu-pintu penipuan itu berlaku serta bentuk-bentuk penipuan itu, kita akan dapat memimpin diri kita agar selamat di akhirat dan terhindar dari kecelakaan dan penderitaan.
Ada pun, orang yang dapat mengenal pintu masuknya perkara perkara yang hendak merosakkan dirinya, itulah orang yang mendapat taufik daripada Allah SWT. Sebaliknya, orang yang tidak kenal perkara perkara yang boleh merosakkannya, perkara-perkara yang boleh menjahanamkan kehidupannya dan perkara-perkara yang boleh menghancurkan imannya, orang ini tidak mendapat taufik dari Allah SWT.
Dan orang yang dapat mengetahui perkara perkara yang akan merosakkan dirinya, dia akan mengawasinya dan dia akan sentiasa berjaga jaga. Tetapi kalau seorang itu tidak tahu perkara-perkara yang boleh merosakkannya, boleh jadi dia sudah sesat tetapi dia tidak sedar yang dia sesat. Dia sudah terjebak dengan kemungkaran tetapi dia tidak sedar. Orang ini, kalau dia mati, dia tidak sedar yang dia mati dalam kesesatan dan kederhakaan kepada Allah SWT.
Ulasan
Catat Ulasan