PERJUANGAN CINTA.
"Marilah kita menghidupkan perjuangan yang telah mati. Ayuh mari kita berjihad yang sudah dilupakan orang.Perjuangan dan jihad yang sangat diperlukan di setiap zaman. Apakah perjuangan itu?!
Iaitu memperjuangkan cintakan Tuhan dan menanam kasih sayang sesama insan." 60 tahun telah berlalu, hari ini kita melahirkan rasa cinta pada tanah tumpah darahku. Dengan berkata "Malaysia Merdeka" akan lahir sebuah cinta yang luar biasa. Cinta yang merubah kehidupan manusia. Cinta yang menyelamatkan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Maka umat Islam pun mulakan perjuangan 'cinta'nya itu. Malaysia wadah melahirkan cinta tersebut.
Cinta yang diperjuangkan umat Islam itu ialah cintakan Allah Rabbul Jalil. Cintakan Tuhan sekalian alam. Cinta yang tiada bertepi. Dari cinta kepada Allah ini akan lahirlah cinta dan kasih kepada makhluk. Antaranya cinta kepada agama, cinta kepada ilmu, cintakan ibubapa, cintakan kepada perjuangan, cintakan negara dan lain-lain cinta yang suci lagi tidak melanggar syariat. Tidak dinafikan Abuya sangat cintakan negaranya, tanah air tercinta. Malah cintakan tanah air sebahagian daripada iman. Nabi Muhammad SAW juga cintakan tanah tempat kelahirannya, iaitu Kota Makkah tercinta. Malah ia menjadi kecintaan semua manusia, berkat kecintaan baginda rasul kepadanya.
Tahun 2017 merupakan tahun yang negara kita Malaysia di kunjungi terutamanya pelancung-pelancung daripada Asia Tenggara kerana mengikuti sukan yang diadakan di Malaysia. Malaysia masih diselubungi dengan ujian kejadian kematian yang ada kaitan dengan pemerintah Korea Utara, kejadian bangkai pesawat MHI masih hangat dan sebagainya. Tanah air kita diuji dengan ujian yang tak pernah dilalui oleh mana-mana negara dalam dunia ini. Sudah tentu yang paling berat menanggung ujian ini pastinya PM negara kita, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Tidak dinafikan membuatkan hati rakyat Malaysia tak kira apa bangsa kembali kepada fitrah. Rasa lemah, rasa harap, dan macam-macam perasaan hamba yang lain. Tidak pernah diadakan majlis mendoakan negara secara besar-besaran melainkan ianya berlaku pada tahun 2017 di dataran Merdeka dengan di bentangkan kain putih untuk sembahyang beramai-ramai. Ya! Ianya bermula pada 2017dan kita doakan agar kebaikan ini dapat diteruskan demi mencari keberkatan dan pandangan Allah. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Dato Seri dan semua rakyat Malaysia dalam menghadapi ujian daripada-Nya ini.
'Di sini lahirnya sebuah cinta', tema merdeka ini bersifat umum. Tidak pula dinyatakan khusus cinta itu kepada negara, tetapi ibu bagi cinta ialah kecintaan kepada Allah dan seterusnya melahirkan rasa kasih dan sayang sesama makhluk. Abuya telah mengajarkan kepada kita bahawa Allah adalah cinta agung kita. Bahkan junjungan mulia kita juga sebelum wafatnya, ayat terakhir yang diucapkan baginda SAW ialah ingin bertemu Rafiqul A'la, Allah SWT. Inilah cinta teragung kita.
Barulah kita faham, perjuangan Abuya selama puluhan tahun ini bukan sekadar membawa janji Tuhan buat umat akhir zaman, tetapi lebih besar dari itu Abuya membawa minda tajdid untuk mendapatkan cinta teragung, Allah SWT. Sebab itulah Abuya selalu ingatkan kita tentang sembahyang dan sering kita diingatkan tentang solat. Kerana disitulah bermulanya cinta yang agung itu.
Ujian demi ujian Allah datangkan, semuanya untuk kembalikan manusia kepada cinta sebenar, cinta yang hakiki, cinta yang abadi, cinta yang agung. Itulah cinta kepada Allah SWT. Tidak didatangkan ujian melainkan untuk menghapuskan dosa atau tingkatkan darjat hamba-Nya atau keduanya. Kita pula diajar samada dalam ujian atau nikmat semuanya kembali kepada Allah. Kini 'Cinta Agung' telah berkumandang semula, menandakan hati manusia perlu kembali kepada cinta yang hakiki dan abadi. Cinta itu bermula di Malaysia dan akan berkembang ke seluruh dunia. Janji Allah itu pasti dan di sini lahirnya sebuah cinta!
Ulasan
Catat Ulasan