SEHATI SEJIWA LAHIR DARI FITRAH YANG MURNI.
SEHATI SEJIWA. Penetapan Negaraku Sehati Sejiwa sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 adalah bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai. Iaitu masyarakat yang menjadikan Tuhan sebagai neraca hidup. Rasa bertuhan adalah dari fitrah yang murni.
Masyarakat yang menyerahkan kepada Allah dalam mengatur hidup mereka. Mereka itulah yang menyahut baik tawaran Allah: "Jika penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. (Al A'raf 96). Masyarakat seperti inilah yang berjaya membentuk kerajaan Islam dalam negara yang cukup indah pernah berlaku di Madinah Munawwarah satu ketika dulu.
Keindahan itu dilakarkan di dalam Al Quran: "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah." (As Saba' 15). Ia pernah berlaku pada kebangkitan Islam pertama yang di pimpin oleh Rasulullah dan didokong oleh para sahabat di kalangan Muhajirin dan Ansar. Doa adalah senjata orang mukmin. Kita mohon pada Tuhan agar diberikan kepada umat Islam sehati sejiwa. Apabila umat Islam memilki SEHATI SEJIWA mudah untuk selaraskan perkara-perkara yang lahir.
SEHATI SEJIWA. Tema ini menjadi doa kita agar ianya menjadi kenyataan di era kebangkitan Islam sekali lagi. Melalui tema sehati sejiwa ini pernah menjadi kenyataan dan realiti dalam kehidupan umat Islam sewaktu kebangkitan pertama dahulu. Ketika di Madinah Rasulullah mengetuai masyarakat majmuk, yang terdiri daripada para sahabat, orang-orang Yahudi dan Kristian aman damai di bawah payung Islam. Kita yakin masyarakat majmuk yang ada di Malaysia akan mengulangi sejarah tersebut. Abuya telah persiapkan generasi sufi dengan berbekalkan jiwa yang kental dan berjiwa besar.
Abuya telah mendidik mereka dengan akhlak mulia. Abuya telah berjaya memindahkan cita-cita Islam dan semangat juang kedalam diri mereka. Semangat membela Islam telah tertanam kedalam jiwa mereka dan subur sepanjang masa. Mereka tidak dididik untuk berundur. Mereka tidak di momok-momokkan dengan risiko atau sebarang masalah hidup yang menghimpit. Jiwa mereka dididik merdeka dan hanya bergantung dengan Tuhan. Dengan kemerdekaan itu mereka berani berbuat apa saja demi memburu keredaan Allah.
"Orang yang berjiwa merdeka itu tiada terjejas oleh suasana kehidupan"-Syeikhul Arqam. Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan.
Pembinaan Putra Jaya merujuk pembangunan tinggalan empayar Islam di Turki dan Andalusia. Ketika kebangkitan Islam pertama sejarah menyaksikan hubungan baik negara China dengan negara-negara Islam di Timur Tengah. Hubungan baik tersebut akan berulang pada kebangkitan Islam kali kedua. Hubungan yang baik Khurasan, China dan Timur terus menyemarakkan bara Islam menjadi menyala dan terang benderang. Dengan lahirnya generasi yang membesarkan Tuhan dan mementingkan kehidupan yang berkat. Orang-orang yang seluruh hidupnya di serahkan kepada Allah di atur dan di catur.
Kerana matlamat hanya ada satu tiada pilihan. Orang yang hidup untuk Allah jauh beza cara hidupnya dengan orang yang hidup untuk dunia. Hasilnya pun berbeza. Orang yang hidup untuk dunia sedaya upaya, baik atau buruk, hidup atau mati mesti mendapatkan dunia itu sama ada kuasa, kekayaan atau lain-lain. Kalau tidak dapat dia akan kecewa atau membuat masalah. Kalau dapat pula dia menjadi sombong, bermegah dan bimbang akan kehilangannya.
Ulasan
Catat Ulasan