( Berbuka puasa di Dataran Merdeka ).
Agama Islam yang kita akui dan yang kita warisi itu sebenarnya cantik dan indah. Kedatangan Rasulullah SAW adalah rahmatan lil alamin karena membawa peraturan hidup yang disebut agama Islam (Ad Din Al Islam). Jika agama Islam ini benar-benar difahami, diamalkan dan diperjuangkan di semua bidang dan aspek secara utuh, bukan hanya di aspek-aspek tertentu, maka sudah tentu agama Islam akan menjadikan manusia berkasih sayang, menghubungkan silaturahim, menumbuhkan ukhuwah, menjadikan anak-anak taat kepada orang tua, ayah ibu senantiasa memberi kasih sayang kepada anak-anak, isteri senantiasa patuh kepada suami setelah taat kepada Allah dan Rasul, suami senantiasa bersimpati kepada isterinya.
Akhlak mulia umpama bunga, dan Islam yang syumul diamalkan dan diperjuangkan di semua bidang dan aspek secara utuh, ibarat sebuah landscape yang indah. Gabungan bunga, pokok, tanah dan air menjadikan sebuah landscape yang cantik dan indah. "LANDSCAPE ROHANI " Adalah amalan Islam yang syumul yang menjadikan manusia berkasih sayang, seorang pemimpin akan menjadi payung bagi seluruh masyarakat, menjalankan keadilan terhadap seluruh rakyat. Ulama akan menjadi obor, penasehat kepada seluruh peringkat masyarakat. Orang kaya akan terdorong menjadi bank dan lain-lainnya.
Gandingan Rasulullah dan Para sahabat umpama bunga dalam landscape yang cantik. Nikmat keindahan "LANDSCAPE ROHANI " tersebut kekal selama tiga kurun atau 300 tahun. Landscape rohani tersebut pernah wujud di era kebangkitan Islam pertama. Tuhan akan lakukan sekali lagi di era kebangkitan Islam sekali lagi. Rasulullah dan Para Sahabat telah berjuang sehingga berjaya melahirkan hati umat Islam yang benar-benar suci dan bersih. Natijahnya dapat dilihat pada perlaksanaan Islam yang syumul yang telah di rakamkan oleh sejarah.
Pemerintahan Islam pernah menjadi kuasa besar yang mencorak lanskap pentadbiran dunia selama hampir 14 abad semenjak zaman Rasulullah SAW. Islam tersebar dengan agak pantas, menguasai
seluruh Jazirah Arab, seterusnya meluas ke Syam ( Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria), Utara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan juga Asia tenggara termasuklah Alam Melayu.
ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD mendidik kita supaya menjadi seorang pejuang yang kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Beliau begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-citanya sejak kecil hingga kini. Perjuangan beliau yang di wariskan kepada kita kini sudah menjangkau hampir 50 tahun. ( 1968-2017 ). Memperkenalkan Islam is the way of , model cara hidup yang syumul. Ibarat sebuah "LANDSCAPE ROHANI " adalah suatu gambaran yang cukup indah. Bila sebut lanskap kita terus terbayang taman yang indah dan cantik.
Masyarakat yang hidup aman dan makmur akan berlaku sekali lagi di era kebangkitan Islam. "LANDSCAPE ROHANI " yang dapat dilihat pada peribadi pejuang-pejuang dan pendakwah yang memiliki akhlak mulia. Kebangkitan sekali lagi melalui dakwah bukan melalui kekerasan. Inilah yang kita katakan LANDSCAPE ROHANI " Benua Eropah ketika era empayer Islam adanya Jannatularif. Ianya dibangunkan oleh tangan-tangan yang ada roh Islam. Sesungguhnya Allah itu indah dan cantik suka kepada keindahan dan kecantikan.
Keindahan Allah dapat dirasakan pada ciptaan-Nya. Melalui keindahan ciptaan Tuhan mereka mendapat insfirasi untuk manusia dapat menikmati melalui landscape Jannatul Arif. Zaman kegemilangan Islam dapat dilihat keindahanya lain dari tamadun yang lain kerana keindahannya serentak terbangun iaitu akal, roh dan pembangunan fizikal. Begitulah zaman kegemilangan Islam ia dapat dilihat bagaimana berlakunya keseimbangan tamadun material dan rohani. Keindahan bait-bait dan madah-madah yang memuji Tuhan banyak di ungkapkan lahir dari ulama-ulama rohani zaman Andalusia.
Melahirkan masyarakat yang terbangun akalnya dapat dikesan melalui tamadun yang ditinggalkan di Andalusia. Walaupun ianya telah menjadi peninggalan sejarah tetapi masih kekal hingga kehari ini dan dapat di nikmati bagi pengunjung ke Andalusia atau sekarang di kenali dengan Sepanyol. Ketika zaman Islam disebutkan kata 'Jannatul Arif ' kita terbayang taman tersebut berada di negara Arab kerana ia di kenali dengan bahasa Arab.
Jannatul Arif yang di sebut didalam sejarah Andalusia itu suatu ketika dahulu ia pernah berada didalam empayer Islam. Ia terdapat bersebelahan dengan istana Al Hamra. Ketika itu taman tersebut merupakan simbul kehijauan di Andalusia dan berwarna warni ketika musim bunga. Udara yang terdapat di taman Jannatul Arif, udaranya segar dan nyaman terutamanya pada musim bunga. Begitulah suburnya roh Islam satu ketika dahulu.
LANDSCAPE ROHANI "adalah satu pendekatan dakwah yang dilakukan di Malaysia merupakan dan satu pendekatan yang berhikmah. Secara ilmu dan kasih sayang. Kasih sayang anak kunci perpaduan. Angin dakwah yang berhembus lembut telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makan ramai yang tertarik dengan pendekatan dakwah yang berlaku di Timur ini terutamanya di Malaysia. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutama dikalangan muda-mudi yang sedikit sebanyak ada keikhlasan di hati mereka. Mereka yang mempunyai akal fikiran yang cergas dan hidup jiwa mereka.
Ulasan
Catat Ulasan