Langkau ke kandungan utama

Catatan

KEMUNCULAN DUNIA BARU ISLAM YANG INDAH.

Dunia sudah sekian lama berada di bawah cengkaman nafsu manusia yang ganas. Dunia sudah lama tidak di meriahkan dengan membesarkan Tuhan. Sudah lama pembangunan rohani tidak mendapat laluan di muka bumi. Akhirnya manusia yang hidup di atas muka bumi pada hari ini terasa berada di dalam neraka sebelum neraka yang hakiki di Akhirat sana. Sebab itu manusia sudah hilang ketenangan di dalam kehidupannya. Maka natijahnya kita lihat manusia hilang kasih sayang. Kemuncaknya peperangan meletus di mana-mana. Kerosakan dan kemusnahan oleh manusia di mana-mana. Ibarat tangan yang membangunkan kemajuan dan dengan tangan yang sama memusnahkan kemajuan yang di kecapi oleh manusia. Maksud firman Tuhan:  Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf d...

MALAYSIA AKAN MENGULANGI KEGEMILANGAN KOTA KONSTANTINOPEL.

Ada benarnya Malaysia menuju Daulah Islamiah. Rakyat Malaysia inginkan perubahan dalam kepimpinan negara. Keyakinan terhadap orang-orang politik sudah semakin luntur dan rakyat mahukan perubahan. Iaitu satu perubahan memilih pemimpin yang adil. Kepimpinan diluar sistem politik yang ada. Ustaz ASHAARI MUHAMAD, pemimpin Darul Arqam yang kini lebih dikenali sebagai Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi dikalangan pengikutnya yang berjumlah 10,000 orang dan para simpati berjuta orang itu dikaitkan dengan pergolakkan politik negara. Berita Pertemuan tokoh-tokoh diperingkat kepimpinan parti yang memerintah negara ada bertemu Abuya di Bangkok. Abuya Imam Ashaari bersikap seperti Guru kepada Sultan Muhamad Fateh Syamsudin Wali. Syamsuddin Al wali adalah seorang tokoh ulama rohani. Di tangannyalah melahirkan seorang pemimpin yang berjaya membenarkan isyarat yang pernah di sampaikan oleh Rasulullah SAW tentang Konstantenopel. Ternya ianya menjadi kenyataan di tangan Sultan Muhammad Al Fateh. Perka...

KHURASAN, CHINA DAN TIMUR MENYEMARAKKAN ISLAM Di AKHIR ZAMAN.

KHURASAN, CHINA DAN TIMUR MENYEMARAKKAN ISLAM. Ilham adalah pandangan kebenaran daripada Allah SWT. Namun ia bukan wahyu sebagaimana yang diturunkan kepada nabi atau rasul melalui perantaraan Jibril, tetapi adalah rasa hati yang dicampakkan ke hati yang bersih. Mereka yang mendapatnya terdiri daripada wali-wali Allah atau setidak-tidaknya orang soleh. Ilham kerohanian beginilah bukanlah satu yang aneh dalam sejarah Islam. Ilham adalah dari perkataan asalnya bahasa Arab. Menurut kamus Profesor Doktor Hj. Mahmud Yunus: ألهم يلهم إلهام. Maksud ilham itu, petunjuk Allah ke dalam hati manusia untuk berbuat kebaikkan baginya kerana-Nya. " Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml 27:19). Pandangan kerohanian dalam meramalkan pimpinan negara bu...

KEBANGKITAN ISLAM MENENGGELAMKAN SOVIET UNION.

KEBANGKITAN ISLAM MENENGGELAMKAN SOVIET UNION. Amerika akan senasib seperti Soviat Union Rusia. Sebelum ini dunia di terajui oleh dua kuasa besar. Iaitu Soviat Union Rusia dan Amerika Syarikat. Apabila Tuhan hendak beri laluan kepada kebangkitan Islam, kuasa besar hanya tinggal Amerika sahaja. Ertinya Trump sebagai calon president Amerika hanya berdepan dengan era giliran Timur yang diterajui oleh Islam. Lagi Trump mengganas lagi cepat empayar Barat yang diterajui oleh Amerika jatuh. Kita berjuang berpandukan Al Quran dan Sunnah. Rom dan parsi adalah dua kuasa besar yang di hadapi kebangkitan Islam pertama. Kebangkitan Islam kali kedua akan berpandukan apa yang dilalui kebangkitan pertama. KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET. Union of Soviet Socialist Republics. Sejarah Empayer Soviet Union Rusia bermula 1922 dan berakhir 1991. Pengasasnya Vladimer Lenin. 1985 – 1991 (terakhir) – Mikhail Gorbachev. SISTEM KERAJAAN Kesatuan Republik Sosialis Soviet Negara komunis satu parti. Kejatuhan Gor...

FIRASAT KEROHANIAN TENTANG KEPIMPINAN NEGARA.

FIRASAT KEROHANIAN TENTANG KEPIMPINAN NEGARA. Dalam kebangkitan Islam sekali lagi iaitu di Malaysia semakin terserlah kemeriahan Islamnya. Ini satu anugerah besar dari Tuhan. Namun orang ramai tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kemeriahan Islam itu. Kerana kita selama ini, apa yang diajar ialah Islam asas, yakni berkenaan hukum-hakam sahaja. Bila dikatakan kebangkitan Islam sekali lagi ertinya kita sedang mengharungi janji Tuhan melalui lidah nabi akhir zaman. Ruang lingkupnya adalah luas dan menyeluruh. ( kaffah ). Dinamakan juga dengan Jadual Allah buat kebangkitan Islam sekali lagi.  Ramalan kerohanian yang paling terkenal dalam sejarah ialah kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh di Konstantinopel.  Kejayaan baginda menakluk kota Kostantenopel dari tangan Kristian, yang kemudiannya ditukar nama kepada Istanbul, telah diisyaratkan oleh ilham yang dianugerahkan kepada Syeikh Syamsuddin Al Wali, seorang ahli kerohanian Tareqat Naqsyabandiyah. Oleh itu pandangan-pandangan ke...

ALLAH ADA CARA UNTUK MEMBELA AGAMANYA.

Selepas peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York, Barat amat memusuhi Islam. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan ialah Islam agama keganasan dan Islam menganiaya kaum wanita. Maka pada tahun 2003 Abuya mengirim rombongan penasyid dari kalangan remaja perempuan yakni Mawaddah (yang bermaksud kasih sayang) untuk menyertai program seluruh umat Islam di Eropah yang dibuat di Le Bourget, Perancis. Untuk pertama kalinya Perancis menampilkan penasyid wanita di pentas. Perwakilan dari Malaysia itu membawa tema 'Cintai Tuhan Cintai sesama'. Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England dan Jerman selain Perancis. DI setiap border antara negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kasih sayang. Memang Barat terkejut dengan pendekatan dakwah Abuya dan mereka akur bahawa Islam rupanya, kalau benar-benar diamalkan ajarannya, adalah agama yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita. Hal ini membuatkan tercengang-cengangnya umat I...

PEMIMPIN ISLAM DARI TIMUR AKAN SELAMATKAN DUNIA.

Umat Islam pada hari sedang di buai dengan dunia. Terleka dengan kemajuan teknologi yang sedang dipaparkan oleh dunia pada hari ini. Yahudi dan kuncu-kuncunya terus meniti dengan melalaikan umat Islam melalui gajet-gajet yang di ciptakan dengan teknologi terkini. Yahudi dan kuncu-kuncunya sangat faham tentang kedatangan Imam Mahdi yang akan memimpin dunia ini ke arah Islam. Namun mereka tidak berhenti untuk menggagalkan dunia baru Islam yang diterajui oleh Imam Mahdi. Apa yang mereka usahakan iaitu terus menanamkan rasa kebencian terhadap umat Islam. Kita jangan leka. Yahudi dan kuncu-kuncunya tidak pernah lepaskan peluang untuk merosakkan umat Islam. Mari kita ingatkan kembali pengajian kita yang di pandu oleh Abuya di dalam kelas pengajian yang di anjurkannya. Pengajian tentang Hadis-Hadis Nabi SAW tentang Imam Mahdi. Ditambah dengan muzakarah kitab-kitab yang menjelaskan tentang Imam Mahdi yang boleh kita bacanya dan sudah banyak di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kata Abuya, be...