Langkau ke kandungan utama

HATI MESTI DIJAGA.


HATI MESTI DIJAGA.

Hati kena jaga
Ia adalah wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Kedua-duanya berlumba-lumba
mengisinya
Jiwa yang bersih, malaikat yang
mengisinya
Jiwa yang kotor, syaitanlah yang
mengisinya. Isinya keraguan,
kekufuran dan was wasnya

Hati kena pelihara
Ia raja dalam kerajaan diri yang
memerintah
Bila syaitan dan nafsu menjadi
penasihatnya
Kederhakaanlah yang terjadi
Memenuhi kerajaan diri

Bila malaikat penasihatnya
Atau hati yang murni
Ketaatan, kepatuhan,ketertiban
yang terjadi. Memenuhi kerajaan
diri. Yang dilaksanakan oleh rakyatnya
Iaitu jawarih yang dapat dilihat
oleh mata.
Jagalah hati ia hakikat diri
Bahkan menjadikan raja di dalam kerajaan diri

Waktu: 6.00 petang
Tempat: Hat Yai
Tarikh: 24-02-1992

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

KEMERDEKAAN YANG HAKIKI.

MUSLIM SELEPAS MERDEKA Kehidupan masyarakat Melayu sebelum merdeka ketika itu bergotong royong dalam semua hal sama ada dalam mengadakan majlis kenduri, menanam dan menuai padi, membina rumah dan sebagainya. Sekarang ini, semuanya perlu diupah kerana hidup nafsi-nafsi yang telah membudaya dan menebal. Kehidupan suami isteri sudah hilang kemanisannya. Anak-anak sudah tidak kasih kepada ibu bapa mereka, ibu bapa juga sudah tidak bertanggung jawab kepada anak-anak mereka. Suasana berkerja sama dan bertolong bantu di tempat kerja juga pun sudah hilang. Penyakit masyarakat pula sudah semakin kronik dan mengerikan.Peperangan, pergaduhan sudah menjadi satu kebiasaan.Mungkinkah ia akan berterusan. Pengaruh muzik luar terhadap remaja kita tidak pernah dibendung. Secara serius dari dulu hinggalah sekarang, khususnya muzik yang berbentuk pop, rock, metal dan sebahagiannya secara terang-terangan memuja Syaitan dan Iblis. Ia menjadi gilaan oleh muda-mudi kita. Kini kita berada d...