Langkau ke kandungan utama

MARRAKESH KOTA WALI.



Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad yang diutuskan sebagai rahmat sekalian alam. Selawat dan salam juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat serta para pengikut baginda kesemuanya.


Bandar Lama Marrakech yang penuh bersejarah dalam Islam. Namun musuh Islam tetap ambil peluang merubah persepsi umat Islam supaya menurut mereka. Terutamanya para pelancong yang berkunjung kesana. Akan membawa balik pengalaman yang akan menolak Bandar Lama Marrakech Kota Wali. Bahkan terus menjadi keliru bila ia pernah manjadi bandar Wali.




Mengimbau kembali ketika penulis berpeluang pergi berkunjung ke Bandar lama  Marrakech ini boleh digambarkan sebagai satu tempat yang akan menghuru-harakan deria kita. Haha. Suasana di sini bising dan sangat meriah, berwarna-warni, dan bau rempah-ratus serta makanan pastinya tidak dapat dilupakan.


Bandar Marrakech suatu ketika dahulu terkenal sebagai (Tanah Para Wali) atau (Kota Abul Abbas Assabtiy - salah seorang dari Tujuh Wali Maghribi).
" تربة الأولياء وبلدة أبي العباس السبتي "
Dikatakan bahawa setiap laluan di bandar ini pernah dilalui para wali. Namun, gelarannya sebagai “Kota Merah” (kerana kesemua binaan di sini dicat dengan warna merah) atau "مدينة سبعة رجال" (Kota Tujuh Wali) telah masyhur sebelum itu.



Bandar Marrakech mempunyai pelbagai tariqah sufi. Ahli sufi di sini bebas memilih tariqah yang sesuai dengan adat dan suasana kehidupan mereka serta dapat memenuhi tuntutan kehidupan mereka secara jasmani dan rohani. Oleh itu, kita dapat melihat ramai orang di sini yang berbai’ah atau mengikuti satu tariqah atau lebih, atau mengikuti tokoh-tokoh yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sesuatu tariqah, tetapi diikuti kerana budi pekertinya yang mulia dan kebaikannya terhadap manusia.


Tokoh-tokoh penting yang memimpin tasawwuf dan memberikan kesan terhadap tasawwuf itu sendiri. Antaranya ialah Al-Junaid, Al-Jailani, Al-Ghazali, Abu Madyan, Ibn Masyisy, dan Asy-Syazili, di samping pelbagai tariqah yang tidak terkira bilangannya, seperti kata pepatah, “jalan menuju Allah itu sebanyak hembusan nafas sekalian makhluk-Nya”. Oleh yang demikian, pembahagian fasa ini secara umumnya terkesan dengan tasawwuf sekalian tokoh di atas tersebut.


Kini kehinaan yang menimpa umat Islam bukan sahaja disebabkan kerana musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam telah meremeh-remehkan persoalan iman, syariat san akhlak iatu tiga tunggak maruah dalam Islam. Jika iman kuat, syariat kemas dan akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjadi tuan si dunia sebelum
menjadi tuan di Akhirat.














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N