Langkau ke kandungan utama

TAUHID SIFAT 20.



AQIDAH MUKMIN.( SUNNI ).

  ( Syeikh àdik kepada Muhaddith
taraf dunia iaitu Syeikh Abdullah as Siddiq Ghumari ).


Syeikh Abdullah as Siddiq Ghumari ).
Ketika Abuya bertemu' dirumahnya di Maghribi.

Arwah Muhaddis
taraf dunia iaitu Syeikh Abdullah as Siddiq Ghumari ).

( Syeikh Dr Sayyid Alwi Al Maliki ulama Mekah.

( Dr. Profesor Abdul Salam Harraz, ).


Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi telah bertemu dan berbincang dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Waljamaah
di merata dunia termasuk di Mesir ( Dr.Abdur Rahman ), di Turki ( Syeikh Dr. Afendi, di Pakistan ( Dr. Abdul Jawwad tuan punya Universiti Islam Karachi ), di Jordan bekas menteri auqaf Jordan Dr Abu Anas, Dr. Syeikh Nuh kudho bekas mufti tentera Jordan, di Maghribi, Dr. Profesor Abdul Salam Harraz, Syeikh Muhaddith taraf dunia iaitu Syeikh Abdullah as Siddiq Ghumari, Syeikh Abdullah Ghannun ketua ulama Maghribi, Tunisia nama saya tak ingat. Beliau juga bertemu dgn ulama-ulama Syiah dan Wahabi di Iran, Kuwait dan Arab Saudi.


Apa yang menarik buku beliau 
tentang aqidah ini tidak langsung memisahkannya dari
persoalan tasawuf dan syariat.
Buku beliau yang bertajuk AQIDAH MUKMIN ini merupakan
hasil kuliah Usuluddin yang telah pun beliau sampaikan melalui kuliah fardhu ain pada tahun tujuh puluhan di kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur.
Setelah 20 tahun baru dibukukan
kuliah Usuluddin tersebut. Ia boleh dirujuk kembali bagi mereka yang mengikuti kukiah tersebut melalui buku sebanyak tiga siri.
Kuliah-kuliah yang disampaikan ialah berdasarkan matan kitab yang terkenal di Malaysia terutamanya si Johor, Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan, serta berkembang
luas di Brunei dan Singapura, iaitu kitab RISALAH TAUHID dalam tulisan jawi keluaran
Jabatan Agama Negeri Johor. Ia
telah pun menjadi buku teks dan
bahan rujukan di sekolah-sekolah agama terutamanya di Negeri Johor. Selangor dan Brunei, sejak puluhan tahun yang lalu. Dan hingga kehari ini ia masih digunakan.
Ilmu Usuluddinnya sangat
hebat dan mengkagumkan. Perbahasan-perbahasan yang dibuat oleh Abu Hassan al-Asy’aari telah memecahkan tradisi dizamannya dengan menggunakan dalil Al Quran serta diperkuatkan atau diperteguhkan dengan hujah atau dalil akal. Bahkan metod
daripada ulama besar ini yang diterima sebagai pegangan atau aqidah oleh empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah iaitu pengikut-pengikut Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hambali, sejak ribuan tahun yang lampau hinggalah sekarang ini.
Usuluddin  lebih terkenal dengan nama ilmu Sifat 20 juga dikenali pada asalnya sebagai mazhab Asy’ariah-Maturidiah. Mazhab ini telah menguasai dakwah akidah umat Islam sekitar 1,000 tahun  lampau. Aliran atau mazhab ini diasaskan oleh Abu Hassan al-Asy’ari yang lahir pada 260 H., kira-kira 55 tahun setelah Imam Asy-Shafi’i meninggal dunia (205 H.) dan sekitar 4 tahun selepas Imam Bukhari meninggal dunia.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N