Langkau ke kandungan utama

TIMUR PERANGI BARAT.


( Abu Musaab seorang jurutera lepasan German ).


Mengalahkan Barat rupanya bukan dengan politik, wang, ilmu

dan teknologi barat. Perangnya
pula bukan di gelanggang terbuka. Senjatanya rupanya melawan hawa nafsu. Iaitu didalam diri kita sendiri. 


Rasulullah SAW adalah pemimpinnya dan rujukannya. Masalah kita, mereka yang selesaikan. Wang, kasih sayang,
kebajikan, perhatian dan kejayaan dari merekalah datangnya".Masyarakat yang indah dan harmoni. Ternyata sekali kehebatannya, beritanya diburu oleh media barat dan timur. 


Amerika, Britan dan Jerman terundang tiba. Padahal tiada siapa menjemputnya. Rasulullah SAW mengistiharkan perang besar-besaran dengan Islam is the way of live. Dengan segala peralatan teknologi canggih yang dijadikan alat untuk mendapatkan akhirat dan keredhaan Allah SWT. 


Dari senjata yang paling ringan iaitu senyuman hinggalah yang paling berat iaitu Islam is the way of live. Semua senjata tersebut diusung dan dibawa kemana-mana. 


Maka Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi muncul menggunakan semua senjata tersebut. Terutamanya di era kebangkitan Islam kali ini. Abuya gunakan dan dibawa ke negara-negara Timur Tengah. Contoh Jordan, Syria, Iraq, Iran,Maghribi, Tunisia dan seluruh Eropah termasuk Amerika Syarikat. 



Negara-negara yang dikunjungi membuka mata. Orang yang berjubah serban sedang memikul kemera, gajet dan pelbagai kemudahan teknologi.


Natijah peperangan tersebut melahirkan masyarakat yang berkasih sayang. Masyarakat yang mementingkan iman dan taqwa dalam kehidupan mereka.
Masyarakat yang bertolak ansur.
Masyarakat yang pemurah dan pemaaf. Masyarakat yang cintakan keamanan dan kedamaian. Lahirlah masyarakat
yang bersatupadu. Masyarakat yang disegani oleh kawan lawan. Maka jadilah baldatun toibatun wa rabbun ghafur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...