Langkau ke kandungan utama

TUHAN CINTA AGUNG.






CINTA AGUNG MENJADI INSPIRASI ABUYA.


Kesan cinta Agung kepada yang Maha Agung menjadikan Abuya
kuat sekali disiplin solat berjemaah. Kedua disiplin makan bersama atau berjemaah ketiga disiplin kerja-kerja yang sudah dibahagikan. Setiap lepas solat masing-masing akan memberi maklumat kepada Abuya. Begitulah apabila kita rapat dengan  Tuhan, Tuhanlah yang melakukannya untuk hambanya.




Berkat kuatkan disiplin dengan Tuhan, kita akan menjadi lebih sensitif terhadap tugas dan tanggungjawab sesama. Pendekatan Abuya dengan keluarganya menjadikan anak-anaknya kreatif 
dalam tugas. Disiplin asas ialah solat berjemaah. 


Bagaimana Abuya membina institusi keluarga Islam?

Ketika tidak ada pemimpin, Abuya berpesan supaya kita tumpu kedalam iaitu bersama keluarga. Bawa mereka hidup bersama Tuhan. Institusi keluarga yang dibina oleh Abuya mengenalkan Tuhan. Awal-awal agama mengenal Allah. Allah SWT. Penaja  yang sama telah melakukan pada kebangkitan pertama. 


Jadi bersandarlah dengan keberkatan orang Tuhan bukan dengan diri kita yang banyak lalai.Pembinaan empayar Islam yang dilakukan oleh Abuya melalui perkahwinan. Contoh Abuya Ada menantu dari Indonesia, menantu dari Thailand,  Ada cucu Abuya juga berkahwin dengan orang Jakarta.Abuya menggunakan saluran perkahwinan untuk mengikat antara dua buah negara yang berada di bumi Timur.





Umat Islam di Malaysia bernasib baik kerana adanya janji Tuhan buat kebangkitan Islam kali kedua. Timur adalah tapak kebangkitan, Malaysia menjadi tapak kebangkitan Timur. Mari kita doa semoga Tun melaui pengaruhnya sama seperti Abu Sufyan juga melalui pengaruhnya mendokong Rasulullah SAW. Kalau Sufyan
di era kebangkitan pertama, kita berdoa moga Tun di era kebangkitan kali ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...