Langkau ke kandungan utama

PIMPINAN ORANG ROHANI.




Syeikh Sidi Abu Khalid , beliau adalah ketua Badwi kabilah Syammar Jordan. Orang kanannya Sidi Syeikh Abu Mus'ab. Mereka ramai pengikut dikalangan orang-orang Arab Badwi Syammar. Kumpulan mereka dikenali dengan pengajian dan penelitian hadis-hadis akhir zaman.Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam istana Jordan dan Arab Saudi. 


Kalau Amerika
mempersiapkan Dajjal juga cuba mempengaruhai dua istana tersebut. Hati-hati manusia yang ada didalam istana tersebut menjadi rebutan di antara malaikat dan syaitan. Dajjal sentiasa menunggu mereka yang gagal berdepan dengan bisikan nafsu dan syaitan untuk digunakan dan diperalatkan.


Besar sungguh usaha dakwah
yang dilakukan oleh ketua Badwi
Syammar. Usaha mereka yang saya perhatikan dari dulu lagi adalah intiqamah. Perkara yang sama apabila mereka berada Arab Saudi. Moga malaikat sentiasa bersama mereka. Perlu diperjelaskan sedikit tentang malaikat. Makhluk yang bernama malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukallaf yang taat atau tabiat makhluknya taat.


 " Mereka ( malaikat ) tidak pernah menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At Tahrim 66:6).


( sajak Pimpinan orang rohani ).
Apabila dunia ini akal manusia tidak terbangun
Akal fikiran kosong daripada ilmu pengetahuan dan      pengalaman.
Siapa sahaja dikalangan ahli fikir atau filasuf
    boleh didatangkan ke dunia
    mengisi akal dengan ilmu dan           
    pengetahuan
Dunia pun terbangun, maju dan    
    bertamadun kehidupan
    manusia pun selesa dan hidup     
    dalam kemudahan
Dunia indah, cantik
    tapi belum tentu tenang
    dan tidak pasti mendapat   
    kebahagian
Itulah dia yang dikatakan
tamadun material
Apabila disuatu zaman
    roh yang tidak terbangun atau
    roh terbiar
    tanpa didikan
Hati manusia pun hitam legam
     nafsu manusia pun  
     bermaharajalela merosakan
roh yang menjadi raja
     didalam diri insan
Maka manusia pun hidup
     macam haiwan dan syaitan
     menghancurkan ketenangan 
     dan kebahagiaan..........
Menjelang zuhur
31-05-2003
Sidi Syammar kalau ke Mekah beliau akan disediakan penginapan di istana Arab Saudi di Mekah. Namun beliau lebih suka tinggal di hotel zam zam tower. Disana beliau lebih bebas
untuk ditemui.


Ulasan