Langkau ke kandungan utama

AMERIKA AYAM SABUNG YANG SUDAH PATAH TAJI.

AMERIKA AYAM SABUNG YANG SUDAH PATAH TAJI.


Tiba-tiba dunia menjadi terkejut. Terkejut kerana melihat dunia barat di ambang maut. Melihat kepada Amerika yang sistem politiknya kalut dan ekonominya dilanda kekuncupan. Sistem sosial mereka memang sudah lama dimamah kebejatan. Ketakutan dan terkejut dunia itu memang beralasan. Selama ini Amerikalah ayam jaguh mereka atau ayam sabung mereka. Apabila Amerika sudah patah taji, tidak ada lagi yang dapat dipertaruhkan untuk terus tegak dengan sistem toghut itu. Abuya ada menulis buku barat diambang maut. Amerika seperti singa tua.


Maksud firman Tuhan: "Telah timbul berbagai kerusakkan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; (timbulnya yang demikian ) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan (akibat) perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar Ruum, 30:41).


Ilmu yang disampaikan oleh Abuya menggunakan bahasa, dan pendekatan mengajarnya mudah, jelas dan menyentuh. Beliau tidak menggunakan gaya bahasa dan istilah yang sukar. Dengan itu Abuya telah beri nafas baru pada pengajian 'kitab kuning' yang tidak diminati generasi muda terutamanya golongan remaja yang mendapat pendidikan sekular. Ilmu yang disampaikan juga disesuaikan dengan keadaan yang berlaku. Dalam pengajian secara langsung atau tidak secara langsung telah menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam masyarakat.


Abuya Ashaari At Tamimi memahamkan kita dan menjelaskan sesuatu perkara suka menggunakan ibarat dan kiasan. Contoh diatas tadi kiasan yang digunakan seperti "Amerika ayam jaguh atau ayam sabung yang sudah patah taji." Ayam sabung adalah sejenis ayam jantan daripada baka ayam yang sesuai untuk sabung ayam. Ia digemari oleh para peminat ayam disebabkan ciri-ciri sabungnya. Ayam sabung ialah ayam yang sanggup bertarung sampai mati, serupa dengan ayam liar yang sanggup berlawan bagi mempertahan kawasannya.


Apabila Amerika sudah menjadi ayam sabung yang sudah patah tajinya, tidak ada lagi yang dapat dipertaruhkan. Tentulah kesannya akan cepat dirasai oleh orang lain.Masing -masing, golongan politik, ekonomi dan pemikir sosial sedang mengalami mimpi ngeri dan igauan sasau. Mimpi dan igauan sasau melihat dan mengalami malap dan runtuhnya era sistem akal. Teori dan kaedah mereka sama sekali sudah tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah.


Bagaimana langkah selanjutnya untuk menyelamatkan sistem akal mereka itu? Ini yang mereka gerunkan, kerana mereka sudah ketandusan idea bangkrap teori dan kaedah. Para penganalisis berpendapat bahawa lemahnya kuasa besar seperti Rusia, Amerika dan Eropah berpunca dari krisis ekonomi dan politik. Tiada siapa yang menyangkal analisis yang mereka buat itu. Lebih-lebih lagi setiap analisis ini disokong atau disertakan dengan hujah dan fakta. Kesimpulannya ialah sudah amat jelas bahawa kuasa-kuasa dunia sedang menjunam menuju kehancuran.


Kalau kita fikirkan lebih jauh dari itu, yakni melihat melangkaui hujah dan fakta oleh penganalisis itu, cuba kita jadikan satu persoalan pula, mengapa terjadi begitu? Mengapa negara-negara kuasa besar yang amat terkenal dengan ramainya pemikir dan pakar itu tidak berdaya mengatasi kekusutan politik, ekonomi dan sosial mereka?


Apakah sudah bankrap idea mereka dalam menyelesaikan segala masalah yang sedang melanda mereka. Tidak perlulah ditimbulkan betapa bertambah lemahnya kuasa besar itu berpunca dari bencana alam yang memang manusia tidak berupaya mengatasinya. Tetapi di dalam aspek yang mereka selama ini penuh sarat dengan berbagai teori dan kaedah, pun mereka gagal. Selama ini kaedah dan teori mereka itulah yang dijaja dan disogokkan ke merata dunia. Hingga akhirnya dunia bukan saja memakainya malah turut mempertahankannya dan perjuang kannya seolah-olah ajaran nabi baru.


Sistem demokrasi, kapitalis, dan sikap libral yang diajarkan oleh barat ini, jangan ada pihak yang mempertikaikannya; jauh sekali dari mahu menggugat; mereka dianggap musuh. Mereka yang mempertikaikan sistem tersebut akan dilabelkan sebagai pengacau yang mengganggu ketenteraman masyarakat dan negara. Begitulah mereka mempertahankan seolah-olah akan menjamin kesejahteraan dunia dan Akhirat.


Tetapi akhir-akhirnya semenjak kira-kira satu dekad lampau, kelemahan sistem ini semakin terserlah. Satu demi satu muncul bukti nyata bahawa sistem itu sangat rapuh. Politiknya bukan saja gagal menyatupadukan manusia, malah mencetuskan berbagai krisis, comflict of interests, dan permusuhan yang menebal.


Ekonominya yang membuka peluang kepada semua untuk bersaing semakin memberi ruang kepada segelintir kecil puak, kroni dan klik yang berkepentingan. Golongan yang selama ini hanya mengecapi kuah dari kemakmuran ekonomi, mereka kekal begitu, bahkan kuahnya bertambah basi. Mereka tak dapat bersuara kerana merekalah yang dipersalahkan kembali kerana tidak mahu turut bersaing dalam satu perlumbaan terbuka ini. Apakah kamu tempang, punya kaki sebelah, bengkok, mengah, sudah tua, kamu sudah diberi hak sama rata untuk bersaing dan berlumba. Inilah hujah mereka. Kemakmuran negara hanya dapat dilihat dengan mata tapi tidak dapat dirasai dan dikecapi.


Kenegatifan dalam sosial tidak terkira lagi. Seorang intelek, pemikir dan dianggap politikus yang memiliki ruangan khas di akhbar mingguan menyinarai panjangkan berbagai bentuk dan jenis maksiat, kemungkaran, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di dalam negara. Sebenarnya di dunia hari ini manusia tidak memerlukan sesiapa pun kalau sekadar tukang sinaraikan jenis kejahatan sosial. Mengapa? Kerana manusia sedang hidup dalam bahaya yang bejat. Kalau kebejatan itu sudah sebahagian daripada budaya hidup, apa perlu lagi disinaraikan. Dalam kehidupan manusia yang sudah rosak, sekiranya perlu, maka keluarkan sinarai kebaikkan yang tentunya ukuran sinarai itu kontot saja.


Beralih kepada sistem akal manusia yang hampir ranap. Bagaimana hendak mencari faktor apa keranapan itu berlaku, di luar hujah dan fakta yang diberikan ol h para penganalisis. Jawabnya ialah faktor Tuhan! Bagaimana pula tiba-tiba terus saja disandarkan kepada faktor Tuhan. Kerana ahli fikir sangat menolak bahawa Tuhan sebagai faktor. Ahli fikir lazimnya berhenti pada faktor sebab akibat. Tanpa sebab, bagi mereka tidak ada akibat. Abuya pernah timbulkan persoalan didalam bukunya barat di ambang maut. Iaitu di negara yang terhimpunnya berbagai pakar beserta teori dan kaedah telah gagal dengan teori dan kaedah mereka hingga sistem mereka sedang ranap. Sekaligus mereka telah pokai dan buntu dengan teori dengan kaedah mereka sendiri. Kalau begitu faktor sebab akibat yang bagaimana lagi yang hendak dicari.


Sekarang mari kita keluar dari faktor sebab akibat itu dan beralih kepada faktor keyakinan yang berpaksi dihati, yang terus bersandar kepada Tuhan. Di sini abuya membimbing dan memandu kita berfikir ke arah keyakinan itu. Suatu bersifat keyakinan itu, hujah tidak perlu berjela. Kini kita sedang berada di awal kurun Hijrah iaitu 1437H. Bahkan kita sekarang sedang berada di akhir awal kurun tersebut. Di setiap awal kurun Tuhan menjanjikan kejayaan dan kemenangan bagi kebenaran. Dan kita berada dalam janji Tuhan tersebut.


Tuhan  menjanjikan kebenaran itu sama jugalah dengan kata lain bahawa Tuhan kehendaki kebenaran (hak) menang mengatasi kekufuran dan kebatilan. Ini juga bererti bahawa Tuhan kehendaki kebatilan itu kalah dan lenyap. Oleh kerana Tuhan yang kehendaki kebenaran itu menang, maka Tuhan buka laluan mudah kepada seluruh perjuangan kebenaran. Siapa saja berada di pihak perjuangan kebenaran yang di janjikan, pasti Tuhan bela.Dan Tuhan permudahkan segala jalan menuju kebenaran itu.


Begitulah sebaliknya kebatilan yang Tuhan kehendaki lenyap itu, Tuhan juga membuka laluan mudah untuk mereka ranap dan hancur tanpa ada sebarang usaha campur tangan mnsia.
Sistem mereka menjadi kusut, kalut, bantut dan penuh kebuntuan. Mereka tenggelam punca dan  tidak bertemu dgn
Jalan penyelesaian. Semakin dicuba dengan kaedah dn teori
baru, semakin bertambah side effectnya. Tuhan jadikan berbagai sebab musabab yang menjerumuskan mereka ke gaung dan jurang kehancuran.


Inilah yang telah berlaku dalam sejarah semenjak awal manusia di muka bumi. Setiap yang berjuang di atas jalan Tuhan, Tuhan beri kemenangan. Setiap perjuangan yang menyanggah Tuhan, menentang Tuhan, mereka akan terjebak, terperangkap, dan terjaring di dalam sistem mereka sendiri dan tidak ada anak kunci pembukanya. Begitula yang berlaku di setiap awal kurun. Kurun ini, yakni kurun ke 15, kebangkitan kebenaran sedang berlaku. Kita bakal sama-sama melihat satu kebangkitan besar yang bertaraf ummah. Oleh kerena ini adalah kebangkitan besar yang menuju ummah menggantikan sistem yang berada di pihak kebatilan maka Tuhan sendiri yang jadikan mereka buntu dan tiada jalan keluar.

Ulasan

  1. PROMO KHUSUS MEMBER BARU 15%

    DewaZeus adalah bagian dari situs ZeusBola, yang merupakan agen master bandar taruhan judi bola, Casino, Poker, taruhan sabung ayam online S128, CF88 DewaPoker, Live Casino Dealer Resmi Lisensi Filipina Paling Terpercaya di Indonesia, hanya di zeus bola.

    Sebagai Perwakilan Bola Sbobet Indonesia Terpercaya, ZeusBola telah berkerja sama bersama maskapai Sbobet beroperasi di Asia yang dilisensikan oleh First Cagayan Leisure & Resort Corporation, Manila-Filipina dan di Eropa dilisensikan oleh penundukan Isle of Man bagi beroperasi juga sebagai juru taruhan sport sedunia.

    https://dewazeus.site/tips-penting-memilih-agen-poker-online-deposit-via-pulsa-terpercaya/
    https://dewazeus.site/situs-poker-online-deposit-via-pulsa-termurah-hanya-25rb/
    link alternatif zeusbola

    Ayo daftar sekarang di dewazeus.site

    BalasPadam
  2. PROMO NEW MEMBER 15%

    Delegasi Bandar Taruhan Judi Bola Sbobet Online Terpercaya dan terbaik yang sediakan jasa pelayanan bagi pembukaan akun permainan judi atau taruhan online guna kamu di perutusan judi online yang bertingkat International, resmi dan terpercaya hanya di Bolazeus.

    Juga Sebagai Perizinan Bola Sbobet Indonesia Terpercaya, ZeusBola sudah berkerja sama bersama perseroan Sbobet beroperasi di Asia yg dilisensikan oleh First Cagayan Leisure & Resort Corporation, Manila-Filipina dan di Eropa dilisensikan oleh orang nomor 1 Isle of Man kepada beroperasi juga sebagai juru taruhan latihan jasmani sedunia.


    https://bolazeus.info/2018/12/31/situs-agen-taruhan-online-deposit-via-pulsa-25rb/
    https://bolazeus.info/2018/12/30/agen-betting-online-deposit-via-pulsa-telkomsel/
    https://bolazeus.info/2018/12/29/situs-agen-betting-online-deposit-pulsa-terpercaya/
    https://bolazeus.info/2018/12/28/agen-betting-online-deposit-pulsa-terpercaya-di-asia/

    Atau nonton basket disini :
    www.nontonbasket.net

    Ayo daftar sekarang di Zeusbola ---> http://104.248.148.252/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N