Langkau ke kandungan utama

MINDA ISLAM MENJADI VIRAL DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

MINDA ISLAM MENJADI VIRAL DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.


Bagaimana Abuya mendidik keluarganya menghadapi dunia teknologi. Abuya bersikap terbuka terhadap kepesatan teknologi dalam masyarakat. Bahkan Abuya mendorong supaya teknologi dimanfaatkan untuk Islam. Seiring kepesatan teknologi, dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak meluang masa di laman sosial, dtambah pula kecanggihan peranti gajet menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas. Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar. Dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat. Perkembangan teknologi yang begitu pesat, dengan kecanggihan peranti gajet boleh mengisi minda manusia dengan ilmu dan maklumat yang bermanfaat bila manusia yang menggunakannya memiliki hati yang kenal dan takut dengan Tuhan.

Takut dan cinta kepada Tuhan itu menjadikan manusia pandai manfaatkan kemajuan teknologi yang ada untuk Islam. Hasil dari takut dan cinta kepada Tuhan itu manusia akan menggunakan kemajuan teknologi yang ada untuk tegakkan syariat dan perintah Tuhan. Hidup menurut syariat dan peraturan Tuhan itu otomatik bemaksud terdisiplin segala apa yang ada pada diri kita kearah positif.

Aplikasi sosial yang popular seperti facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp adalah medium yang sering digunakan dan mempunyai ramai pengguna berdaftar khasnya di Malaysia dan amnya di dunia. Teknologi yang asalnya dicipta memperlihatkan kehebatan yahudi dan kuncu-kuncunya tetapi mereka berdepan dengan kebangkitan Islam akhirnya senjata makan tuan. Iaitu berkat kebangkitan Islam, para pejuang Islam dapat manfaatkan balik teknologi tersebut. Maka perjuangan kebenaran semakin rancak tersebar luas dengan cepat. Inilah yang dimaksudkan senjata makan tuan.
Menurut Abuya Asahaari At Tamimi, teknologi hanyalah alat yang boleh di manfaafkan kalau ianya digunakan untuk kebaikan ibarat pisau bergantung di tangan siapa ia digunakan. Kalau pisau berada di tangan ibu yang menggunakan untuk memotong ikan dan sayur ia adalah kebaikan (positif). Sebilah pisau juga kalau berada di tangan pencuri dengan tujuan untuk membunuh orang ia adalah kemungkaran (negativ).

Firman Tuhan:

وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Ali-Imran, 3:54).

Kita kena berusaha keras menjadi orang bertaqwa. Selagi kita berpuas hati menjadi orang Islam kita akan tetap meneruskan kegagalan yang berlaku pada umat Islam. Pada kebangkitan Islam pertama para pejuang kebenaran telah berjaya berperanan sebagai peneraju dunia, mereka berfungsi sebagai pemacu tamadun dunia, berjalan selama 800 tahun. Kita ketandusan ilmu, sedangkan dahulu kita adalah pencetus dan pemangkin ilmu. Umat Islam juga tercicir dalam perlumbaan kecanggihan sains dan teknologi. Dalam diri umat Islam wujud berbagai-bagai nilai dan andaian negatif yang tidak selayaknya ada dalam diri kita.

Kita berada di era kebangkitan Islam. Di waktu ini sepatutnya mendorong kita untuk perjuangkan kebenaran kerana ada bonos dari Tuhan. Namun apa sudah terjadi kepada kita ini sekarang? jawapannya tidak lain seperti yang pernah diperingatkan oleh Rasulullah SAW, mereka ditimpa penyakit Al-Wahn - lemah yang menyebabkan mereka sangat sayangkan dunia dan bencikan kematian. Untuk menjadi orang Roh (mukmin) dengan menjadi seorang Islam tidak sama. Untuk menjadi orang mukmin, susah tetapi menjadi orang Islam senang. Orang mukmin rohnya hidup. Orang Islam rohnya tidur. Oleh sebab itu dalam Al Quran tidak ada suatu ayat pun yang Tuhan memberitahu hendak bela, tolong, jamin memberi kemenangan, memberkati dan untuk memberi rezeki yang tidak terduga kepada orang Islam. Yang selalu Tuhan sebut ialah hendak memberi pertolongan, memberi bantuan, memberi rahmat, berkat dan kemenangan kepada orang mukmin (roh) dan bertaqwa. Di sinilah kadang-kadang kita terkeliru. Apabila menjadi orang Islam, kita sudah berpuas hati.

Menjadi seorang Islam itu soal lahir atau sikap lahir iaitu mengerjakan sembahyang, puasa, zakat, seterusnya haji bila cukup syarat. Bila itu dilaksanakan, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang kafir. Malah lebih mudah dari itu iaitu siapa sahaja yang sudah mengucap dua kalimah syahadah, maka jadilah dia seorang muslim atau seorang Islam tetapi belum tentu dia mukmin atau orang roh. Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan-golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dari dua golongan ini tidak ada golongan lain yang diizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini.

Kalau kita analisa betul-betul setiap golongan yang wujud di dunia ini, golongan lain yang tidak termasuk ke dalam golongan kafir dan golongan bertaqwa tidak lain dan tidak bukan ialah golongan orang-orang Islam. Tidak ada lagi golongan di dunia ini selain dari golongan kafir, golongan Islam dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Ini bermakna golongan orang Islam tidak akan menjadi kuasa dunia.

Golongan kafir termasuklah golongan yang menolak Allah bulat-bulat seperti Komunis dan golongan yang musyrik iaitu yang menyekutukan dan mensyarikatkan Allah seperti Kristian, Yahudi, penyembah berhala dan lain-lain lagi. Golongan orang-orang yang bertaqwa pula sudah tentulah mereka itu orang Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak semestinya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.

Allah sendiri tidak ada beri apa-apa jaminan atau menjanjikan apa-apa pertolongan atau kemenangan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti maksud firman Tuhan: "Allah pembela bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Jatsiah, 45:19). Maksud firman-Nya lagi: "Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa."(Al-Anbia, 21:105).

Adapun orang-orang Islam ialah golongan yang telah mengucap dua kalimah syahadah dan telah memeluk agama Islam. Akan tetapi tahap keimanan dan justru itu tahap pengamalan Islam sangat mereka sangat rendah. Mereka beramal dengan setengah ayat Quran dan meninggalkan setengah ayat yang lain. Bahkan ada yang beriman dengan setengah ayat dan menolak bahkan menentang sesetengah ayat yang lain. Mereka mencampur-adukkan amalan Islam dengan amalan-amalan yang lain yang kadang-kala sangat bertentangan dengan ajran dan kehendak ajaran Islam itu sendiri.

Di samping itu, golongan Islam ini juga lemah bermujahadah. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat mengawal hawa nafsu mereka dan tidak mampu menyuci dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari segala sifat-sifat keji, jelik atau mazmumah. Seperti hasad dengki, tamak haloba, pemarah, cinta dunia, bakhil, riyak, penting diri, sombong, angkuh dan sebagainya. Oleh itu kita lihat, umat Islam tidak ada daya upaya untuk menentang orang kafir ini. Malahan kita lihat, golongan kuasa besar kafir ini dengan mudah boleh memperkotak katikkan umat Islam di mana sahaja di dunia ini, membunuh dan memusnahkan negara mereka dan menjajah mereka.


Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genosid (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genosid, maka istilah ini dikekalkan. Genosid bermaksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genosid yang sangat mengerikan di Bosnia...


Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin."

Golongan yang bertaqwa tidak menggunakan "quwwah" (قوة) atau kekuatan lahir bila berhadapan dengan orang kafir. Mereka menggunakan kekuatan taqwa. Kekuatan taqwa adalah sembilan puluh peratus lebih kuat dan lebih ampuh dari kekuatan lahir, malahan ia boleh melumpuhkan kekuatan lahir. Kekuatan taqwa ialah kekuatan yang datang dari Tuhan dan yang dibantu oleh Tuhan dan tentera-tentera Tuhan sama ada yang lahir mahupun yang ghaib. Bantuan Tuhan ini banyakyang berbentuk khawarigul 'adah atau yang ajaib, atau mencarik adat. Kalau umat Islam mahu jadi kuasa besar dunia, mereka mesti berusaha menjadi orang-orang yang bertaqwa. Mereka berusaha melahirkan orang-orang yang bertaqwa. Berusaha meningkatkan usaha lahir sahaja tidak memadai walaupun tidak salah.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N