Langkau ke kandungan utama

STRATIGI PERJUANGAN ROH MENGATASI STRATIGI LAHIR.

STRATIGI PERJUANGAN ROH MENGATASI STRATIGI LAHIR.






Dalam diri manusia ada medan pertempuran dan peperangan. Medan rohaniah, gelanggang rohani atau pentas rohani adalah medan yang membahas tentang ilmu, tempat perasaan diluahkan atau perbincangan dan pendapat. Medan ilmu medan untuk mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan atau perkembangan ilmu. Ia adalah medan pertempuran dan peperangan yang bersifat rohaniah. Medan pertempuran dan peperangannya tak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia dapat dikesan dengan mata hati yang tajam.



Medan rohani bukanlah satu perkara baru dalam Islam. Begitu juga dengan gelanggang medan pertempuran rohani telah lama diguna pakai oleh umat Islam. Dari gelanggang rohani ini telah lahir firqah dan mazhab dalam Islam. Ada hasilnya membawa rahmat dan ada juga yang hasilnya membawa azab iaitu perpecahan umat Islam. Apa yang berlaku dalam gelanggan medan rohani tersebut pada umat Islam akhir zaman telah pun digambarkan oleh Rasulullah SAW. Begitu juga tentang perpecahan yang berlaku pada umat Rasulullah SAW selepas kewafatannya. Perkara tersebut telah digambarkan oleh Rasulullah SAW. " ...ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga millah, yang semuanya di Neraka kecuali satu millah.’ (para Sahabat) bertanya, ‘Siapa mereka wahai Rasulullah?’ Baginda SAW menjawab, ‘Apa yang aku dan para
Sahabatku berada di atasnya.’” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi).



Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi pernah berkunjung ke negara Repablik Islam Iran. Pertemuan ulama-ulama dan tokoh-tokoh Islam dari kerajaan mahu pun wakil ngo dari seluruh dunia. Pulang dari negara Iran Abuya keliling seluruh negara membuat penjelasan tentang bahaya Syiah. Bagi pemerhatian Abuya ketika berkunjung ke negara Iran perbezaan pegangan negara tesebut dengan Malaysia yang berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah sangat ketara. Malaysia mengambil pendekatan yang sangat lunak sedangkan di Iran mengambil pendekatan yang sangat keras dan ganas. Pegangan rasmi Malaysia adalah Sunni atau ASWJ dan Iran pegangan rasmi negaranya adalah Syiah.



Rupa-rupanya sekali ini di akhir zaman, di atas intelektual dan teknologi, Allah menghukum musuh-musuhnya dengan cukup maha hebat. Sesuai dengan era  intelek dan teknologi Tuhan gunakan hukuman yang sangat boleh difahami oleh dunia era IT . Biasanya tentera Tuhan yang digambarkan didalam Quran, seperti banjir, nyamuk, laut dan puting beliung untuk menunjukkan kuasaNya kepada hamba-hambanya tapi kini digunakan kapal terbang buatan Amerika untuk melagakan golongan Rafidah, Mubtadiah dan Musyrikin. Di depan mata kita mereka pengganas itu hancur.

Firman Tuhan tentang Akal:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
(Al-Baqarah,2:44).



Menembak jatuh pesawat mata-mata tanpa awak Amerika RQ-170, adalah sebuah pencapaian ketenteraan yang luar biasa mengingat pesawat ini dirancang sebagai pesawat siluman yang tak dapat dikesan radar. Namun Negara Iran sanggup menjatuhkan pesawat ini tanpa senjata, melainkan dengan teknologi komunikasi dan elektronik, sebuah pencapaian yang jauh lebih tinggi nilainya. Dan ini cukup untuk membuat Amerika "demam panas dingin".



Iran baru saja mempertontonkan kepada publik sosok pesawat RQ-170 yang utuh tanpa kerusakan sedikitpun. Ini membuktikan klaim Iran bahwa mereka mampu mengimbangi teknologi elektronik dan komunikasi Amerika. Selain itu para ilmuan Iran juga mendapat "hadiah istimewa". Dengan keberadaan pesawat canggih itu di tangan mereka, mereka boleh mengembangkan pesawat sejenis, atau bahkan yang lebih canggih lagi. Perlu diketahui, Iran pun baru saja meluncurkan pesawat tanpa awak buatan sendiri, yang peluncurannya dilakukan langsung oleh Presiden Ahmadinejad.



Komandan Angkatan Luar Angkasa Tentara Pengawal Revolusi Iran, Kamis (8/12), menunjukkan kepada publik bagaimana pihaknya berhasil menangkap pesawat RQ-170 ini secara utuh.


"Beberapa waktu lalu perlengkapan inteligen dan monitor elektronik kami berhasil mengetahui rencana kedatangan pesawat ini ke dalam wilayah udara Iran untuk melakukan misi mata-mata. Kemudian setelah pesawat ini masuk ke wilayah udara Iran di sebelah timur Iran, pesawat ini berhasil kita jebak dan dijatuhkan dengan kerusakan minimum," kata Brigjen Amir Ali Hajizadeh. "hadiah istimewa" yang diterima para ilmuan Iran, tertangkapnya pesawat RQ-170 secara utuh menunjukkan bahwa teknologi yang dimiliki Iran jauh lebih tinggi dari perkiraan para ahli barat. Tidak hanya itu, Iran pun hampir dipastikan akan dapat mengembangkan teknologi pesawat paling canggih di dunia seperti ini, yang saat ini hanya dikuasai Amerika dan Israel.



Bahkan TV BBC, mengakui bahwa, "ini menunjukkan profesionalisme angkatan bersenjata Iran yang tidak kita ketahui sebelumnya." Koresponden militer BBC, Frank Gardner, bahkan mengakui bahwa jatuhnya pesawat RQ-170 merupakan hal memalukan serta kekalahan inteligen Amerika di hadapan Iran.




Syiah adalah pecahan dari 73 millah atau firqah, tapaknya di Iran. Syiah memberikan gambaran Islam yang ganas,pelampau huru hara dan seumpamanya. Hingga Islam dilihat tidak cantik,tidak indah dan sangat menakutkan orang yang bukan beragama Islam. Begitu juga dengan Ajaran Wahabi yang berpusat di Arab Saudi yang meneruskan pegangan ajaran Mujassimah juga memberikan gambaran yang sama iaitu Islam yang kasar,tidak kemas dan suka mengkafirkan umat Islam yang tidak sama pegangan dengan mereka. Maka dunia menunggu Islam yang sebenar iaitu ajarannya yang indah, berkasih sayang dan cantik bahkan kepada penganut agama lain mereka juga menunggu ajaran Islam yang indah yang pernah berlaku pada kebangkitan Islam pertama.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N