Langkau ke kandungan utama

ORANG ROH DISENANGI OLEH SEMUA ETNIK DAN BANGSA.


ORANG ROH DISENANGI OLEH SEMUA ETNIK DAN BANGSA.



Orang roh sangat disenangi oleh semua etnik dan bangsa kerana dia memberi Tuhan dan memberi kasih sayang sesama manusia. Rasa bertuhan dan kasih sayang adalah keperluan maknawi semua etnik dan bangsa manusia. Apabila manusia tidak mendapatkannya, apa pun etnik dan bangsa maka jiwa derita. Hilanglah kebahagian manusia tidak kira apa pun etnik dan bangsa mereka. Orang roh datang membawa Tuhan dan kasih sayang untuk diberikan kepada manusia.



Orang rohani kerana rasa cinta dan takut kepada Tuhan sanggup korbankan kepentingan diri dan mengutamakan orang lain. Rasa cinta dan takutkan Tuhan adalah jalan yang digunakan oleh orang roh. Itulah jalan orang yang bertaqwa.
Segala puja dan puji dipanjatkan kepada Tuhan seru sekian alam selawat dan salam ke atas rasul akhir zaman. Baginda seorang tokoh rohani yang di segani dan di kagumi oleh kawan dan lawan. Umat Islam di era kebangkitan pertama di satukan oleh baginda SAW. Sejarah akan berulang pada kebangkitan kedua sekali lagi umat Islam akan bersatu padu di bawah satu ikatan pemimpin. Iaitu di era kepimpinan Islam Imam Mahdi iaitu memimpin umat melalui jalan taqwa.



Ada di kalangan kita Tuhan izinkan ikuti xpdc dakwah bersama Abuya Ashaari At Tamimi ke Manila ibu kota Filipina, dan Bangkok ibu kota Thailand. Di kalangan penduduk tempatan di Manila dan di Bangkok ada yang masuk Islam. Bertemu dengan tokoh-tokoh masyarakat setempat yang senang cara pendekatan Abuya sekali pun mereka beragama Budha, di Bangkok dan ada yang beragama kristian di kota Manila. Kesannya ada dikalangan mereka balas kunjungan lawatan Abuya ke Malaysia melihat projek dan aktiviti Abuya dari dekat. Kita tidak mungkin boleh mengatasi musuh jika kita mengikut jalan yang sama dengan mereka. Mengapa tidak memilih jalan taqwa? Orang rohani yang rohnya dipandu akan terpimpin. Imam mahdi kepimpinannya bertaraf dunia itu akan menjadi pembela. Pemimpin itu akan kembalikan manusia yang ada didunia kepada fitrah murninya semula. Manusia sama ada dikalangan orang Islam atau orang bukan Islam akan menikmati kehidupan yang aman makmur. Menyedari hakikat inilah, musuh Islam yang hasad dengki terutama Yahudi dan Nasrani sangat gerun dan memusuhi negara yang memberi laluan Islam. Mereka tidak takut kepada negara yang tunjuk kekuatan senjata tetapi negara yang memberi kesedaran rakyatnya tentang rasa cinta dan takut kepada Tuhan sangat di takuti.



Orang roh telah menjadikan budaya hidupnya yang di ikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan, lahirlah kehidupan dari pelbagai etnik dan bangsa yang akan memakmurkan dunia ini dengan kemajuan, keadilan dan kedamaian. Negara Islam dan umat Islam di tempat lain rasa tertarik dengan model kehidupan tersebut. Lebih-lebih lagi semua negara yang ada di dunia akan bergabung bersama-sama Imam Mahdi. Kalau selama ini Islam hanya ibarat bara api tetapi setelah kedatangannya bara api tadi menyala dan menerangi dunia. Syiar Islam ketika itu tertonjol keseluruh dunia. Imam Mahdi akan menjadi perisai umat Islam negara negara Islam ketika berdepan dengan Dajjal. Kerja Dajjal ialah mencabut iman orang orang Islam supaya menjadi kafir.



Mereka musuh Islam terutamanya yahudi dan nasrani mempunyai pengalaman berdepan dengan puak
kerohanian mampu mengalahkan kekuatan lahiriah musuh. Ini sudah dibuktikan oleh sejarah. Para penjajah berpengalaman menghadapi tokoh-tokoh tariqat atau kerohanian. Di Libya, Itali berpengalaman berdepan dengan Umar Mokhtar. Rusia berdepan dengan Imam Syamil. Syekh Syed Nursi Badiuzzaman menentang imperialis dan sekularis di Turki. Imam Syahid Hassan Al Banna di Mesir dan lain-lain.
Tokoh-tokoh di atas adalah contoh pemimpin-pemimpin atau ulama ulama kerohanian, mereka mengenal Tuhan dengan makrifah iaitu dengan ilmu dan juga dengan rasa hati yang sentiasa sedar dan sentiasa rasa bertuhan. Takut mereka kepada Allah sangat mendalam. Rasa kehambaan mereka dapat dilihat dan terkesan pada zahir mereka.



Bersyukurlah banyak-banyak bagi mereka yang Allah telah jayakan mujahadah itu. Usahalah untuk mempertahankan dan meneruskan perjuangan Islam sebagai nikmat rohani itu supaya berkekalan. Perjuangan yang telah di asaskan oleh tokoh-tokoh Islam sebelunya yang akhirnya kita menikmati era kebangkitan Islam. Di detik puluhan tahun umur perjuangan Islam yang di bangunkan di Malaysia ini, mari kita renungkan, apakah perjalanan perjuangan kita menepati laluan yang di tunjukkan oleh Al Quran.



Contoh apa yang berlaku di Malaysia ini, perkara tersebut banyak di perkatan oleh tokoh -tokoh dari timur tengah termasuk Dr. Sy. Fahad dari Arab Saudi. Apa yang ada di Amerika ada di Malaysia tetapi apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika. Untuk membangunkan satu kehidupan agar selamat di dunia dan selamat di akhirat, agar manusia dan masyarakat makmur dapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamadun tercapai, akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya didalam kehidupan, ia bak bunga yang kembang di taman yang indah yang sangat menarik pandangan dan tempat jatuhnya hati manusia, kekayaan dan makan minum pun mewah, budi juga mewah terserlah, kemudahan-kemudahan hidup cukup, tapi disiplindan tatasusila manusia juga tinggi, tamadun tinggi tapi manusianya merendah diri, maka roh atau hati atau jiwa manusia hendaklah dibangunkan.



Orang roh menggunakan doa sebagai senjatanya. Kerana orang roh faham Tuhan bekalkan senjata doa kepada orang roh atau orang mukmin. “Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahsia dan tidak hadir di hadapannya adalah sangat dikabulkan. Di sisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut berkata (kepadanya): “Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang semisalnya.” (HR. Muslim).



Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak. Firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60) Doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta). Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda; “Doa itu ibadah.” (HR Abu Daud & At-tirmidzi).



Dalam hadits lain disebutkan: “Barang siapa dibukakan pintu doa, bererti pula telah dibukakan pula untuknya pintu rahmat. Dan tidak ada yang dimohonkan kepada Allah yang lebih disukainya selain dimohonkan ‘afiat. Suatu doa memberikan manfaat kepada apa yang telah diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menolak ketetapan Tuhan kecuali doa. Kerana itu berdoalah kamu sekalian”. (HR At-Tirmidzi).



Nampaknya perjuangan Timur tapaknya di Malaysia. Di mana kemeriahan Islam dapat dilihat dengan jelas apabila minda Islam menjadi viral. Dengan kemudahan RTM menjadi media rasmi Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke 70. Namun untuk sampai ke tahap kemeriahan Islam di Malaysia pada hari ini, Perjuangan Islam yang dilagang teruk diuji. Sejak awal-awal lagi kemerdekaan hinggalah ke hari ini, masyallah! Ujian makin besar nampaknya. Sengaja Allah biarkan musuh-musuh lahir kita menyakitkan menghalang dan laluan yang sukar tepaksa di lalui oleh negara untuk mempertahan Islam sebagai agama rasmi negara.Tetapi alhamdulillah, Allah buatkan selamat dari ujian-ujian itu. Kalaulah kita tewas oleh perbuatan mereka, ertinya kita tidak dapat menepati Sunnah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N