Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA REBUTAN ANTARA IMAM MAHDI DAN DAJAL.

MALAYSIA REBUTAN ANTARA IMAM MAHDI DAN DAJAL.



Dr Zakir Naik di kenal sebagai dai Muslim yang dikagumi jutaan orang. Forum-forumnya tidak hanya disukai oleh umat muslim tetapi juga menarik perhatian non muslim. Banyak non muslim yang menghadiri program Dr Zakir Naik, ajukan pertanyaan serta dengan izin Allah, beberapanya masuk Islam. Namun kenapa Syiah takut pada Dr Zakir Naik?



Abdullah bin Saba’ seorang Yahudi tokoh munafik yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman. Begitulah apa yang telah dipaparkan oleh sejarah. Niat jahat yahudi terpapar di mata dunia. Mereka berusaha keras cuba menghalang kebangkitan Islam pertama, namun gagal. Islam yang tersiar dan tersebar di seluruh jazirah Arab. Bahkan negeri-negeri di bawah Jajahan Rom dan dibawah jajahan Farsi tidak terkecuali. Agama Islam tersebar ke Afrika dan masuk jauh di Asia, bahkan sampai berkibar di bumi Eropah. Ibnu Saba’ berusaha menghalang kebangkitan Islam pertama supaya tidak meluas penyebarannya. Ibnu Saba’ merancang makar atau muslihat bersama Yahudi San’a (Yaman) untuk mengharubirukan Islam dan umatnya. Mereka menyebarkan orang-orangnya termasuk Ibnu Saba’ sendiri ke berbagai wilayah Islam termasuk ibukota Khalifah, Madinah Nabawiyah. Mereka mulai mencetuskan dan menabur fitnah dengan memprovokasi dan menanamkan kebencian supaya masyarakat menentang Khalifah Utsman. Pada waktu itu juga memperlihatkan rasa cinta kepada ‘Ali bin Abi Thalib Rhadhiallahu ‘anhu. Mereka mengaku dan mendukung kelompok ‘Ali, padahal ‘Ali tidak ada sangkut pautnya dengan mereka.



Fitnah ini terus tersebar. Dan mereka menyebut diri sebagai “Syi’ah ‘Ali” (pendukung ‘Ali), padahal saidina Ali sendiri telah menghukum mereka. Tetapi mereka menutup kenyataan tersebut. Yahudi dan Farsi (Majusi) begitu licik dan keji. Pada waktu itu Farsi (Majusi) juga menyimpan dendam kesumat karena di zaman Khalifah ‘Umar bin Khattab negeri kufur mereka hancur di saat puncak kejayaannya oleh ‘Umar sendiri, demikian pula Yahudi yang diusir dari Madinah oleh beliau. Maka bertemulah Majusi dan Yahudi menyatukan rencana mereka untuk menumpaskan Islam dari dalam.



Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam semalam. Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin, lapor FMT. Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Dr Zakir juga berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam. “Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim,” kata lelaki Punjabi itu dalam sesi soal-jawab pada ceramah yang dihadiri lebih 30,000...



Sebelum ini Malaysia dimeriahkan dengan "Selawat Perdana" yang dikendalikan oleh habaib dari Indonesia. Malaysia begitu meriah dengan program tersebut. Program Selawat Perdana di Malaysia untuk kita lebih mendalam mencintai Allah dan Rasul.Musuh Islam memang banyak. Yang paling menonjol yahudi dan Nasrani. Timur khususnya Malaysia menjadi gelanggang pengaruh pertarungan antara kuasa-kuasa besar. Pertarungan mereka dapat dilihat melalui corak percaturan dan kehidupan lahir manusia. Bagi manusia yang mendapat hidayah dari Tuhan ada kekuatan melawan syaitan dan mengawal nafsu. Begitu juga pimpinan kerajaan yang mendapat bimbingan,panduan dan nasihat dari ulama rohani punya kekuatan sendiri. Iaitu kekuatan hasil bersandar dan bergantung dengan Tuhan.



Kunjungan habaib ketika mengendalikan program selawat perdana, mengingatkan masyarakat kepada kaum kerabat keluarga Rasulullah SAW memang asalnya berada di Tanah Arab sana. Tegasnya, mereka ramai berada di Mekah. Tetapi bukankah lebih kurang 100 tahun yang lalu, Mekah telah diserang oleh puak wahabi dari kalangan puak badawi? Puak itu kerana mahu melenyapkan mazhab-mazhab dalam Islam telah membinasakan pengamal-pengamal mazhab yang menguasai Makkah waktu itu. Maka yang sempat lari, larilah orang-orang Arab ini terutama mereka dari keturunan Bani Hasyim ke merata-rata tempat khususnya di Timur terutamanya di Tanah Jawa, Indonesia. Dan mereka terpaksa menyembunyikan keturunan mereka, kerana takut diburu oleh puak-puak wahabi, musuh Islam yang merosakkan Islam atas nama Islam itu. (Inilah yang Rasulullah maksudkan dalam Hadisnya, keluarganya ditimpa kebinasaan). Itupun jejak mereka masih diburu.



Semakin hari semakin jelas, umat Islam di Malaysia terbahagi dua kelompok. Satu kelompok yang terus hanyut dengan gejala sosial, dadah, nafsu jahat yang menjadi raja dalam diri dan  macam-macam lagi. Satu kelompok terkesan dengan gerakan dakwah yang aktif di negara ini. Program dakwah Islam melalui media arus perdana atau pun media sosial. Samada program dakwah yang di anjurkan kerajaan atau swasta. Kesan kesedaran dakwah yang menanamkan rasa cinta dan takutkan Allah, Hari Akhirat, dan kasih sayang sesama manusia. Tokoh-tokoh Islam di peringkat dunia datang berkunjung ke Malaysia turut memeriahkan syiar Islam di era kebangkitan Islam kali kedua ini.



Ahlul Bait dan Pejuang pejuang Tuhan telah mengagungkan nama Allah. Bermula dari kebangkitan Islam pertama hinggalah kebangkitan Islam kali kedua. Kalimah Allah berdaulat bertaraf dunia sekali lagi. Selepas ini nama Allah sering disebut-sebut. Ia terus berdaulat dan didaulatkan lagi dari hati nurani. Kalau lidah sebut pun selama ini hanya sebagai budaya, hati tidak terasa apa-apa. Sekarang hati telah mula berbunga kembali kerana menghayati nama dan kebesaran Allah. Rasa takut dan Cinta terhadap Tuhan telah memenuhi jiwa para pejuang dan pembela Tuhan. Berkat yang di bawa oleh Ahlul Bait ke Timur ini. Sekalipun kita tidak pandai berenang yang penting kita pastikan boleh bernafas dan biarkan diri dibawa oleh arus kebangkitan Islam kali kedua. Akhirnya kita akan sampai juga ke hilir di bawa oleh arus kebangkitan Islam yang sedang rancak berlaku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N